KISAH seorang gadis yang membantu bapanya berniaga burger sejak 12 tahun lalu tular di aplikasi TikTok. Video kisah suka-duka penuh inspirasi itu sehingga kini meraih lebih sejuta tontonan dan turut dihujani pelbagai komen netizen. Menurut Nurul Amirah, 24, banyak cabaran yang dilalui sepanjang dia berniaga bersama bapanya, Abdul Hamid Mat Zain, 54, di Machang Bubok, Bukit Mertajam, Pulau Pinang. ARTIKEL BERKAITAN: Wanita ini dihina... dah elok jadi pegawai bank tapi berhenti kerja untuk urus warung - “Mereka kata saya bodoh, tak fikir panjang” ARTIKEL BERKAITAN: Peniaga terkejut ramai mesej tanya nasi kerabu, rupa-rupanya diri dah viral sebab tak kedekut - “Kalau boleh nak jumpa depan-depan” "Abah jual burger selepas dia pencen polis. Masa tu Kak Long yang tolong ayah berniaga, kemudian Kak Long sambung belajar. "Kemudian pekerja ayah berhenti. Dia buntu nak cari pekerja. Saya masa tu umur 13 tahun. Awal-awal saya menangis juga sebab malu. "Pergi sekolah orang panggil saya Meah burger. Balik rumah menangis, memang saya rasa malu," imbasnya. Mesra disapa Meah, perasaan malu itu bagaimanapun mula memudar apabila dia membiasakan diri berniaga burger bersama bapanya. Malah, dia juga seronok apabila dapat mengumpul wang simpanan sendiri hasil bekerja pada usia muda. Meah mula berniaga sejak zaman sekolah lagi. "Apabila masuk tingkatan dua, saya dah OK. Hari-hari abah bagi upah RM20. Masa tu dapat bawa RM20 ke sekolah setiap hari, nilainya sangat besar. [Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI] "Masa tu saya dapat beli telefon sendiri hasil duit simpanan berniaga. Ia jadi sumber pendapatan saya. Tak kisah apa kerjanya. Asalkan ia halal. MEAH "Nak beli apa-apa tak perlu minta duit mak ayah. Ia memberi semangat dan membuka mata saya," ujarnya lagi. Imbas Meah, dia juga terpaksa mengulangkaji pelajaran di gerai bapanya ketika zaman sekolah. "Saya bawa buku ke gerai. Masa Peperiksaan Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), saya study di gerai. "Alhamdulillah keputusan pun bagus. Mungkin kerana berkat doa mak ayah. Walaupun sibuk tolong berniaga, ia bukan penghalang untuk berjaya. Kesibukan berniaga tak halang Meah raih keputusan cemerlang. "Bila saya dah sambung belajar, mama je lah yang tolong abah sekarang," ujarnya. Dedah Meah, dia sebelum ini mengikuti pengajian peringkat diploma dalam bidang Kejuruteraan Mekanikal dan pernah bekerja sebagai juruteknik di sebuah kilang di Pulau Pinang. Dia kemudiannya berhenti kerja dan kini sedang mengikuti pengajian diploma kedua dalam bidang kejururawatan di Kedah. Dalam pada itu kata Meah, dia sekadar berkongsi kisah perjalanan hidupnya di TikTok untuk memberi inspirasi kepada anak muda. "Mungkin ada anak muda di luar sana yang terlalu memilih kerja. Saya cuma nak cakap, apa pun kerja kita, walaupun hina pada mata orang... teruskan saja. "Tak kisah apa kerjanya. Asalkan ia halal," ujar anak bongsu daripada dua beradik itu. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!