RASA takut, gelisah dan sesak nafas macam nak mati - wad kecemasan dah macam rumah kedua dan sanggup duduk di tepi pintu masuk hospital sehingga keadaan stabil. Demikian antara cabaran yang terpaksa dihadapi Mohd Fardzuar Bakri, 29, dalam usahanya melawan gangguan anxiety (kegelisahan) dan juga panic attack (serangan panik) yang sering dialaminya suatu masa dahulu. Berkongsi cerita dengan mStar, Fardzuar yang menceburi bidang tanaman nanas berkata dia akan diserang rasa gelisah apabila terlampau memikirkan masalah yang dihadapi, masa silam, kesilapan lalu serta jika berdepan dengan sesuatu kenyataan yang sukar untuk diterimanya.ARTIKEL BERKAITAN : Disangka air karat, rupa-rupanya darah campur air bangkai... lagi terkejut tengok ada kepala terjulur! - “Dah tiada moral support, terus lari keluar rumah muntah”ARTIKEL BERKAITAN : ‘Jalan terus’ walau mata tak nampak! Pasangan OKU hilang kerja tetap raih RM12,000 seminggu jual sambal hitam - “Mula berniaga cuma terjual satu, dua pek” Serangan panik pula akan berlaku apabila dia berasa gelisah dan perasaan ini gagal dibendung sehingga mengakibatkan degupan jantungnya menjadi laju dan dia sesak nafas. “Semua ni berlaku sejak saya sekolah lagi,,, masa tu selalu sakit perut bila akan kena serangan anxiety atau panic attack! Serangan tu buat saya rasa sakit dada dan cemas macam nak mati. “Saya agak semua ini sebab masalah perut. Empat kali buat endoscopy sebab ingatkan saya ada masalah usus tapi tak ada apa-apa, jadi masa tu doktor pakar bedah sarankan saya jumpa pakar sakit jiwa,” katanya. Fardzuar pada tahun 2016, sebelum dia mula terkena anxiety dan serangan panik. Menurut Fardzuar dia pernah menyangka dirinya terkena gangguan syaitan kerana rasa sakit itu sering menyerang pada sebelah petang iaitu selepas waktu Asar. “Bila jumpa ustaz, dia kata saya memang ada masalah dengan otak, jadi saya pun mula dapatkan rawatan pada tahun 2018 di hospital Pakar KPJ Pasir Gudang Johor, ” ceritanya. [Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI] Fardzuar berkata pesakit seperti dirinya hanya akan pergi ke tempat yang mereka sudah biasa dan dirasakan selamat, dan baginya tempat itu adalah hospital. “Sakit macam saya ni kena pergi tempat yang saya dah biasa sebab kalau apa-apa jadi saya tahu exit dekat mana, bunyi macam kelakar tapi itulah kenyataannya. “Dulu seminggu sekali saya pergi hospital sebab saya cuak, kalau boleh hari-hari nak pergi tapi kadang-kadang saya cuba tahan. “Pernah sekali tu saya nak pergi juga hospital tapi ayah tak nak hantar jadi saya naik Grab sampai pitam-pitam dalam kereta. Bila sampai saya duduk je tepi pintu hospital, tak masuk pun, bila dah okay, saya balik rumah,” katanya. Pada 2017, Fardzuar sering masuk ke hospital kerana gagal mengawal penyakitnya. Fardzuar amat bersyukur kerana keluarganya amat memahami dan mereka sentiasa membantu dia melawan penyakit yang didakwa disebabkan keturunan ini. Kata Fardzuar makcik serta pakciknya juga mengalami masalah yang sama, malah keadaan mereka jauh lebih kritikal berbanding dirinya. “Saya memang takut naik kapal terbang, kalau nak naik juga saya akan mintak seat depan atau sebelah sayap, kemudian sepanjang perjalanan kaki saya sejuk, saya tak selera makan, kepala berat je. “Saya pernah dua kali lari keluar dari pawagam bila tengok cerita zombie dan cerita hantu, saya memang tak boleh tengok cerita seram. “Bila naik bot saya akan fikir bot nak karam dan saya akan mati, tapi sekurang-kurangnya saya masih boleh beranikan diri, makcik saya langsung tak boleh naik kapal terbang. Lif pun dia tak berani, dia akan naik tangga atau guna eskalator," katanya Menurut doktor, rasa gelisah dan ketakutan yang dialami mereka berpunca daripada trauma yang mungkin pernah dialami sewaktu kecil. “Benda ni memang ada berkait rapat dengan peristiwa silam yang saya pernah alami. “Business saya merudum, saya tak ada duit, situasi saya masa tahun 2018 teruk sangat sampai saya buat keputusan untuk balik ke kampung berehat. “Enam bulan saya tak jejak kaki keluar pintu, bila saya nak keluar jantung saya rasa macam nak meletup. Saya pergi kenduri kahwin dah sampai dekat dewan tapi saya tak nak keluar kereta, saya minta bapa bungkuskan je,” katanya. Fardzuar sewaktu ingin menghadiri majlis perkahwinan sahabatnya namun apabila tiba di sana jantungnya berdegup kencang. Menurut Fardzuar penyakitnya ini boleh berlaku disebabkan banyak perkara. “Sekarang kalau saya kena serang pun yang biasa-biasa je, saya dah pun berhenti makan ubat sejak tahun 2018. “Tapi saya masih perlu berhati-hati sebab saya akan kena serangan kalau saya terlebih workout, terlampau penat, tak makan atau makan makanan yang pedas melampau, tak cukup tidur, minum kopi, makan durian lagilah jangan sesekali cuba,” katanya. Sekarang kalau saya kena serang pun yang biasa-biasa je, saya dah pun berhenti makan ubat sejak tahun 2018. MOHD FARDZUAR BAKRI Berkongsi pandangannya mengenai pemahaman masyarakat terhadap penyakit ini, Fardzuar berkata masih ramai yang tidak peka dan sensitif akan nasib pesakit seperti dirinya. “Saya pernah pergi klinik untuk dapatkan rawatan, masa tu saya rasa macam tercekik, doktor lelaki tu marah saya, dia cakap saya lembik dan suruh saya pulang. “Dia cakap jangan macam ni buat malu lelaki, saya menangis masa tu kemudian saya paksa ayah hantar ke wad kecemasan, mereka masukkan air dan beri saya ubat bius untuk berehat. “Orang lain pun ada yang tak faham sedangkan rasa sakit itu real!,” katanya. Selain dirinya, dua orang ahli keluarganya yang lain turut mempunyai masalah yang sama. Nasihatnya kepada mereka yang mempunyai masalah sama adalah segera mendapatkan rawatan. “Jangan risau, periksa kesihatan diri dulu, kalau memang tak ada masalah lain, kita kena percaya yang kita sihat, jangan layan perasaan. “Kalau rasa terseksa luahkan pada insan yang betul-betul kita percaya, jangan simpan dan jangan cuba nak merancang untuk esok hari sebab kebanyakannya bila saya plan kemudian tak jadi, saya akan kena serangan. “Teruskan hidup macam biasa, buat aktiviti sihat salah satunya joging sebab ia baik untuk jantung,” katanya. Katanya ubat-ubatan serta sesi kaunseling yang diberikan kepadanya sebelum ini benar-benar membantu dalam usaha mengawal penyakit yang diwarisinya ini. “Kesannya sangat baik sampaikan saya telefon doktor bila panik tu datang. Walaupun tak ada nombor telefon doktor, saya call hospital paksa minta nombor personal doktor. “Doktor kemudian minta saya kembali aktif macam dulu sebab masa saya jumpa dia, fizikal saya kurus sangat, pucat lesu macam orang dah tak ada semangat untuk hidup," katanya. Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!