suria

Guna bakul angkat barang ke tingkat 4, ibu tunggal tak sangka takal buatannya boleh buat ramai tersenyum - "Mula-mula jiran gelak"

Teratai menggunakan takal untuk sambut runner yang menghantar barangan dan makanan.

KADANG kala kita tidak perlu menggunakan tenaga yang banyak untuk melakukan sesuatu pekerjaan.

Kita hanya perlu menggunakan akal untuk berfikir dengan lebih kreatif.

Walaupun idea ini bukanlah sesuatu yang luar biasa, namun apa yang diperkenalkan Norizah Yusoff, 42 atau lebih dikenali sebagai Teratai bukan sahaja memudahkan kehidupannya bahkan berjaya menggembirakan hati ramai pihak.

ARTIKLE BERKAITAN: Buat banyak kerja dalam sehari, termasuk lipat pakaian demi sara keluarga! - “Pelanggan ‘reda’ je akak lipat baju mereka lepas jam 10 malam”

ARTIKLE BERKAITAN: Salah faham SOP, dua sahabat keluar buat assignment terpaksa korek tabung bayar kompaun... tapi masih tak cukup, cuma ada RM200 saja!

Dalam satu video yang tular di laman TikTok sebelum ini, Teratai berkongsi bagaimana dia menurunkan bakul (takal) dari tingkat empat rumahnya ke ruangan bawah bagi memudahkan urusan menaikkan barangan termasuk makanan yang ditempahnya.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Video tersebut setakat ini mendapat lebih lebih 350,000 tontonan dengan lebih 20,000 tanda suka.



Teratai dan dua anaknya baru sahaja pindah ke apartmentnya di Johor Bahru.

Bercakap kepada mStar, Teratai berkata dia mula menggunakan takal tersebut pada bulan April lalu apabila dia berpindah ke pangsapurinya yang terletak di tingkat empat.

Menurut ibu tunggal tersebut kecederaan yang dialaminya akibat kemalangan pada awal tahun lepas masih menghantui dirinya dan ketiadaan lif yang memaksanya menapak sehingga 56 anak tangga untuk sampai ke unit kediamannya di Johor Bahru itu memaksa dia untuk mencari alternatif.

"Akak kemalangan motorsikal dalam bulan Januari tahun lepas jadi kaki akak ada besi, dari pinggul sampai ke lutut.

"Jadi akak fikir nak turun naik sakit, lepas tu kesian nanti orang yang hantar barang kena tunggu lama, kalau nak minta mereka naik pulak, akak tak sampai hati sebab kesian tengok dia orang bawa barang berat-berat.

"Jadi timbul la idea menggunakan bakul ni, anak-anak akak pun tak perlu nak panjat tinggi-tinggi bawak barang rumah sampai senget-senget," katanya yang bekerja di sebuah kilang.



Teratai patah peha dan tangannya akibat kemalangan motosikal pada awal tahun lepas.

Menurut Teratai, selain memudahkan urusannya serta penghantar barangan, bakul tersebut juga secara tidak langsung menggembirakan hati banyak pihak.

"Bila akak order apa-apa akak akan letak note nanti kalau dah sampai call ya, akak akan turunkan bakul.

"Tapi kadang kala ada juga runner yang tak baca mesej jadi mereka naik terus sampai atas, kesian sangat jadi akak pesan lain kali tak perlu naik atas call je akak akan turunkan bakul.

"Jadi mereka jadi excited, yeke kak!, selalu memang bila akak turunkan bakul akak boleh nampak mereka rakam video," katanya, menambah dia kadangkala menggunakan bakul tersebut sehingga dua kali sehari.



Bakal yang diturunkan dapat memudahkan runner yang tidak perlu naik sehingga ke tingkat empat untuk menghantar makanan.

Menurut Teratai, bakulnya itu juga menjadi buah mulut jiran-jiran yang terhibur melihat setiap kali dia menggunakan bakul tersebut.

"Masa mula-mula guna ada jiran dekat tingkat dua dia gelak lepas tu dia panggil isteri dengan anak dia tengok kami main tarik tali, dah macam buat show, dia cakap bagus la amoi.

"Saya bagitahu dia kalau kita orang baru lepas makan, panjat tingkat empat ni, bila sampai atas boleh lapar balik dah.

"Ada sekali tu jiran saya tu tengah jogging, dia naik turun tangga je sebab Perintah Kawalan Pergerakan tak boleh joging di luar, lepas tu tali putus jadi dia tolong angkat bakul bawa naik," katanya, bersyukur bakulnya ini secara tidak langsung merapatkan hubungannya sesama jiran.

Bila akak order apa-apa akak akan letak note nanti kalau dah sampai call ya, akak akan turunkan bakul.

- NORIZAH YUSOFF

Sementara itu Teratai yang juga menjual sambal secara kecil-kecilan berkata dia kini sedang berusaha untuk mendapatkan rumah menerusi Program Perumahan Rakyat (PPR) bagi mengurangkan beban perbelanjaan bulanannya.

"Akak bernasib baik sangat tuan rumah bagi akak menyewa dengan harga RM800 sebab dia tahu akak ni ibu tunggal.

"Tapi akak harap sangat akak boleh dapat rumah PPR sebab tak larat nak bayar sorang-sorang, cumanya tak dinafikan memang akan rindu main tarik-tarik tali ni," katanya.



Walaupun masih belum sembuh sepenuhnya, Teratai tidak ingin hanya bergantung harap pada bantuan, justeru dia menjual sambal untuk menambah pendapatan.

Untuk menambah pendapatan, Teratai berkata dia menjual sambal secara sambilan bagi mengisi masa lapang.

"Akak memang ada terima bantuan dari Jabatan Kebajikan Malaysia, Zakat tapi kita tak boleh bergantung pada bantuan je, kita kena usaha.

"Sekarang walaupun akak baru sahaja kemalangan motosikal akak gagahkan diri juga untuk hantar sambal kalau ada orang order untuk tambah pendapatan," katanya.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

ends.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
takal, bakul, runner, foodpanda, lif, apartment

Artikel Lain