MUNGKIN ramai yang beranggapan proses dekorasi bagi sesuatu ruang kediaman memerlukan bajet yang besar. Namun hakikatnya ia masih boleh direalisasikan dengan bajet yang kecil mengikut kemampuan masing-masing. Sebagaimana cara seorang gadis ini mendekorasi kamar tidur mengikut cita rasanya, siapa sangka hampir 80 peratus keseluruhan proses tersebut hanyalah menggunakan konsep 'Do It Yourself' (DIY) sahaja. ARTIKEL BERKAITAN: Rumah pusaka berwajah baharu, dekorasi umpama kediaman mewah... siapa sangka usianya lebih 4 dekad! - “Inilah rumah kami adik beradik membesar ARTIKEL BERKAITAN: Bilik cantik sangat, tak fasal-fasal kena jadi ‘konsultan tak bertauliah’ - “Artis pun DM tanya pendapat, boleh jadi kawan pula” Berkongsi video transformasi kamar tidurnya di laman sosial, ternyata ramai yang kagum dengan usaha serta idea kreatif gadis ini melakukan sendiri proses dekorasi. Bercerita kepada mStar, Ainul Syahira Abd Halim berkata idea untuk mendekorasi biliknya timbul sewaktu tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan 1.0 (PKP 1.0), Mac tahun lalu. Cermin solek lama sebelum diberi 'nafas baru'. "Kebetulan masa itu saya ada dekat rumah keluarga di Jasin, Melaka kerana baru sahaja habis peperiksaan akhir (final). Jadi ada banyak masa terluang. "Saya fikir nak buat satu saluran YouTube sendiri, saja nak cuba. Manalah tahu boleh jana pendapatan sampingan. Saya terfikir apa konten yang saya nak masukkan dalam YouTube tu? Maka datanglah idea untuk buat dekorasi bilik," ujar wanita berusia 22 tahun ini. Menurutnya yang senang disapa sebagai Ainul, sebelum memulakan projek dekorasi tersebut, dia banyak melihat laman Pinterest ataupun YouTube untuk mencari idea dan inspirasi. Hasil selepas mengecat bingkai cermin solek dan aksesori lain. "Kebanyakan sumber rujukan saya tu gunakan perabot yang agak mahal sedangkan saya pula hanyalah pelajar. Jadi saya beli cat, dan cat semula perabot lama seperti almari baju, katil dan apa sahaja yang berkayu. "Saya pilih warna putih untuk padankan dengan konsep minimal. Kemudian selepas ada duit sikit, saya beli meja. Begitulah seterusnya, saya akan beli sesuatu dengan cara 'rolling' balik duit. Dekorasi ringkas namun cukup menyedapkan mata. "Yang mana boleh DIY, saya DIY. Tapi boleh dikatakan, kebanyakan buat dan beli sendiri dengan bantuan ahli keluarga," kata penuntut Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Gaya, Kota Kinabalu, Sabah ini. Tambah anak keempat daripada sembilan adik beradik ini, proses dekorasi itu bukan dilakukan sekelip mata sebaliknya dibuat secara berperingkat bergantung kepada bajet dan masa. Ujarnya, keseluruhan projek itu mengambil masa hampir setahun sebelum ia bertukar 'wajah' sebagaimana yang dikongsikannya di laman sosial. [Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI] "Sejak video pertama berkenaan projek dekorasi itu saya muat naik di YouTube, tak sangka ramai yang suka, teruja dan konten itu 'kena' dengan citarasa mereka. Ia membuatkan saya lebih bersemangat untuk mencari idea dekorasi untuk dikongsi bersama," ujarnya yang kini mempunyai 16,400 'subscribers' di YouTube. Yang mana boleh DIY, saya DIY. Tapi boleh dikatakan, kebanyakan buat dan beli sendiri dengan bantuan ahli keluarga. AINUL SYAHIRA Terharu dengan komen positif daripada pengikutnya dan juga netizen, Ainul berkata dia berharap perkongsiannya itu sedikit sebanyak dapat memberi idea dan manfaat kepada mereka. "Awal-awal tu, saya was-was... sebab saya rasa banyak lagi dekorasi bilik yang lebih cantik. Tapi dalam pada nak kongsi dengan orang lain, sebenarnya ia satu kepuasan juga kepada diri kerana buat sendiri. Ainul Syahira yang juga merupakan seorang YouTuber. "Bagi saya, tak semestinya kena berduit atau bajet besar kalau nak cantikkan bilik. Yang penting rajin cari idea dan positif. Bila bilik cantik, automatik buat kita lebih bersemangat dan selesa," ujarnya lagi View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!