SESETENGAH orang pasti mempunyai tabiat suka menyanyi di dalam bilik mandi tanpa mengira waktu. Begitu juga dengan seorang wanita ini, namun tabiat tersebut tidak lagi dilakukan seperti mana kebiasaannya selepas dia mengalami pengalaman mistik, baru-baru ini. "Aku trauma nak mandi dalam bilik air aku sendiri. Scary!!!" demikian kapsyen pada video yang dimuat naik olehnya di aplikasi TikTok. ARTIKEL BERKAITAN: Tengah ambil angin atas buaian, tiba-tiba ada ‘benda’ baling batu... wanita berani rekod video seorang diri - “Mereka kata nampak sesuatu dekat pokok sukun” ARTIKEL BERKAITAN: ‘Padah‘ buat FB Live menjelang Maghrib, sesi promosi kerepek dihentikan lebih awal... terus ‘lari‘ ke rumah mak - “Memang jelas nampak benda tu” Menerusi video berdurasi 59 saat itu, kedengaran bunyi seperti suara lelaki garau sayup-sayup kedengaran menyanyi di sebalik bunyi pancuran air mandian. Berkongsi cerita dengan mStar, wanita yang mahu dikenali sebagai Indah Syafyra berkata, kejadian berkenaan berlaku tiga hari lalu sewaktu dia mahu membersihkan diri selepas pulang dari tempat kerja. "Masa saya sampai rumah dalam pukul 9 malam, mak tiada di rumah kerana pergi ke rumah nenek yang terletak berdekatan, manakala ayah pula belum pulang dari kerja. Indah berkongsi cerita dirinya mengalami gangguan ketika mandi sambil menyanyi di waktu malam, beberapa hari lalu. "Tabiat saya memang akan bawa telefon bimbit dalam bilik mandi dan suka menyanyi masa mandi. Sajalah nak rakam nyanyian sendiri. Saya letak handphone di rak-rak sabun, dan menyanyi lagu 'Sanggupkah Kau Bersabar Sayang' dendangan kumpulan tahun 90-an, Scan. "Selesai mandi, mak ayah belum sampai lagi. Saya buka handphone nak dengar balik rakaman nyanyian sendiri. Alangkah terkejutnya saya bila suara saya langsung tak kedengaran, sebaliknya hanya suara lelaki garau yang sayup-sayup di sebalik bunyi shower," cerita wanita berusia 26 tahun itu. Selepas mendengar rakaman tersebut, wanita ini berkata serta merta dia meremang dan menggigil serta hanya mampu membuat panggilan video (videocall) dengan beberapa rakan untuk menemaninya sementara menunggu kepulangan ibu dan bapanya. "Selepas mak sampai, saya cerita dan mak mulanya ingat saya 'prank' sehinggalah saya tunjukkan klip rakaman itu kepadanya. Mak pun terkejut dengar dan terus minta saya tutup. Saya hantar juga klip tu kepada ayah. Indah turut bercerita kembali insiden yang dialaminya selain memberi maklum balas kepada komen netizen. "Ayah kemudian 'forward' klip tu kepada seorang ustaz. Pada Selasa baru-baru ini, ustaz berkenaan datang ke rumah kami untuk 'pagar' rumah. Kata ustaz, rumah kami tu tapak 'dia'," ceritanya yang menetap di kawasan perumahan jenis teres di Sungai Bakap, Jawi, Pulau Pinang. Menurut anak ketiga daripada tiga beradik ini, insiden tersebut adalah yang pertama kali dialami sejak hampir lapan tahun menetap di rumah berkenaan. [Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI] "Kami sekeluarga tak pernah nampak apa-apa pun selama tinggal di sini. Cuma selepas insiden ini, mak juga buka cerita. Katanya, dia perasan seperti ada 'benda' yang selalu perhatikannya kalau di dapur. Itu sahaja," katanya yang bekerja di sebuah kilang di Seberang Perai. Memang akan kejutkan mak untuk teman sejak insiden itu. INDAH SYAFYRA Indah juga mengakui insiden berkenaan cukup membuatkannya fobia dan serik mengulangi tabiat suka menyanyi di dalam bilik mandi. "Bukan itu saja, saya juga takut nak mandi seorang diri kalau awal pagi dan waktu malam. Rutin kerja saya memang keluar awal pagi, jadi seawal pukul 4 dah ke bilik air. Memang akan kejutkan mak untuk teman sejak insiden itu. "Begitu juga selepas pulang kerja atau waktu malam... memang minta mak temankan dan dia akan duduk dekat dapur sehingga saya selesai mandi," katanya. Tambahnya, dia sekadar memuat naik video berkenaan di TikTok untuk berkongsi pengalaman mistik yang dialami namun tidak menyangka ia menjadi tular. Pengamal perubatan Islam hadir ke kediaman keluarga Indah untuk 'memulihkan' rumah mereka. "Ramai yang komen beritahu mereka pun takut bila dengar bunyi tu. Malah ada yang share pengalaman sama apabila menyanyi di bilik air. Tapi ada juga yang kata handphone saya mungkin ada masalah atau ia kesan 'slow motion'. "Tapi untuk buktikan saya tak cakap kosong, saya rekod semula dalam mode 'slow motion' di bilik mandi. Ternyata ia sangat berbeza dengan rakaman awal yang jelas sekali bunyi air shower tersebut. "Sekarang ni kami dah berikhtiar dan ustaz pun dah 'pagar' rumah. Mudah-mudahan tiada lagi gangguan pelik selepas ini," ujarnya lagi. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!