suria

Pelajar dari semenanjung akui dah jatuh cinta, rindu dengan suasana kampus dan langit Sarawak - “Dulu Unimas pilihan ke-10 saya”

Video yang menghimpunkan koleksi gambar matahari terbenam menerusi akaun TikTok Khairul (gambar kecil) meraih lebih 260,000 tontonan.

RINDU langit Sarawak.

Begitulah kata-kata yang diungkapkan oleh Muhd Khairul Najmi Mohd Nasir, 22, pelajar Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) mengenai keindahan kampusnya.

Dia yang mesra disapa Khairul turut berkongsi video keindahan suasana matahari terbenam di Unimas sehingga tular menerusi TikTok.

ARTIKEL BERKAITAN: Mood bertukar... tiada lagi ucapan raya, hanya video sayu pensyarah sambut lebaran di kampus pengganti diri

ARTIKEL BERKAITAN: Pernah jual bubur tepi tangga kampus, pelajar IPT ‘otak bisnes’ puas hati dapat beli kereta idaman hasil berniaga air dengan kekasih

Menetap di Seremban, Negeri Sembilan, dia juga berharap agar pandemik Covid-19 berakhir segera dan keadaan kembali pulih seperti sedia kala.

"Harapan saya agar Covid-19 habis cepat, saya nak rasai semula kehidupan kampus. Sebelum ni saya duduk di kampus tak sampai setahun, kemudian pandemik melanda.

Khairul berharap pandemik Covid-19 berakhir segera.

"Saya nak balik ke sana (Unimas), kalau boleh nak jalani kehidupan sebagai pelajar bersama rakan-rakan seperti biasa sebelum kami tamatkan pengajian.

"Paling suka Unimas sebab view cantik khususnya pada waktu senja. Rindu nak tengok sunset sambil pasang lagu.

"Saya sekadar suka-suka kongsi koleksi gambar-gambar sunset di TikTok. Tak sangka pula akan viral," ujarnya kepada mStar.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Bercerita mengenai dirinya, pelajar bidang Kajian Khidmat Sosial itu mendedahkan pada awalnya Unimas bukanlah pilihan utamanya.

Sebenarnya, sama saja belajar di mana pun. Bukan senang nak dapat peluang.

KHAIRUL

Malah, dia pada peringkat permulaan agak ragu-ragu untuk menerima tawaran dan terbang ke negeri itu.

"Saya duduk Negeri Sembilan, terkejut bila dapat tawaran belajar ke Unimas. Minta universiti yang dekat-dekat, tapi tak dapat.

"Semasa permohonan UPU, Unimas merupakan pilihan ke-10. Masa dapat keputusan, saya bagaikan hilang kata-kata. Macam tak percaya.

"Tapi bila bincang dengan keluarga, saya terima saja tawaran itu. Saya terima seadanya. Pada waktu itu merupakan kali pertama saya jejakkan kaki ke Sarawak.

Gambar kenangan ketika Khairul dan rakan-rakan pelajar di Unimas mendaki Gunung Santubong.

"Sebenarnya, sama saja belajar di mana pun. Bukan senang nak dapat peluang. Tak perlu takut," ujar anak pertama daripada empat beradik itu.

Dedah Khairul, antara pengalaman tak dapat dilupakan tentunya apabila dia mendaki Gunung Santubong bersama rakan-rakan pelajar yang lain.

Namun gara-gara pandemik, dia terbang pulang ke semenanjung pada Oktober lalu dan meneruskan pengajian secara dalam talian (online).

Keindahan matahari terbenam di kampus Unimas yang cukup memukau mata memandang.

"Pergi ke sana bukan untuk bercuti, tapi untuk belajar. Tapi ada juga peluang nak melawat keindahan Sarawak.

"Sempat juga jalan-jalan sebelum pandemik. Paling seronok bila hiking Gunung Santubong dan pergi ke Pantai Damai.

"Kemudian Covid-19 melanda, saya balik rumah pada Oktober tahun lepas. Harapnya lepas ni dapatlah balik ke kampus semula," ujarnya mengakhiri bicara.

Sehingga kini, video yang menghimpunkan koleksi gambar matahari terbenam di TikTok miliknya meraih lebih 260,000 tontonan.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain