suria

Tunggu 50 minit tengah panas terik, frontliner pakai PPE membebel loghat Nogori ‘sekolahkan’ pesakit Covid-19 lambat siap - “Baju boleh diperah air peluh”

Foto kiri Azrul memakai PPE, foto kanan baju yang dipakai Azrul dibasahi peluh selepas menanggalkan PPE.

PELBAGAI dugaan dan cabaran yang perlu dilalui oleh petugas-petugas kesihatan atau frontliners sejak pandemik Covid-19 melanda negara.

Begitulah yang dialami seorang petugas kesihatan menerusi video di aplikasi TikTok, ketika ditugaskan untuk menjemput pesakit Covid-19 dan dibawa ke hospital atau pusat kuarantin.

Menerusi video di aplikasi TikTok, dia kelihatan memakai peralatan perlindungan diri (PPE) membebel menggunakan loghat Negeri Sembilan, gara-gara menunggu lama seorang pesakit Covid-19 yang baru hendak bersiap sewaktu ambulans tiba di rumah bagi menjemputnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Tak risau ke? Pesakit Covid-19 menyanyi, menari ceria tunggu ambulans bawa ke pusat kuarantin - "Saya dah lama tak jejak hospital"

ARTIKEL BERKAITAN: Sekeluarga peluk cium atuk usia 74 tahun positif Covid-19, ahli keluarga perjelas hal sebenar... video 'lain dikongsi di media sosial, lain yang viral'

Pembantu perubatan (MA) itu, Azrul Zubir berkata, rakaman dibuat bagi meluahkan perasaannya apabila menunggu seorang pesakit Covid-19 bersiap selama kira-kira 50 minit.



Azrul ditugaskan untuk menjemput pesakit Covid-19.

Petugas berusia 31 tahun itu memberitahu, kejadian itu tidak sepatutnya berlaku kerana pihaknya telah menghubungi pesakit lebih awal bagi memaklumkan kehadiran mereka.

"Pesakit lelaki itu merupakan kes ketiga pada hari itu untuk dijemput di rumah pada pukul 2.30 petang dan hantar ke PKRC (Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19) di Kuala Pilah.

"Kami dah call lebih awal dari pukul 11 pagi dan maklumkan pesakit itu untuk buat persiapan dan standby. Bila kami sampai dengan ambulans, dia baru hendak bersiap," katanya kepada mStar.



Azrul (kanan) melakukan ujian saringan Covid-19.

Azrul yang berpengalaman sebagai MA selama sembilan tahun bagaimanapun berkata, kejadian seumpama itu bukan pertama kali sejak pandemik tahun lalu.

"Saya dan rakan setugas pernah menunggu seorang pesakit Covid-19 selama kira-kira sejam dan 15 minit meskipun telah dimaklumkan lebih awal mengenai kehadiran kami.

"Dalam kes berkenaan, pesakit nak tunggu suaminya balik dari kerja dan nak uruskan anak. Kami faham segelintir pesakit ada hal keluarga atau urusan penting lain, sebab itulah kami menghubungi beberapa jam lebih awal untuk mereka buat persiapan," ujarnya.



Azrul (kanan) bersama rakan setugas memakai PPE.

Mengulas lanjut dia yang berasal dari Kuala Pilah berkata, tindakan seperti itu akan memberi kesan kepada pesakit-pesakit lain dari segi urusan pengambilan dan penghantaran mereka.

"Kami pakai PPE enam hingga tujuh jam. Aircond tak pasang kat ambulans untuk pengaliran udara yang baik. Bila tunggu mereka yang lambat ibarat baju boleh diperah keluar air peluh.

Kami pakai PPE enam hingga tujuh jam. Aircond tak pasang kat ambulans untuk pengaliran udara yang baik. Bila tunggu mereka yang lambat ibarat baju boleh diperah keluar air peluh

AZRUL

"Ia lebih memberi kesan kepada pesakit-pesakit lain untuk dijemput. Macam kes pesakit yang kami dok tunggu 50 minit tengah panas terik tu, enam lokasi pesakit lain terjejas sebab dia lambat.

"Bagaimanapun, saya taklah marah dengan pesakit tu, cuma geram sebab dia lambat dan lama sangat bersiap. Saya bercakap secara spontan supaya semua pihak dapat memberi kerjasama yang baik kepada petugas-petugas kesihatan yang menjalankan tugas," tambahnya.



Azrul (hadapan) ketika ditugaskan membawa sekumpulan pesakit Covid-19 ke PKRC di Maeps di Serdang, Selangor menggunakan bas.

Mengenai celotehnya dalam loghat Negeri Sembilan mendapat perhatian, Azrul menjelaskan tindakan tersebut dilakukan secara spontan dan bergantung kepada keadaan.

"Bila marah atau geram, memang guna bahasa negeri. Lebih selesa dan selamat untuk bercakap loghat Nogori. Kalau cakap macam biasa, risau nanti tercakap kasar," katanya.



Azrul berpengalaman sebagai MA selama sembilan tahun.

Sehubungan itu, bapa kepada seorang cahaya mata perempuan itu menasihatkan agar masyarakat dapat memberikan kerjasama yang baik dalam memerangi wabak Covid-19.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Kalau jadi kontak rapat atau ada simptom, eloklah duduk di rumah. Jangan merayau sana sini. Dengan kes harian yang masih tinggi termasuk kes sporadik yang tak tahu puncanya.

"Bagi mereka dijangkiti Covid-19, jangan buat frontliner tunggu lama-lama bila ambulans datang jemput. Bantu kami untuk memudahkan urusan rawatan dan kuarantin," katanya.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain