suria

Pandai peminat Khai Bahar ini ‘berlakon’ nyanyi suara teruk sampai ramai tertipu, padahal vokal sebenarnya boleh pergi jauh!

Isma bercita-cita untuk jadi pensyarah atau pegawai Kagat (Kor Agama Angkatan Tentera).

VIDEO prank nyanyian sumbang oleh jejaka ini ternyata mengelirukan netizen.

Pada awal video, ramai menyangka Muhammad Isma Azmawi Abdul Wahid tidak boleh menyanyi sehingga ada yang mengutuk suara sumbangnya.

Namun pada akhir video, jejaka berusia 19 tahun itu mengubah suara sumbang itu kepada suara sebenarnya, sekali gus membuktikan bahawa dia boleh menyanyi dengan baik.

ARTIKEL BERKAITAN: Ramai yang ‘gila’, ada ulang dengar sampai 100 kali! ‘Bro suara radio’ tak mahu hanya jadi penghibur di beranda

ARTIKEL BERKAITAN: Suara bak nyanyian dalam mimpi, ada kata penuntut UiTM ini boleh dodoi tidur... belum dengar full version lagi tu!

Mesra disapa Isma, dia sendiri terkejut apabila video cover lagu Malam Semakin Dingin oleh kumpulan Spin itu meraih lebih 100,000 tontonan dalam masa singkat.

Bagaimanapun dia mengakui ramai sebenarnya netizen yang tertipu dengan video itu.

"Saya sebenarnya boleh menyanyi. Cuma saja seronok-seronok buat suara teruk. Sebenarnya ada rakaman penuh yang proper.

"Tapi saya nak buat kelainan. Saya upload video nyanyian suara sumbang. Memang ramai yang terhibur. Ada yang kata saya sebenarnya boleh pergi jauh.

Isma kini masih lagi dalam proses belajar bermain gitar.

"Ada juga komen toksik yang negatif. Dia kata, suara awal yang sumbang dengan suara sebenar saya sama saja, tiada beza... tapi saya pandang yang positif saja.

Saya bercita-cita untuk jadi pensyarah atau pegawai Kagat.

ISMA

"Video itu saya rakam pada Sabtu tengah hari. Lepas Maghrib hari sama, saya terkejut tengok view naik mendadak, ini kali pertama viral," ujarnya kepada mStar.

Menurut anak sulung daripada lima beradik itu, dia sebenarnya minat menyanyi sejak kecil lagi, malah mula menghasilkan cover lagu sejak tingkatan lima.

Selain itu, dia juga masih dalam proses belajar bermain gitar dan menjadikan perjalanan seni penyanyi Khai Bahar sebagai inspirasinya.

"Saya mula buat cover sejak sekolah. Tapi memang dari kecil saya suka menyanyi. Pernah juga masuk pertandingan nasyid masa sekolah rendah.

"Di sekolah menengah, kalau ada Hari Guru misalnya, kawan-kawan akan petik nama minta saya menyanyi. Cikgu pun ada yang minta.

"Sekarang masih lagi belajar gitar. Tapi saya sangat suka Khai Bahar. Dia dulu pun bermula dengan buat cover lagu saja," ujarnya yang menetap di Manjung, Perak.

Isma mahu melanjutkan pelajaran dalam bidang Pengajian Islamik.

Kata Isma, dia tak menolak rezeki seandainya menerima tawaran dalam bidang nyanyian.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Namun, dia yang kini dalam proses untuk melanjutkan pengajian ke peringkat seterusnya turut mempunyai cita-cita lain yang diimpikan sejak dulu lagi.

"Kalau ada rezeki, kita terima saja. Dulu pun pernah simpan hasrat nak jadi penyanyi. Saya minat nasyid, genre lain seperti lagu jiwang pun minat juga.

"Sekarang saya tengah tunggu nak sambung belajar. Kalau boleh nak belajar dalam bidang Pengajian Islamik.

"Saya bercita-cita untuk jadi pensyarah atau pegawai Kagat (Kor Agama Angkatan Tentera).

"Ramai juga yang minta saya buat video cover lagi. InsyaAllah kalau ada kelapangan saya akan hasilkan lagi," ujarnya.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain