suria

Disangka air karat, rupa-rupanya darah campur air bangkai... lagi terkejut tengok ada kepala terjulur! - “Dah tiada moral support, terus lari keluar rumah muntah”

Keadaan musang yang ditemui selepas siling di bahagian bilik air dipecahkan.

INGATKAN air karat yang menitik, rupa-rupanya sesuatu yang tak pernah dibayangkan!

Berkongsi kisah 'seram lawak' ini dengan mStar, seorang pengguna Facebook yang hanya ingin dikenali sebagai Berung Marah berkata air warna merah yang disangka air karat yang menitik dari siling bilik air rumahnya sebenarnya 'datang' dari bangkai seekor musang.

Menurut pemuda itu, semuanya bermula apabila dia dan ahli keluarga lain terhidu bau busuk dari dalam bilik air sejak beberapa hari lalu.

"Dalam dua tiga hari lepas bilik air saya ni berbau semacam, macam bau Clorox pun ya.

"Lepas tu tiba-tiba ada air menitis dari siling, saya fikir mungkin sebab hujan, tak pun air karat.

"Tapi pelik juga sebab baunya masam, ada juga terdetik air merah kehitaman ni macam darah," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN : Pagi di tadika, petang dah darjah satu... Apa berlaku sebenarnya sampaikan ramai keliru, siap jadi anak angkat cikgu!

ARTIKEL BERKAITAN : Seram! Sedang asyik menyanyi dalam bilik mandi, tiba-tiba dengar suara garau... Si gadis keseorangan di rumah, agaknya apa dilakukannya saat menggigil ketakutan?

Berasa pelik dengan apa yang dihidu, mereka sekeluarga membuat keputusan untuk memecahkan siling bilik air dalam usaha mencari punca bau busuk tersebut.

"Pagi Selasa lalu lepas basuh bilik air bau tu ada lagi, masa tu kami dah rasa ada sesuatu yang tak kena jadi kami berbincang dan setuju untuk pecahkan siling.

"Yang pecahkan bumbung tu 'superhero' rumah kami iaitu bapa saya... saya bagi moral support dari bawah. Lepas dah pecahkan sikit, nampak kepala binatang terjulur... memang dah tak ada moral support daripada saya dah. Saya terus hilang semangat, lari keluar rumah muntah," katanya mengimbas mengenai kejadian yang tak disangka-sangka itu.



Bangkai musang dalam keadaan tergantung sebaik sahaja siling dipecahkan.

Katanya, musang yang bersaiz sangat besar itu ditemui dalam keadaan sudah keras.

Bercerita tentang detik sebelum siling dipecahkan dia berkata mereka sekeluarga cuma menganggap kesan tompokan di siling bilik air itu berpunca dari bumbung bocor.

"Masa tu tak ada rasa suspicious sangat sebab tengah musim hujan, air karat mesti mengalir. Rupa-rupanya... eee yek!" katanya sambil menambah bangkai haiwan itu telah ditanam.



Musang besar ini telah ditanam di satu kawasan berhampiran rumah.

Tambahnya lagi, kehadiran musang bukanlah sesuatu yang asing di kawasan perumahannya yang terletak di Johor.

"Sebelum ni memang setiap malam musang 'berlari berkejaran seindah bunga di taman' atas bumbung rumah kami, siap curi makan pisang lagi.

"Kalau masa solat tarawih dekat masjid pun 'mereka' jugalah yang banyak memeriahkan masjid," katanya.

Masa tu tak ada rasa suspicious sangat sebab tengah musim hujan, air karat mesti mengalir. Rupa-rupanya... eee yek!

BERUNG MARAH

PENGGUNA FACEBOOK

Pemuda ini berkata, dia terdahulu berkongsi kisah musang mati ini di grup Tukang Apa hari Ni di Facebook untuk bertanya apa yang perlu dibuat dengan siling yang sudah pecah dan masih meninggalkan bau serta kesan kurang menyenangkan.

"Laju je semua bagi fakta dan pengalaman tentang musang dan ada yang bagi cadangan, memang terbaik la group tu.

"Sekarang dah macam-macam benda campak kat dalam lubang tu (atas bumbung)... arang, daun pandan, Clorox, selain ada yang bagi cadangan letak biji kopi, tepung gandum... dah macam resepi hidangan minum petang," katanya berseloroh.



Tangkap layar posting Berung Marah dalam group Tukang Apa Hari Ini (Tahi).

Menurutnya, sehingga kini bau tersebut masih belum hilang.

"Mungkin selepas keluar mStar mereka yang baca kisah saya boleh beri cadangan cara nak hilang bau bangkai tu," guraunya lagi.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan