suria

Pemalu orangnya, atlet taekwando buat video tutorial sukan lain tular di TikTok... tak sabar nak test skill selepas pandemik - “Saya tak pandai buat content”

Iman baru sahaja menyertai platform TikTok dan berkongsi video secara suka-suka sejak seminggu yang lalu.

PANDEMIK Covid-19 yang masih tidak berkesudahan memberi impak kepada hampir semua rakyat di negara ini.

Tidak terkecuali tentunya golongan atlet apabila banyak kejohanan terpaksa ditunda sehingga ada yang turut dibatalkan.

Namun, lain pula ceritanya melibatkan atlet taekwondo Ahmad Nor Iman Hakim Rakib apabila namanya tiba-tiba menjadi perbualan ramai selepas menyertai platform video TikTok sejak seminggu yang lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Gigih berlatih... atlet berbasikal nak tak nak terpaksa redah banjir, kalau patah balik makin jauh kayuh

ARTIKEL BERKAITAN: Pelumba BMX bertudung kalis kecaman, sokongan bertambah selepas buat video TikTok

Mesra disapa Iman, dia ketika dihubungi mStar mengakui sekadar mahu mencuba aplikasi itu dan tidak menyangka akan meraih perhatian ramai dalam tempoh singkat.

"Saya baru sahaja mula bermain TikTok sejak seminggu yang lalu. Saya rasa macam nak cuba benda baharu.

"Sekadar nak isi masa lapang. Saya pun terkejut bila ramai yang beri perhatian, saya pun tak pandai nak buat content," ujarnya berseloroh.

Video yang tular di aplikasi TikTok.

Biarpun baru sahaja berjinak-jinak di platform itu, video memaparkan atlet taekwando berusia 21 tahun itu membuat tutorial sukan silambam meraih hampir 300,000 tontonan.

Kata Iman, dia tidak mempunyai latar belakang dalam bidang sukan itu, namun sekadar membuat video secara suka-suka sahaja.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Yang viral tu video tutorial sukan silambam. Dulu pernah belajar, jadi saya tunjuk dalam video. Ramai pula yang minta tutorial.

"Saya ni jenis pemalu, kalau tengok video pun saya tak banyak bercakap. Cuma sebut satu dua, satu dua saja.

"Saya tak biasa depan kamera. Tapi InsyaAllah kalau ada masa lapang, mungkin boleh buat video kongsi ilmu mengenai taekwando pula," ujarnya lagi.

Iman berharap pandemik Covid-19 berakhir segera.

Bercerita mengenai dirinya, Iman berkata dia tetap menjalani latihan harian sekitar lima ke enam jam biarpun pandemik sedang melanda negara.

Kata Iman, besar harapan agar Covid-19 berakhir segera bagi membolehkan dia serta rakan atlet lain menyertai kejohanan yang sudah dirangka.

Malah dalam temubual sama, Iman sempat menitipkan pesan buat anak muda di luar sana yang teringin menceburi dunia sukan agar jangan mudah berputus asa.

Atlet taekwando itu mendapat pingat perak ketika Sukan SEA di Filipina pada 2019.

"Sekarang saya training saja, tapi tiada games apa-apa. Memang rasa terjejas, bila tiada tournament, susah nak tahu performance kita macam mana.

"Kemudian, bosan juga sebab tak boleh keluar macam biasa. Kalau boleh biarlah Covid-19 ni habis segera.

"Buat mereka yang teringin nak jadi atlet, kena ingat... kalah sekali tak bermakna kalah selamanya.

"Jangan muda putus asa. Saya dulu pun selalu kalah juga. Bila kalah, kita akan dapat pengajaran. Dari situ kita akan berusaha dan perbaiki diri," ujarnya yang meraih pingat perak ketika Sukan SEA di Filipina pada 2019.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain