"ALHAMDULILLAH... susah nak jumpa orang yang jujur sekarang." Demikian antara komen yang dilontarkan netizen terhadap satu perkongsian video seorang gadis yang menjumpai telefon bimbit dan melelakukan tindakan sewajarnya sehingga ia selamat 'tiba' di tangan pemiliknya. Sehingga kini, video yang dimuat naik gadis berkenaan di aplikasi TikTok meraih lebih 450, 000 jumlah tontonan dalam tempoh 24 jam. ARTIKEL BERKAITAN: “Jatuh di tangan orang amanah” - Hikmah mudahkan pelanggan! Peniaga nasi lemak ‘diselamatkan’ abang cleaner selepas handphone tercicir ARTIKEL BERKAITAN: Jumpa beg plastik berisi tunai 4 angka... lelaki ini letak dalam raga kotor motosikal, sanggup berhujan tunggu pemilik di tepi jalan – “Biar miskin jangan ambil bukan hak kita” Mengimbas kembali insiden yang berlaku pada petang Sabtu, Nurhayati Ramli berkata, ketika itu dia dan kakaknya sedang menikmati ais krim selepas memberi barang di sebuah kedai. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) "Saya dan kakak menaiki motosikal untuk membeli barang di pekan Sekinchan, Selangor. Selesai urusan, kami beli ais krim di kiosk berhampiran kedai dan makan dulu sebelum pulang. "Tiba-tiba kakak beritahu dia ternampak seperti ada barang jatuh daripada sebuah kereta berwarna merah, atas jalan dekat simpang bertentangan tempat kami duduk. Nurhayati merupakan penuntut jurusan Animasi 2D dari sebuah IPTA. "Bila kakak pergi tengok, rupa-rupanya sebuah telefon bimbit. Ia jatuh ketika kereta tersebut belok keluar simpang," ujar gadis berusia 21 tahun ini. Menurut Nurhayati, dia dan kakaknya mengutip telefon bimbit berkenaan dan mengambil keputusan untuk menunggu buat seketika, mengharapkan pemiliknya datang semula ke lokasi untuk mencari barangnya yang tercicir. Anak kepada pemilik telefon bimbit berkenaan mengucapkan terima kasih kepada Nurhayati dan kakaknya menerusi komen di TikTok. "Selepas beberapa lama, tiada tanda-tanda ada orang datang mencari di lokasi tempat kami tunggu tu. Memandangkan dah pukul 6.30 petang dan nak malam, kami ambil keputusan untuk tinggalkannya kepada juruwang di restoran KFC yang terletak dekat tempat kami tunggu tadi. "Sebab kami fikir, mesti pemiliknya akan bertanya di kedai-kedai dekat sini. Sebelum berlalu, saya sempat tangkap gambar imej pada 'lock screen' telefon itu yang merupakan seorang wanita."Tujuannya saya nak tanya kawan-kawan lain juga, mana tahu kalau-kalau mereka kenal wanita yang dalam telefon tersebut," ujar penuntut Ijazah Sarjana Muda Animasi 2D dari sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di Selangor ini. Nurhayati (dua, kiri) bersama rakan-rakan. Tidak lama selepas membuat hebahan kepada rakan-rakan terdekat, Nurhayati berkata salah seorang rakannya mengenali wanita dalam gambar telefon bimbit itu. "Rupa-rupanya, pemilik telefon itu adalah ibu kepada rakannya yang bekerja di sebuah kilang berhampiran. Dia letak handphone atas bumbung kereta, kemudian terlupa nak ambil semula sebelum bergerak. Alhamdulillah, mereka dah pun ambil telefon tersebut di kaunter KFC pada hari yang sama."Anak kepada pemilik telefon bimbit itu juga komen pada video TikTok saya, ucapkan terima kasih atas apa yang dilakukan," katanya yang menetap di Tali Air Lapan, Sekinchan. Bimbang juga jika ada yang ambil kesempatan. Tapi ingatlah, jika terdesak macam mana sekali pun, pilihlah untuk bersikap amanah. NURHAYATI RAMLI Sama sekali tidak menyangka videonya menjadi tular, Nurhayati berkata dia sekadar mahu berkongsi kisah yang dilalui dan dalam masa yang sama memberi mesej kepada orang lain agar bertindak jujur. [Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI] "Saya sendiri pernah kehilangan handphone... tapi sekejap saja sebab tercicir dalam troli pasaraya. Mujur saya ingat dan lekas-lekas pergi ambil. Hilang sekejap pun dah rasa kelam kabut, jadi saya faham macam mana rasanya. Nurhayati (dua, kanan) bersama keluarganya yang menetap di Tali Air Lapan, Sekinchan. "Tak kisahlah sama ada handphone mahal atau murah, ia tetap barangan berharga buat seseorang lebih-lebih lagi ada data yang disimpan. "Sekarang ni ramai yang terdesak... bimbang juga jika ada yang ambil kesempatan. Tapi ingatlah, jika terdesak macam mana sekali pun, pilihlah untuk bersikap amanah sebab ia bukan barang kita, dan kita juga tak tahu bagaimana pemiliknya struggle," katanya lagi. Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram! TONTON VIDEO PILIHAN!