REZEKI tidak akan datang bergolek tanpa usaha. Begitulah digambarkan pada seorang gadis yang terkesan dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 sejak 1 Jun lalu. "Assalamualaikum kawan-kawan. Sejak PKP ni, aku tak bekerja. Jadi gaji bulanan aku dah tak ada, tapi aku masih perlukan kewangan untuk tanggung komitmen bulanan dan mak ayah aku. Jadi aku mohon, RT untuk bisnes kecilan aku. Aku ada jual Mini Roti John dengan harga RM3.50 sahaja," tulisnya di laman Twitter sehingga diulang kicau lebih 25,000 kali! ARTIKEL BERKAITAN: Bapa ikut anak pergi kerja selepas diarah cuti tanpa gaji, makan tepi jalan sambil tunggu job masuk - "Ayah kata lebih baik kerja sampai 8 malam" ARTIKEL BERKAITAN: Sebelum PKP 14 tahun asyik travel... kini jadi cleaner, gaji pertama hanya 3 angka tapi apa dilakukan pemuda ini besar sungguh pahalanya! Gadis berkenaan, Nor Shahira Aminnordin berkata, dia sama sekali tidak menyangka ciapannya (tweet) di Twitter menerima sambutan yang amat memberangsangkan. Posting Shira di laman Twitter menjadi tular. Dia yang berusia 23 tahun terpaksa membuat tweet tersebut berikutan pekerjaannya terjejas susulan pelaksanaan PKP 3.0 awal bulan ini. "Saya bekerja di sebuah kilang. Bulan lalu saya menjalani kuarantin di rumah kerana menjadi kontak rapat kepada kes positif Covid-19. Alhamdulillah keputusan ujian saya disahkan negatif. "Bila dah habis kuarantin akhir Mei, terus diumumkan pelaksanaan total lockdown (PKP 3.0), di mana ramai staf di kilang diarahkan cuti tanpa gaji," katanya kepada mStar. Mengulas lanjut, dia yang lebih mesra disapa Shira memberitahu, dia antara pekerja kilang di Selangor yang diarahkan untuk bercuti tanpa gaji. "Hanya sebahagian kecil saja yang dibenarkan bekerja. Sekarang pula lockdown dilanjutkan lagi dua minggu, dan entah bila saya dan staf yang terkesan akan dipanggil semula. "Dari kuarantin di bilik, terus berada di rumah sebab tak kerja. Lebih seminggu saya terperap di bilik sebab rasa down," ujarnya yang bertugas di bahagian pengeluaran di kilang tersebut. Shira menyiapkan sendiri mini roti john, sambil dibantu ibunya. Dia yang berasal dari Semenyih, Selangor kemudian nekad untuk melakukan sesuatu bagi menjana pendapatan dalam waktu sukar ketika ini. Menurut anak keempat daripada lima beradik itu, dia mempunyai pelbagai tanggungan dan komitmen seperti ibu bapanya, bayaran utiliti dan bayaran balik pinjaman pengajian. "Kalau tak tahu nak buat apa memang tak akan jadi. Saya teringat abang masih ada kelengkapan masa dia berniaga di bazar jual roti john sebelum ini. "Saya fikir kenapa tidak saya buka tempahan jual mini roti john dari rumah, saya yang masak dan saya juga buat penghantaran secara COD," katanya sambil menambah ibunya berusia 52 tahun turut membantunya membuat persiapan. Memang penat bila order semakin banyak, tapi berbaloi. Saya bersyukur sangat. Alhamdulillah, dalam rezeki saya ada rezeki orang lain juga SHIRA Shira berkata, pada peringkat awal dia bersyukur kerana menerima tempahan purata 20 bungkus mini roti john sehari. "Masa tu hanya sebarkan maklumat menerusi laman Facebook dan aplikasi WhatsApp. Tapi saya perlu lakukan sesuatu untuk menjana pendapatan yang lebih. "Oleh itu saya buat posting di Twitter. Memang tak sangka sambutan di luar jangkaan, saya kini dapat menjual purata 50 hingga 60 bungkus mini roti john sehari selepas viral," katanya sambil menambah penghantaran dibuat di Semenyih dan kawasan sekitar. Sambutan menggalakkan selepas posting Shira menjadi tular. Malah Shira turut bersyukur apabila terdapat pelanggan yang bermurah hati untuk membeli mini roti john dalam jumlah yang besar sehingga 100 bungkus. "Seorang pelanggan order sampai 100 mini roti john. Dia minta saya sumbangkan kepada frontliners seperti petugas kesihatan termasuk pasukan keselamatan yang bertugas di sekatan jalan raya. [Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI] "Memang penat bila order semakin banyak, tapi berbaloi. Saya bersyukur sangat. Alhamdulillah, dalam rezeki saya ada rezeki orang lain juga," katanya. Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!