SOAL rupa paras itu perkara nombor dua bagi jejaka ini, namun kesihatan diri yang menjadi keutamaan. Menurut Wais Azizan, 25, dia menerima segala komen pujian dengan hati terbuka selepas berjaya menurunkan berat badannya. Namun apa yang lebih penting, dia mahu berkongsi rahsia dan memberi inspirasi kepada insan di luar sana yang mengalami masalah sama dengannya. ARTIKEL BERKAITAN: Badan jadi saiz XL selepas bedal ‘fast food’ selama 4 semester, mujur gadis ini cepat insaf... hati berbunga selepas diet! ARTIKEL BERKAITAN: “Perkataan tu buat saya rasa hina sangat” - Dulu saiz XL kini XS, pensyarah kongsi tip kurus tapi tak tinggal ‘fast food’ "Bagi saya, handsome itu subjektif. Ada juga yang kata saya lebih comel ketika belum kurus. Pujian itu perkara nombor dua. Saya segan, tapi berterima kasih dengan semua komen. "Saya cuma nak kongsi apa yang saya lalui. Rupa-rupanya ramai yang kurang yakin dengan diri sendiri. Saya juga faham perasaan orang yang berbadan besar, sebab saya sendiri dah lalui fasa itu. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) "Apabila saya dah berjaya turunkan berat badan, ia membawa banyak perubahan positif dalam diri. Jadi benda yang baik ini saya nak kongsi, supaya mereka yang alami masalah sama boleh ikut juga," ujarnya.Bercerita kepada mStar, dia yang mesra disapa Wais mendedahkan berjaya mengurangkan 15 kilogram (kg) berat badan dalam tempoh lima bulan. Gambar sebelum dan selepas transformasi fizikalnya. Kata Wais, dia pada mulanya tidak menyedari tubuhnya semakin berisi sehinggalah mula ditegur oleh rakan-rakan dan individu terdekat dengan dirinya. [Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI] "Berat saya 78kg masa pertengahan tahun lepas. Masa tu down teruk, dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), saya hanya duduk di rumah. Saya kongsi kisah ini di media sosial pun bukan nak menunjuk atau berlagak. WAIS "Pada masa itu ramai dah mula tegur, kata saya makin gemuk. Mula-mula saya tak perasan, sebab hari-hari tengok diri sendiri. "Kemudian masa November 2020, saya nekad nak ubah diri. Bermula waktu itu, saya diet sehinggalah cecah berat 60kg pada Mac tahun ini. "Konsep yang saya amalkan, 80 peratus jaga pemakanan, selebihnya 20 peratus lagi bersenam. Yang penting kena ada mindset yang betul untuk berubah," ujarnya yang berasal dari Jerantut, Pahang. Wais turut berkongsi kisah perjalannya itu di media sosial. Menurut penuntut bidang Linguistik di Universiti Putra Malaysia (UPM) itu, proses menguruskan badan disifatkan sebagai 'pelaburan jangka masa panjang' untuk kesihatan dirinya. Selain mudah untuk berfesyen, dia juga mengakui berasa lebih sihat dengan fizikal terbaharunya. Wais mengakui banyak perubahan positif berlaku selepas dia berjaya menguruskan berat badan. "Sekarang, saya makin senang nak joging mahupun berbasikal. Badan lebih ringan. Proses diet ni tak susah, cuma nak mula tu yang agak susah. "Masa berisi dulu, lama saya diamkan diri dalam media sosial. Sampai kawan-kawan tanya mana saya menghilang. Saya rasa kurang yakin dengan dunia luar. Wais merupakan penuntut UPM dalam bidang Linguistik. "Kini, makin senang saya nak cari baju. Saya anggap ia sebagai satu ganjaran untuk diri. Saya kongsi kisah ini di media sosial pun bukan nak menunjuk atau berlagak. "Ramai sebenarnya yang mesej dan tanya saya, apa yang saya lakukan sehingga dapat kurus dan sebagainya," ujarnya yang banyak berkongsi kisah mengenai perubahan fizikal diri menerusi TikTok dan Instagram. Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!