SETIAP kali jejaka ini membuat persembahan, pasti banyak mata yang tertumpu ke arahnya. Selain gesekan violin yang merdu, gerak tubuhnya dengan rentak tari bersahaja turut mencuri perhatian ramai. Bercerita kepada mStar, Mohamad Aqmal Daniel Hashim, 20, yang turut digelar 'The Stylo Violinist Malaysia' mendedahkan sudah berjinak-jinak dengan instrumen itu sejak kecil lagi. ARTIKEL BERKAITAN: Awas! Lepasan SPM ini mampu buat anda menangis hanya dengan tiup flute - “Orang main lagu klasik, saya main lagu moden” ARTIKEL BERKAITAN: Main alat muzik sejak kecil, cipta lagu dari umur 14 tahun... bekas pelajar engineering akui lagunya semua bunyi sama je "Saya mula main violin ketika usia tujuh tahun. Ibu bapa yang beri galakan dan hantar saya ke kelas muzik. "Saya merupakan anak tunggal dan tiada sesiapa dalam keluarga yang memiliki darah seni. "Ketika darjah empat, saya pertama kali buat persembahan di hadapan khalayak, ketika majlis reunion ayah. Danny sebelum ini pernah membuat persembahan di hadapan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. "Saya mainkan lagu Ombak Rindu (Hafiz dan Adira) pada waktu itu," imbasnya. Mesra disapa Danny, dia yang kini menyambung pengajian dalam bidang Pengurusan Perniagaan di Kolej Yayasan Pelajaran Johor (KYPJ) turut menjadikan bakat seninya itu sebagai salah satu cara menjana pendapatan. Jelas Danny, dia menerima undangan persembahan untuk pelbagai jenis acara. [Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI] Malah, dia juga bersyukur apabila pernah diberi peluang untuk membuat persembahan di hadapan figura penting negara termasuklah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. Danny juga berkebolehan dalam bidang lakonan dan turut mempelajari seni tari sejak usia enam tahun. "Saya terima undangan untuk pelbagai jenis majlis. Antaranya majlis kahwin dan korporat. "Saya pernah buat persembahan di hadapan Agong di Pahang pada tahun 2019. Kepada yang beri sokongan sejak zaman saya kecil, terima kasih sangat-sangat. Harapnya anda masih sokong ketika jatuh bangun saya. DANNY "Selain itu, saya pernah buat persembahan di hadapan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin serta Datuk Seri Najib Razak serta Tun Dr Mahathir Mohamad," ujarnya yang berasal dari Johor Bahru, Johor. Danny sebelum ini banyak berkongsi video geseken violin di YouTube, Facebook dan Instagram. Kini, dia beralih pula ke platform TikTok dan berjaya meraih 10,000 pengikut dalam tempoh tiga minggu. Menurut Danny, dia bersyukur dengan sokongan yang diterima dan berharap akan pergi lebih jauh dalam bidang yang diceburinya pada masa akan datang. "Sebenarnya akaun TikTok itu masih baru, emak yang buat. Emak yang atur semua media sosial saya. Danny bersyukur menerima sokongan ramai sejak dulu hingga kini. "Saya terkejut sebab sebelum ni orang tahu saya tak main TikTok. Sekali saya buat, sambutan agak luar biasa. "Kepada yang beri sokongan sejak zaman saya kecil, terima kasih sangat-sangat. Harapnya anda masih sokong ketika jatuh bangun saya," ujarnya. Untuk rekod, Danny pada tahun 2012 pernah menjuarai rancangan Superstar Astro Ceria. Dia kemudiannya menyertai Ceria All Star ketika berusia 14 tahun dan hanya tersenarai dalam Top 20. Selain bermain alat muzik, Danny juga berkebolehan dalam bidang lakonan dan turut mempelajari seni tari sejak usia enam tahun. Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram! View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)