ANAK mana yang tak panik bila bapanya hilang tanpa ada sebarang cara untuk dihubungi. Menerusi satu video yang dikongsikan di laman TikTok seorang wanita kelihatan gelisah apabila bapanya yang masuk ke dewan untuk menerima vaksin tiba-tiba hilang tanpa dapat dikesan. Video tersebut sehingga kini telah ditonton lebih 1.4 juta kali. ARTIKEL BERKAITAN:Tak mampu tahan perasaan! Baru 10 bulan berkahwin... sekelip mata lelaki ini kehilangan isteri dan anak berusia 24 minggu akibat Covid-19 ARTIKEL BERKAITAN: Pemandu lori terjejas pendapatan dapat rezeki lain selepas gembirakan ibu buat ampaian berbumbung... menangis dapat order pertama! Berkongsi kisah sebenar dengan mStar, wanita berkenaan Asyikin Muhammadan, 26, berkata kejadian berlaku pada 26 Jun lalu ketika bapanya menghadiri temujanji bagi mendapatkan vaksin di dewan Majlis Perbandaran Teluk Intan, di Teluk Intan, Perak. [Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI] Menurut Asyikin yang juga seorang tukang jahit, pada mulanya dia menemani bapanya yang berusia 69 tahun itu beratur di bahagian luar dewan. “Mula-mula saya beratur sama-sama dengan ayah dekat luar tapi lepas tu bila nak masuk dewan tu kami berjanji untuk jumpa semula dekat satu pintu ni sebab saya tak boleh masuk. “Saya cuma intai je ayah dari luar khemah, ayah masuk saya pun terus ke pintu yang dikhaskan untuk orang yang sudah divaksin keluar. “Tunggu punya tunggu tak keluar-keluar, masa tu saya mula cari ayah dan minta tolong pada Rela untuk tolong periksa nama ayah sama ada sudah divaksin atau belum, ” katanya. Tangkap layar video perkongsian Asyikin di laman TikToknya. Sehingga kini video ini telah ditonton lebih sejuta kali. Menurut Asyikin keadaan di pusat pemberian vaksin tersebut menjadi agak kelam kabut dan riuh apabila dia dengan bantuan petugas di sana serta anggota Rela mula mencari bapanya yang gagal dikesan selama hampir dua jam. “Rupa-rupanya pukul 9.30 pagi ayah dah siap cucuk tapi tak tahu la ayah keluar ikut pintu mana sebab saya memang tak nampak, mungkin juga sebab terlampau ramai waris tunggu di pintu keluar jadi saya terlepas pandang. “Saya mula risau dan cari ayah dalam pukul 10.15 pagi macam tu sampai pukul 11 pagi baru jumpa... ayah tengah tunggu dekat bawah pokok tempat kami rehat untuk makan masa kali pertama ayah dapatkan suntikan,” katanya. Asyikin rasa bersalah kerana membiarkan bapanya menunggu lama selepas menerima suntikan vaksin. Menurut Asyikin dia amat risaukan keadaan bapanya dan semakin cemas apabila memikirkan bahawa bapanya tidak mempunyai telefon bimbit untuk dihubungi. “Saya memang risau dan takut sangat masa ayah hilang sebab dia tak ada telefon, saya risau ayah lapar. Saya memang ada makanan dan minuman ayah yang saya dah bawa siap-siap. “Jadi saya rakam video tu asalnya nak hantar pada ibu sebab saya susah hati sampai saya beritahu keluarga tentang kehilangan ayah,” katanya. Menurut Asyikin bapanya yang juga seorang pengembala kambing memang tidak suka membawa telefon bimbit ke mana-mana dia pergi. Saya memang risau dan takut sangat masa ayah hilang sebab dia tak ada telefon, saya risau ayah lapar. Saya memang ada makanan dan minuman ayah yang saya dah bawa siap-siap. ASYIKIN MUHAMMADAN Katanya sehingga ke hari ini dia masih tidak berani untuk bertanyakan apa sebenarnya yang berlaku kepada bapanya. “Kes memang sampai situ je memang tak tanya macam mana ayah boleh sampai dekat bawah pokok seberang sana, dia punya jauh tu memang tak masuk dek akal. “Tapi cerita memang tergantung sampai situ je takut nak tanya nanti kena marah,” katanya. Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram! TONTON VIDEO PILIHAN!