suria

Tak mampu tahan perasaan! Baru 10 bulan berkahwin… sekelip mata lelaki ini kehilangan isteri dan anak berusia 24 minggu akibat Covid-19

Ariff harus akur dan tabah menerima takdir kehilangan isteri dan anak buat selama-lamanya,

BAHAGIA bersama hingga ke akhir hayat sudah menjadi impian bagi setiap pasangan yang sudah berkahwin, namun tiada siapa tahu akan ketentuan-Nya.

Apa yang pasti, walau sebesar mana pun ujian termasuklah kehilangan pasangan hidup, kehidupan tetap perlu diteruskan.

ARTIKEL BERKAITAN : Beratnya ujian PKP! Pasangan suami isteri sukar tidur, bergelut teruskan hidup selepas hilang kerja... depresi sampai tahap jejas susu badan

Itulah yang perlu dilalui Nik Muhammad Ariff Mohd Nazili, 29, yang sekelip mata kehilangan isteri dan anak pertamanya disebabkan Covid-19.

Nik Muhammad Ariff berkata disebabkan pekerjaannya sebagai pemandu lori, dia sebelum ini duduk berasingan dengan isterinya, Nurul Nasrin Jasni, 25, seorang suri rumah dan tinggal bersama ibu bapanya di Parit Raja, Batu Pahat, Johor.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

“Arwah isteri saya mengandung dah masuk enam bulan, tetapi disebabkan kerja saya terpaksa duduk asing sementara. Lagipun dia tak boleh bawa motor dan kereta, lebih baik dia tinggal bersama ibu bapanya.

“Ada satu hari tu, dia beritahu tak sedap badan, lenguh dan sesak nafas tapi saya fikir biasalah orang mengandung... saya pun tak syak dia akan positif Covid-19. Tapi makin lama, dia asyik muntah dan cakap pada saya nak pergi hospital untuk buat pemeriksaan lanjut,” katanya yang tinggal di Kampung Minyak Beku, Batu Pahat.



'Makcik garang' adalah nama timangan arwah isteri Ariff ketika bergurau bersama

Dia yang lebih mesra disapa Ariff berkata, pada awalnya doktor memberitahu isterinya terpaksa ditahan di Hospital Sultanah Nora Ismail, kerana suspek demam denggi tetapi apabila keputusan ujian calitan Covid-19 keluar menunjukkan dia positif.

“Dia beritahu saya sambil menangis, yelah fikir anak dalam kandungan lagi... dia terlalu risau. Saya cuba pujuk dia, tapi masa tu dia dah mula batuk-batuk. Selera makan masih ada... cuma bila dapat tahu positif terus kena tukar wad.

“Keadaannya semakin teruk sampai batuk keluar kahak ada ketulan darah. Doktor maklumkan nak buat CT scan, walaupun berisiko sebab kesan radioaktif tinggi bagi saya yang penting pada masa tu cuma nak selamatkan nyawanya.

“Tapi apa kan daya virus tu dah serang paru-paru sampai isteri tak boleh bernafas, terlalu kuat... jadi doktor buat video call bagi saya bercakap dengan dia, saling minta maaf sebelum dia ‘ditidurkan,



Tidak berkesempatan untuk dipanggil 'ayah' Ariff reda dengan apa yang berlaku

Berkongsi pengalamannya, Ariff menceritakan isterinya 'ditidurkan' pada 11 Jun lalu namun sepanjang tempoh itu tiada sebarang perubahan positif yang berlaku, malah dia turut dimaklumkan hampir 90 peratus bahagian paru-parunya telah rosak.

Selepas bersetuju untuk melakukan CT scan, Ariff memberitahu anak dalam kandungan terpaksa dikeluarkan dengan cara caesarean kerana menurut doktor peluang bagi menyelamatkan isteri tersayang masih ada.

Lima hari kemudian iaitu pada tanggal 17 Jun menjadi hari yang tidak dapat dilupakan bagi Ariff di mana anak sulungnya Nik Muhammad Adzriel 'pergi' namun dia tabah dengan ujian yang dihadapi.

“Anak saya sempat dilahirkan, dan hidup selama enam jam sahaja. Pihak hospital beritahu anak saya negatif Covid-19, jadi saya boleh tuntut jenazahnya macam biasa. Maknanya, boleh kebumikan seperti biasa.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

“Selepas dah selesai semuanya, isteri saya masih tak sedar. Hari Isnin tu saya bekerja seperti biasa, adalah semangat sikit tapi tak lama lepas tu saya terima panggilan doktor nak beri masa untuk saya video call dengan isteri sebab dia dah kritikal.



Perit untuk Ariff menerima kenyataan dia tidak dapat bersama lagi dengan isterinya

Tanggal 21 Jun 2021, tepat jam 6.18 petang Ariff terpaksa akur dan menerima ketentuan Ilahi bahawa degupan jantung isterinya telah berhenti buat selama-lamanya.

Dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Minyak Beku berdekatan dengan rumah Ariff, pusara anak dan isteri menjadi pengubat rindu buat dirinya.

“Sekarang sedih tu masih ada, tapi bila ada kawan-kawan beri support tanya khabar, kawan arwah juga ada tanya khabar ia beri sikit kekuatan untuk saya selain saya kena reda.

“Saya tak minta benda ni jadi, ini adalah kematian insan yang paling dekat dengan saya. Sebelum ni hanya saudara terdekat jadi tak begitu terasa, tapi sekarang ni terjadi pada orang yang saya paling sayang," katanya.

Ariff turut mengingatkan orang ramai bahawa wabak ini boleh menjangkiti sesiapa sahaja, tidak kira sama ada waktu sihat mahupun sakit. Penting agar semua masyarakat sentiasa mendengar arahan daripada kerajaan dan kekal berada di rumah.

Ariff berkongsi mengenai kisahnya dan kesedihannya menerusi akaun TikTok miliknya, yang tular dan mendapat hampir 600 000 tontonan dan 90 000 tanda ‘like’.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain