RAKAMAN memaparkan seorang gadis yang gagal menahan sebak tatkala menerima keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada Khamis lalu meraih lebih setengah juta tontonan di aplikasi TikTok. Selain ucapan tahniah daripada netizen, ramai yang turut meninggalkan komen memuji paras rupanya sehingga dia digelar 'beauty with brain' berikutan keputusan cemerlang itu. Menurut gadis Punjabi dikenali sebagai Sarah Hannah itu, dia bagaikan hilang kata-kata apabila menerima reaksi luar biasa netizen susulan perkongsian video olehnya tempoh hari. ARTIKEL BERKAITAN: Berbaloi kongsi nota kreatif bersama ribuan calon SPM... Pelajar RMC terima iPad sumbangan Syed Saddiq tak sangka target 6A dapat 9A! ARTIKEL BERKAITAN: 'Produk' 11A+ SPM kesal, keputusan cemerlang punca terlepas momen indah sebagai remaja - “... Yang bentuk kehidupan selepas SPM” "Saya rakam video itu untuk tunjuk kepada famili, saya nak hantar kepada abang saya dan dia pula kongsi video itu di Twitter, saya pula post di TikTok. "Rasa bersyukur, macam tak percaya bila ramai sangat yang wish kepada saya. Saya sangat terharu dan terima semua komen dengan hati terbuka. "Terlalu ramai yang beri sokongan. Saya pun sukar percaya dengan keputusan SPM itu. Rasa nak menangis, gembira, semua ada," ujar anak bongsu daripada dua beradik yang menetap di Kajang, Selangor itu. Mesra disapa Sarah, dia paling gembira apabila berjaya memperolehi gred A dalam subjek Matematik Tambahan. Paparan skrin video tular itu. "Add Math tak pernah lulus sepanjang sekolah. Tiba-tiba dapat A. Dulu memang tak boleh score. [Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI] "Kalau Add Math, saya buat latihan banyak-banyak. Sebelum SPM, saya buat kertas percubaan Add Math dari setiap negeri, bukan sekali tapi saya buat beberapa kali," jelasnya lagi. Menurut Sarah, dia juga merancang untuk membuka saluran YouTube dan berkongsi petua belajar tidak lama lagi. Saya tiada mix. Saya memang pure Malaysian. SARAH "Saya biasanya selepas pukul 12 malam, memang dah tak 'masuk' kalau nak belajar. Saya suka belajar selepas Subuh sampai ke tengah hari. "Sebenarnya saya ingat nak buat YouTube untuk kongsi tips belajar. Saya rasa ada banyak tips, saya juga ada cara tersendiri dan berbeza daripada orang lain. "Tapi ini masih dalam rancangan," ujarnya yang meminati subjek Biologi. Dalam pada itu, dia juga mengakui ada menerima komen netizen yang tertanya-tanya mengenai asal-usul serta darah keturunannya. Sarah rancang bukan saluran YouTube untuk kongsi petua belajar tak lama lagi. Jelas Sarah lagi, dia tidak mempunyai sebarang darah kacukan dan berbangga menjadi anak jati negara Malaysia. "Saya tiada mix. Saya memang pure Malaysian. Dilahirkan di sini. Mak ayah saya berkerurunan Punjabi. "Memang ada jumpa komen-komen yang kata saya mix," ujarnya berseloroh. Dedah Sarah, dia juga memasang impian untuk menyambung pengajian ke luar negara, suatu hari nanti. Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram! View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)