suria

Vaksinasi Covid-19: Rekod baharu, Malaysia lepasi 250,000 dos harian

Sebanyak 250,529 dos vaksin Covid-19 diberikan di seluruh negara pada Selasa. Gambar hiasan

MALAYSIA kini mencapai satu lagi rekod baharu apabila jumlah pemberian vaksin harian melebihi 250, 000 dos pada Selasa (22 Jun).

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba berkata sebanyak 250, 529 dos vaksin Covid-19 diberikan di seluruh negara semalam.

Daripada jumlah tersebut, 190, 244 adalah penerima dos pertama, sementara selebihnya 60, 285 adalah penerima dos kedua.

ARTIKEL BERKAITAN: Vaksinasi Covid-19: Malaysia capai sasaran 200, 000 dos dua hari berturut-turut

Rekod ini adalah jumlah dos harian tertinggi yang diberikan, di mana 235, 623 dos diberikan pada Isnin.

Jumlah dos vaksin yang diberikan setakat ini adalah 6, 301, 727 dos.

"Jumlah individu yang telah menerima dos pertama adalah 4, 574, 685. Dari jumlah itu, 1, 727, 042 individu telah menerima dos kedua," kata Dr Adham dalam ciapan di Twitter pada Rabu.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Ini bermakna kira-kira 5.3 peratus penduduk telah melengkapkan dua dos suntikan vaksin Covid-19.

Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin sebelum ini berkata kerajaan mensasarkan untuk mencapai 400, 000 vaksinasi sehari menjelang Ogos.

Beliau juga mensasarkan 10 peratus populasi rakyat lengkap divaksinasi pada pertengahan Julai. - THE STAR

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain