SETIAP peniaga pasti berdepan pelbagai cabaran serta dugaan terutama sekali di awal usia perniagaan mereka. Namun penat lelah serta segala keperitan yang dialami pasti hilang apabila usaha dan keringat yang dicurahkan akhirnya membuahkan hasil. Itulah yang dirasakan pasangan suami isteri Nor Syafida Mohamad Issam dan Mohd Akmal Hakim Jamil, masing-masing berusia 23 tahun yang baru berjinak-jinak dalam perniagaan bundle.ARTIKEL BERKAITAN : Datang dari jauh nak COD pekasam, wanita pulang hampa ‘kena 'game’ dengan pelanggan,... tak sempat sampai rumah dapat rezeki lebih besarARTIKEL BERKAITAN : Wanita ini tak boleh kawal sedih, terus menangis ditenung anjing kena dera... rupa-rupanya haiwan ini cukup dekat dengan dirinya Berkongsi pengalaman kepada mStar, Nor Syafida berkata dia mula memberanikan diri untuk mencuba bisnes pakaian bundle sejak awal tahun ini setelah melihat penerimaan memberangsangkan terhadap jualan barangan preloved miliknya. “Hujung tahun lepas saya cuba jual barang-barang preloved, mana-mana barang saya yang masih elok dan saya dah tak guna macam kasut, baju beg, seluar, katil semua saya jual. “Tak banyak tapi ada juga rezeki saya, jadi saya rasa macam seronok berniaga dan ajak suami cuba untuk ambil tokol bundle. “Walaupun suami macam tak berapa yakin tapi saya paksa juga dia untuk cuba dan kami sama-sama bina nama Babymal Bundle,” katanya. [Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI] Menurut Nor Syafida mereka pada mulanya terpaksa menumpang rumah ibu bapa serta kedai bapa saudaranya yang menjual burger. “Kami berdua tak ada kedai jadi kami tumpang letak baju bundle dekat rumah mak ayah. Kadang-kadang bilik tidur saya dan suami dah jadi macam kedai bundle. “Pelanggan pun kebanyakan sepupu, mak saudara yang datang beli baju, t-shirt, seluar trek. “Masa tu saya dan suami rasa down sangat sebab tak ada sale dan kami dah tak tahu macam mana cara nak perjuangkan bisnes ni, sedih sangat rasa,” katanya. Syafida dan suaminya memberanikan diri mencuba perniagaan bundle setelah barangan preloved miliknya banyak terjual. Usaha mereka menjual pakaian bundle di kedai bapa saudaranya yang dipanggil paklong di Jalan Kampung Pondok Upeh, Balik Pulau, Pulau Pinang juga gagal walaupun pakaian dijual dengan harga serendah RM1. “Mak dan abah bagi idea suruh pinjam kedai paklong untuk letak baju bundle kami di ruang kosong depan kedai burger tu tapi sama juga langsung tak ada jualan walaupun kami tunggu lebih kurang tiga jam. “Hari tu saya memang sedih sangat, rasa susah sangat nak cari rezeki, sempit dan perit sangat rasanya Ya Allah, walaupun saya jual sehelai cuma RM1, tapi langsung tak ada rezeki,” katanya. Akmal menunggu pelanggan namun tidak ada seorang pun yang singgah. Bagaimanapun, video Akmal menjual pakaian bundle dengan harga RM1 yang dimuat naik Nor Syafida ke akaun TikToknya baru-baru ini menjadi tular serta mendapat lebih 699,000 tontonan dengan lebih 34,000 tanda suka. Menurut Nor Syafida, dia dan suami yang bekerja sebagai promoter di sebuah kilang tidak berputus asa dan mereka sentiasa percaya kepada rezeki Allah. “Saya pernah buat live guna akaun TikTok, Instagram dan Facebook tapi lansung tak ada orang masuk, susah sangat nak dapat view tapi Facebook suami ada juga orang nak tengok dan beli. “Sekarang kami berdua berniaga bundle secara langsung guna Facebook suami. Setiap minggu suami saya buat live dan kadang-kadang lepas balik kerja pun dia buat live sebab nak cari duit lebih untuk saving. “Alhamdulillah sekarang boleh juga kami menyimpan, walau tak banyak tapi tetap ada untuk kami berdua, syukur sangat-sangat,” katanya. Hari tu saya sedih sangat, rasa susah sangat cari rezeki ni, sempit dan perit sangat rasanya Ya Allah, walaupun saya jual sehelai cuma RM1, tapi langsung tak ada rezeki. NOR SYAFIDA MOHAMAD ISSAM PENJUAL BUNDLE Bercerita lanjut mengenai cabaran yang terpaksa dilalui mereka, jumlah penonton paling ramai ketika berniaga live adalah 12 orang dan pernah juga hanya tiga penonton. "Suami akan cat muka dia sebab nak tarik perhatian pelanggan memandangkan susah sangat nak dapat view untuk live kami. "Jadi kami usaha untuk cari idea supaya nampak kelainan dan Alhamdullilah bila pelanggan kami gembira, kami pun turut sama gembira," katanya. Akmal turut menconteng wajahnya bagi mencipta kelainan dan menarik pelanggan menonton siaran lansung mereka. Menurutnya lagi, berkat doa ibu bapa serta rakan-rakan, mereka kini boleh menjual di samping menderma kepada orang ramai. “Mula-mula sekali kami ada modal RM120 dan beli dua tokol bundle. Alhamdulillah kami berjaya dapat balik modal walau lambat. “Berkat doa ibu ayah, mama dan abah serta kawan-kawan yang support kami, sekarang kami berdua boleh menjual sambil bersedekah kepada orang ramai yang beli baju dengan kami,” katanya. Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!