LANGIT yang luas terbentang ternyata nampak berbeza dari kokpit pesawat yang dikendalikan wanita ini. Menurut Fatin Nabilah Musa, 26, dia juga berasa puas dapat 'terbang' di awan biru yang menjadi cita-cita dan impiannya sejak dulu. Bercerita kepada mStar, juruterbang kelahiran Kuala Lumpur itu mengakui perjalanan hidup dan kerjayanya tidaklah semudah yang disangka. ARTIKEL BERKAITAN: Obses jadi pilot... peguam wanita ini pernah ada sekotak replika pesawat, berlambak poster - “Saat dapat respons MAS, cita-cita saya berkubur” ARTIKEL BERKAITAN:Tak cukup ajak tumpang rumah, bakal pilot terkejut lihat usaha gigih sahabat berbeza bangsa 10 minit menjelang azan Maghrib Malah, dia pernah mengikuti pengajian dalam bidang pergigian sebelum cuba memujuk dan meyakinkan ibunya untuk mengubah haluan demi mengejar impian. "Selepas Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), mak nak saya jadi dentist. Saya sempat belajar bidang tu selama enam bulan. "Masa tu saya terus terang, saya kata saya nak buat benda yang saya minat. Saya menangis dan cuba buktikan, akhirnya mak bagi lampu hijau. "Kemudian barulah saya masuk sekolah penerbangan di Langkawi, Kedah selama dua tahun setengah untuk dapatkan lesen dan tamat pengajian pada 2016. Fatin mengakui bukan mudah untuk dia mencapai impian bergelar juruterbang. "Pada 2017 saya bekerja sebagai instructor di sebuah pusat simulasi penerbangan sebelum menyertai syarikat penerbangan pula selepas itu," ujarnya yang mesra disapa Fatin. [Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI] Imbas gadis itu lagi, dia juga pernah diuji dengan kegagalan namun enggan berputus asa demi membuktikan kemampuannya. Dapat duduk di kokpit, rasa bangga dengan diri sendiri dan puas hati. FATIN Malah kata Fatin, terbit satu rasa cukup istimewa dalam hatinya setiap kali mengendalikan pesawat yang menjadi impiannya sejak dulu lagi. "Saya juga pernah gagal, banyak dugaan tapi saya tetap kuat sebab nak buktikan kepada orang bahawa saya boleh buat. "Saya fikir, duit mak dah keluar banyak, nak jadi pilot bukan murah. Jadi saya kena kuat semangat untuk tak putus asa. "Dapat duduk di kokpit, rasa bangga dengan diri sendiri dan puas hati. Dapat tengok langit, nampak satu pemandangan luar biasa. Fatin kini mula berjinak-jinak dalam bidang lakonan. "Perasaan yang sukar nak digambarkan dengan kata-kata," ujar anak bongsu daripada enam beradik itu. Dalam pada itu, video Fatin menerbangkan sebuah pesawat ringan pada tahun 2015 tiba-tiba tular di aplikasi TikTok. Menurut Fatin, dia sekadar berkongsi video itu untuk mengimbas kenangan, namun tak menyangka ramai netizen suka melihat perjalanan kerjayanya. "Video viral itu sebenarnya dirakam ketika zaman belajar. Masa tu di Langkawi, saya terbang di atas kediaman keluarga angkat. Fatin berkongsi semula video yang dirakam pada tahun 2015 sehingga tular di TikTok. "Di TikTok, saya juga ada buat video, saya terangkan mengenai syarat-syarat nak jadi pilot dan sebagainya. Memang ramai yang tanya macam-macam soalan. "Saya juga nak bagi inspirasi kepada orang. Kepada adik-adik di luar sana yang minat nak jadi pilot, kita kena ada disiplin dan target," ujarnya lagi. Fatin bersama ibunya. Kini, Fatin turut terlibat dalam bidang perniagaan dan mula menghasilkan serum kecantikan sejak Mac lalu. Dia yang juga model sambilan turut mengisi masa terluang dengan melibatkan diri sebagai hos dan kini mula berjinak-jinak dalam bidang lakonan. Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram! View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)