suria

Salah faham SOP, dua sahabat keluar buat assignment terpaksa korek tabung bayar kompaun... tapi masih tak cukup, cuma ada RM200 saja!

Kedua-dua gadis ini dikompaun kerana melanggar SOP PKP.

BIASA tengok orang lain kena saman, siapa sangka diri sendiri pun terkena... kan dah kena korek syiling!

Begitulah nasib Natasha Zulaikha dan rakannya Nur Sabrina, masing-masing berusia 21 tahun, apabila mereka dikompaun kerana melanggar Prosedur Operasi Standard (SOP) sewaktu negara diletakkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

ARTIKEL BERKAITAN: Sedang bertugas hantar makanan, rider ini viral sebab dalam kepalanya tetap ingat belajar - “Tahu dia rakam, tapi malas nak layan sangat”

ARTIKEL BERKAITAN: Ramai nyaris kemalangan, lelaki ini pilih baiki sendiri jalan yang dah lama berlubang... ada alasan ‘masuk akal’ kenapa tak buat aduan!

Mengakui kesilapan mereka, Natasha menjelaskan pada hari kejadian dia keluar bersama Sabrina untuk membantu rakannya itu menyiapkan tugasan universitinya.

"Sebenarnya tujuan keluar memang nak buat assignment, memang tajuk assignment tu kena cerita tentang tempat menarik di Pulau Pinang, kemudian perlu ada gambar bersiar-siar, sebab tu perlu keluar.

"Kami cuma nak rakam video untuk digunakan di bahagian introduction sahaja, gambar yang lain memang kami bercadang untuk cari gambar dekat internet.

"Lepas tu alang-alang keluar kami singgah Watsons beli barangan keperluan sebab tak nak keluar banyak kali. Kemudian singgah drive thru KFC selepas Nur Sabrina siap tugasan," katanya kepada mStar.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Bagaimanapun, tanpa disangka-sangka mereka kemudian ditahan sekumpulan anggota polis yang meminta mereka berdua untuk terus ke balai.

"Kami tunggu dekat balai dari pukul 6 petang sampai Maghrib. Masa tu baru polis yang tahan tu balik ke balai, kemudian dia call inspektor dan kami semua dikenakan kompaun RM2,000 seorang.

"Kami cuba beri penjelasan pada polis tu tapi dia cakap tak boleh, inspektor dah bagi arahan semua kena kompaun," katanya sambil menambah mereka keluar membuat tugasan di sekitar Butterworth pada 13 Jun lalu.

Natasha dan Sabrina berada di balai dari pukul 6 petang sehingga kira-kira jam 10 malam.

Ditanya punca sebenar kompaun dikeluarkan, Natasha mendakwa alasan yang diberikan pihak berkuasa adalah kerana kedua-dua mereka mempunyai alamat yang berbeza.

"Satu kereta boleh naik dua orang, tapi kami tak tahu pula dua orang dalam kereta tu tak boleh berlainan alamat... sebab tu masa nampak polis kami OK je 'serah' diri," selorohnya.

Saya masih belum bayar lagi, masih tengah usaha untuk cari duit dengan buat COD (cash on demand) corndog dan cheeseball sekitar Butterworth dan Kepala Batas.

NATASHA ZULAIKHA

Menurut Natasha dia yang kehilangan kerja disebabkan PKP, manakala sahabatnya pula masih belajar terpaksa 'korek tabung' bagi membayar kompaun yang dikenakan.

Katanya, disebabkan rakannya bergelar pelajar, dia mendapat pengurangan dan perlu membayar hanya RM500, namun dirinya hanya diberi pengurangan sebanyak 50 peratus.

"Kami memang tak ada duit nak bayar, lagipun bukan anak orang senang.

"Saya pula tak kerja time PKP ni jadi memang tak dapat gaji jadi kami dua-dua terpaksa korek duit syiling," katanya.

Natasha dan sahabatnya mempunyai tempoh sehingga 26 Jun untuk membayar kompaun tersebut.

Menurut Natasha dia mempunyai masa sehingga 26 Jun ini untuk membayar kompaun tersebut dan syiling yang dikumpulnya dari tahun lepas hanya berjumlah RM200.

"Saya masih belum bayar lagi, masih tengah usaha untuk cari duit dengan buat COD (cash on delivery) corndog dan cheeseball sekitar Butterworth dan Kepala Batas," katanya.

Menurut Natasha, video yang dikongsikannya di laman TikTok bagaimanapun bukanlah untuk menyalahkan sesiapa.

"Saya saja buat content tersebut, tapi tak sangka viral.

"Nasihat saya lepas ni, kalau nak keluar walaupun untuk benda penting, tak kira beli barang keperluan sekali pun jangan pergi berdua dalam satu kereta kalau bukan satu alamat.

"Keluar bila perlu sahaja dan tak perlu berteman, juga patuh SOP, jangan jadi macam kami berdua yang tengah bingung mana nak cari duit untuk bayar saman," katanya.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain