PAKEJ lengkap. Mungkin itulah yang dapat disimpulkan mengenai wanita dari Papar, Sabah yang berusia 24 tahun ini. Selain memiliki suara merdu, pramugari sebuah syarikat penerbangan ini juga 'hebat' beraksi di dapur dan banyak menghasilkan video masakan juadah tradisi negeri kelahirannya. ARTIKEL BERKAITAN: Tak dapat bertugas di awan biru, kru kabin ‘tukar angin’ layan penerima vaksin - “Dulu check boarding pass, sekarang check MySejahtera” ARTIKEL BERKAITAN: Dah puas ‘layan’ menangis dibuang kerja, pramugari terima 2 tawaran job datang serentak - “Tak sangka baca berita mengenai bekas syarikat saya bekerja” Bercerita kepada mStar, Siti Nur Ashikin Ismail mengakui aktiviti itu dilakukan demi memenuhi masa lapang memandangkan jadual penerbangan banyak berubah sejak pandemik Covid-19 melanda. "Disebabkan Covid-19, jadual penerbangan kurang sedikit, sekarang more to standby saja. Jadi saya isi masa lapang untuk buat video masakan. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) "Dulu saya kongsi biasa-biasa saja di Instagram, tetapi di TikTok saya buat video lebih detail dengan semua proses dari awal hingga akhir "Saya sebenarnya mula memasak sejak umur 12 tahun. Saya anak bongsu daripada lima beradik, yang lain semuanya anak lelaki. "Saya banyak belajar dengan emak dan nenek. Kalau mak tiada di rumah, saya yang akan memasak," ujarnya yang memulakan kerjaya di awan biru sejak berusia 18 tahun lagi. Ash turut mengasaskan produk kosmetik sejak Februari lalu. Mesra disapa Ash, dia juga berhasrat membuka restoran berkonsepkan makanan Sabah di ibu negara suatu hari nanti. [Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI] Selain mengubat kerinduan anak Sabah yang berada di Semenanjung, Ash juga mahu restoran itu menjadi platform untuknya memperkenalkan warisan negeri itu terhadap orang luar. Antara video masakan yang dikongsi di TikTok miliknya termasuklah menu mee goreng Sabah, kuih angku, tausa pisang, kuih penyaram, nasi kuning Sabah dan ikan ampap. Selain video tutorial masakannya yang mendapat perhatian ramai, video cover nyanyian Ash turut mencuri tumpuan netizen. Yang penting saya nak perkenalkan dan naikkan nama masakan Borneo dan Sabah khususnya. ASH Terbaharu, cover lagu Cinta Luar Biasa dendangan asal Andmesh Kamaleng di TikTok miliknya turut meraih 30, 000 tontonan. "Kalau menyanyi, saya bermula sejak umur enam ke tujuh tahun. Saya memang suka menyanyi dan pernah masuk pertandingan biasa-biasa dulu. Antara video masakan yang dikongsi olehnya. "Ia lebih kepada hobi saja. Tapi memang saya ada passion dalam bidang nyanyian dan masakan. Kalau memasak, saya suka jadikan Khairulaming sebagai rujukan. Muzik pula saya kagumi Agnes Monica (Agnez Mo) dan Dua Lipa. "Alhamdulillah, bila saya kongsi video memasak dan menyanyi, ramai yang bagi komen positif. Saya terkejut juga. Tapi saya dapat rasa positif vibe mereka. Ash berhasrat membuka restoran makanan Sabah suatu hari nanti. "InsyaAllah saya akan hasilkan lebih banyak content yang mereka suka. Yang penting saya nak perkenalkan dan naikkan nama masakan Borneo dan Sabah khususnya," ujar Ash. Dalam pada itu, Ash sejak Februari lalu turut berjinak-jinak dalam bidang perniagaan apabila mula mengasaskan produk kosmetik sendiri. Ujarnya, dia peka dengan situasi ekonomi semasa sejak pandemik melanda dan beranggapan tiada salahnya untuk melakukan lebih daripada satu kerja serentak. Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!