REZEKI tak pernah salah alamat. Begitulah kisahnya mengenai peniaga kuih berusia 51 tahun dari Jitra, Kedah ini yang sedang tular di laman Twitter. Kisah Masariah Nayan yang menjual kuih koci tular selepas anak sulungnya, Khairen Mardhatilah Khairul Lizan, 26, membuat hebahan mengenai bisnes itu sehingga meraih lebih 2, 300 ulang kicau (Retweet). ARTIKEL BERKAITAN: Penangan viral di mStar, peniaga kambing bakar tak menang tangan terima tempahan... ramai ikut jejak bersedekah - “Rezeki Allah balas balik” ARTIKEL BERKAITAN: Order ‘kencang’ dari pagi sampai malam... video sayu peniaga dikompaun selepas jual 5 botol air terima 1.3 juta tontonan! Mesra disapa Masariah, dia mengakui bersyukur apabila bisnesnya berjalan seperti biasa biarpun Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) masih berkuatkuasa di seluruh negara. "Dah tujuh tahun berniaga, tapi dua tahun pertama tu main-main saja. Kemudian barulah saya all out sehingga ada ejen. Khairen Mardhatilah berkongsi kisah ibunya yang juga peniaga kuih koci di Twitter. "Kebanyakannya anak-anak yang bantu. Kalau banyak tempahan, saya akan mula buat kuih seawal 4 pagi. "Bukan sekadar di Kedah, ada juga yang tempah dari Pulau Pinang, Perlis dan Perak," ujar ibu kepada tujuh cahaya mata itu. Kata Masariah, dia bagaikan tak menang tangan khususnya ketika PKP memandangkan permintaan sentiasa ada. Bila buat sesuatu makanan, buat dengan sepenuh hati, masak dengan hati. MASARIAH Selain kuih koci, dia turut menghasilkan juadah lain seperti pizza dan seri muka durian, mengikut permintaan pelanggan. [Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI] "Permintaan sangat tinggi setiap hari. Sehari dalam 30 ke 50 pax. Satu pax ada 10 biji kuih koci. Saya tak sempat nak sakit kepala, banyak kuih nak kena buat. "Bulan puasa tahun lepas, saya balut sampai 10, 000 kuih koci dalam sebulan. Alhamdulillah rezeki boleh kongsi dengan anak-anak. 1 pax saya jual RM10 saja. Paparan skrin tweet tular itu. "Tapi kuih saya berbeza, walaupun RM1 sebiji, tapi saya besarkan saiznya," ujar Masariah lagi. Dalam pada itu, Masariah turut menitipkan pesan buat individu di luar sana yang mahu menceburi bidang perniagaan makanan. Kuih koci yang dihasilkan oleh wanita itu. "Bila buat sesuatu makanan, buat dengan sepenuh hati, masak dengan hati. Jangan hanya niat nak jual. "Kita kena hasilkan sesuatu yang menyentuh hati pelanggan. Bila makan, mereka akan ingat. Wanita ini sudah tujuh tahun berniaga kuih koci. "Kalau ada komen membina, jangan marah. Terima seadanya. Itu cara untuk perbaiki kualiti. Yang penting jaga kualiti dan kebersihan," ujarnya lagi. Menurut anaknya, Khairen Mardhatilah yang juga seorang jurutera, dia sendiri tidak menyangka ramai yang memberi perhatian terhadap tweet yang dikongsinya. Malah katanya lagi, dia sekadar membantu secara yang termampu dengan menjalankan pemasaran dan promosi buat ibunya di Twitter. Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!