suria

Nama jadi sebutan lagi... Kali ini ramai tak puas hati Dr Muhaya sentuh isu wanita bekerjaya, kejar status PhD - “Ada akademik tinggi dapat apa masa PKP?”

Tular video pendek memaparkan Dr Muhaya seolah-olah merendahkan martabat wanita bekerjaya sehingga perkara itu mengundang kemarahan sebilangan netizen.

NAMA pakar motivasi Datuk Profesor Dr Muhaya Muhamad hangat diperkatakan sejak beberapa hari lalu.

Selepas tular kenyataan mengenai wanita yang perlu bersifat ‘bodoh-bodoh sikit’ demi mencari jodoh, kali ini timbul isu lain pula.

Menerusi satu rakaman tular, Dr Muhaya seolah-olah merendahkan martabat wanita bekerjaya sehingga perkara itu mengundang kemarahan sebilangan netizen.

ARTIKEL BERKAITAN: Prof Muhaya bikin ramai 'naik angin', sampaikan golongan profesional bersuara... tak boleh terima kenyataan wanita kena jadi ‘bodoh-bodoh sikit’ - “Saya hilang kata-kata”

ARTIKEL BERKAITAN: Dr Muhaya mohon maaf... ajak tonton video ‘Antara Cinta dan Cita-Cita’, rungkai kontroversi wanita kena ‘buat-buat bodoh sikit’

"Ada ke super girl, girl-girl? Usah bajet baguslah you alls. I'm a career woman, Allah... sudahlah.

"Tak ada dalam al-Quran wanita paling berharga, wanita paling bekerjaya. Sorry.

"Wanita solehah nilai dia lebih besar daripada dunia seluruh isinya. You all ni sibuk nak challenge, challenge.

Antara posting mengenai video itu di Twitter.

"Bonda nak tanyalah sekarang ni, orang ada akademik tinggi dapat apa masa PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) ni? You tell me.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Apa manfaat, nak bajet bagus, I pandai, I PhD... apa manfaat pada orang?" ujar Dr Muhaya dalam video itu.

Video itu sebenarnya merupakan sebahagian daripada rakaman asal berdurasi 45 minit yang dimuat naik di YouTube milik dr Muhaya (Prof Muhaya TV) bertarikh 6 Februari 2021 yang sehingga kini menerima lebih 45, 000 tontonan.

Selain Youtube, video itu turut dikongsi semula ke laman Facebook dan Twitter sehingga tular dan menimbulkan perdebatan netizen sejak beberapa hari lalu.

Kata netizen, kenyataan mempersoalkan taraf pendidikan wanita itu bagaikan 'meludah ke langit, muka juga yang basah' memandangkan beliau juga merupakan seorang profesor dan juga pakar mata.

"Tapi dia profesor. So, membazir je lah dia dapat gelaran profesor tu.

Dr Muhaya teruk dikecam netizen di media sosial.

"Sumpah laaaa Prof cakap macam ni? Luluh hati sis yang tengah nak habiskan PhD ni.

"Ada PHD apa manfaat pada orang? Seriously? Kenapa macam nak downgrade perempuan pendidikan tinggi ni?" tulis netizen.

Untuk rekod, Dr Muhaya pada Khamis lalu tampil memohon maaf berhubung video wanita ‘bodoh-bodoh sikit’ selepas menerima kecaman ramai.

Selain netizen, beliau turut mendapat teguran Dr Amalina Che Bakri dan Profesor Dr Adeeba Kamarulzaman.

Dalam pada itu, usaha mStar untuk mendapatkan komen Dr Muhaya mengenai isu itu masih belum berhasil.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain