DI MATA sesetengah pihak, apa yang dilakukannya dianggap vandalisme. Semuanya gara-gara dia sering menconteng kasut dan segala macam peralatan yang boleh diconteng. Namun bagi Muhammad Arifuddin Mohamed Shaidi, 18, contengan itu sebenarnya adalah satu cara golongan 'ARTtist' meluahkan isi pemikiran kreatif atau 'out of the box' mereka dengan mencipta sesuatu yang baharu. ARTIKEL BERKAITAN: Bayi baru lahir diramal mampu hidup 2 bulan kini dah umur 11 tahun! Ibu tabah tunggu detik anak ‘pergi’ sambil cipta memori - “Orang tak tahu, nampak kami mewah” ARTIKEL BERKAITAN: Jumpa handphone tercicir atas jalan, tindakan dan idea bernas dua beradik ini demi mencari pemiliknya ‘menjadi’ - “Bimbang ada yang ambil kesempatan” Berkongsi kisahnya dengan mStar, Muhammad Arifuddin berkata dia sememangnya meminati seni lukisan sejak kecil sehinggakan sanggup belajar melukis sendiri setelah permohonan untuk memasuki kelas yang mempunyai subjek seni ditolak. [Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI] Dia bagaimanapun memilih untuk tidak melukis atas kertas, sebaliknya mengikut jejak langkah idolanya Zachary "Zach" Hsieh, seorang YouTuber Amerika yang terkenal dengan karya seni yang dipelajarinya juga secara persendirian. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) Lebih dikenali sebagai ZHC iaitu singkatan bagi Zach Hsieh Comic Art, dia terkenal dengan karya lukisannya pada objek-objek mewah seperti iPhone, kereta, rumah dan sebagainya. "Saya cuba ikut langkahnya, saya beli peralatan melukis macam yang dia guna seperti posca marker tapi saya tak mampu nak lukis atas iPhone jadi saya cari barang lain iaitu kalkulator saintifik... Alhamdulillah ada sambutan, masa zaman sekolah ramai kawan tempah dengan saya," katanya yang tinggal di Klang, Selangor. Kadang-kadang saya sendiri pun dipandang rendah sebab melukis ni ada orang anggap biasa-biasa sahaja. MUHAMMAD ARIFUDDIN MOHAMED SHAIDI Baru sahaja selesai menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Muhammad Arifuddin yang merancang untuk menyambung pelajaran dalam apa-apa bidang berkaitan seni bagi mengejar cita-citanya menjadi seorang pereka dalaman berkata fokusnya kini adalah untuk menarik lebih ramai pengikut di media sosial. "Saya memang dah lama rancang nak buat video melukis macam ZHC dekat YouTube tapi bila fikir balik susah nak dapat views dan subscribers jadi saya mulakan dengan video pendek di TikTok terlebih dahulu sebab lebih mudah. "Bila dah ramai pengikut baru saya akan buka YouTube channel sendiri," katanya. Muhammad Arifuddin ingin mengikut jejak langkah idolanya ZHC yang mempunyai saluran sendiri di YouTube. Beberapa video lukisan Muhammad Arifuddin di laman TikToknya kini menarik minat banyak pihak dengan beberapa video perkongsiannya mendapat jutaan views. Malah kasut Nike Air Force 1 yang dicorakkannya turut menarik minat netizen untuk membeli. "Masa saya mula buat video tu (mencorakkan kasut Nike Air Force 1) tak ada sambutan sangat sebab biasanya kalau nak cepat naik kena ada content yang berterusan, saya fikir takkan hari-hari nak custom kasut, modal tinggi. "Jadi saya cari idea untuk melukis pada sesuatu yang simple, murah dan boleh buat banyak video. "Kemudian saya ternampak video orang melukis atas keyboard, tapi lukisan dia cuma berdasarkan satu tema, saya tenung gambar tu dan saya terfikir kenapa tidak saya lukis sesuatu yang boleh tarik perhatian orang, jadi timbullah idea untuk lukis logo-logo terkenal dunia pada abjad dan nombor atas keyboard," katanya. Kasut Nike Air Force 1 yang dicorakkan Muhammad Arifuddin. Menurut Muhammad Arifuddin dia tidak menyangka video-videonya itu mula mendapat tontonan sehingga mencecah lebih dua juta. "Rasa macam tak sangka, rasa puas jugalah. Masa mula-mula naik ribu-ribu pun dah happy apatah lagi bila dah sampai juta," katanya yang merancang untuk melukis pada kasut lain dan Airpod pula dalam masa terdekat. Muhammad Arifuddin berkata walaupun gembira dengan sokongan yang diterima di media sosial, dia bagaimanapun sedih dengan pandangan sesetengah pihak yang memandang rendah golongan 'ARTtist' ini. "Kadang-kadang saya sendiri pun dipandang rendah sebab melukis ni ada orang anggap biasa-biasa sahaja. "Lagi-lagi melukis pada barang seperti kasut, ada yang kata merosakkan, membazir, tapi itulah salah satu cara pemikiran 'out of the box' bagi pelukis iaitu dengan melukis di atas objek baru,” katanya. Video perkongsian Muhammad Arifuddin di TikTok mendapat lebih 2 juta tontonan. Menurutnya dia ada menerima pertanyaan daripada beberapa individu yang berminat untuk membeli barangan dengan lakarannya. "Kasut yang saya lukis sebelum ni saya jadikan hadiah untuk kawan baik saya kemudian dia ada cadangkan saya buat lagi dan jual, jadi memang saya ada rancang untuk lukis lagi pada kasut dan jual. "Setakat ni saya ada menerima pertanyaan, tapi masih belum ada confirmation lagi, saya hanya akan melukis sekiranya ada menerima tempahan," katanya. Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!