suria

Apalah nasib jejaka ini! Berambut panjang tiru Aedy Ashraf digelar ‘lelaki cantik’, rambut pendek dikata macam pengkid pula

Foto kiri tangkap layar video TikTok Fikry, manakala foto kanan Fikry ketika berambut pendek.

RAMAI yang tidak percaya sebaik melihat wajah pemuda ini di aplikasi TikTok.

Rata-rata komen netizen menyangka lelaki berkenaan adalah seorang perempuan kerana wajahnya yang ‘cantik’.

"Seriously ingat perempuan tadi."

ARTIKEL BERKAITAN: Mulanya keliru sebab 'cantik', foto tunang pemuda ini buat ramai frust sampai hilang 6,000 followers Instagram - "Suara saya jantan habis"

ARTIKEL BERKAITAN: Bikin polis keliru, 'lelaki paling cantik' terpaksa tunjuk MyKad sebelum masuk stadium

"Pretty boy."

"Handsome girl," antara komen-komen netizen.

Pemuda berkenaan, Muhammad Amirul Fikry Mohamad Muhait berkata, dia sudah lali dengan komen-komen yang mempunyai kaitan dengan rupa parasnya.

Anak muda berusia 24 tahun itu sendiri tidak pasti apakah reaksi terbaik bagi menjawab komen-komen tersebut.

"Bagi saya, tak tahu nak cakap macam mana kerana itu pandangan mereka berdasarkan apa yang mereka nampak. Bila saya buat live, ada yang tanya saya lelaki ke perempuan.

"Jujurnya mula-mula dulu memang rasa rimas, tapi lama-kelamaan saya dah biasa dengan apa yang orang kata," katanya kepada mStar.

lelaki cantik 2

Fikry pernah membuat gaya rambut 'blonde'.

Lebih mesra disapa Fikry, dia tidak melihat gaya rambut panjangnya menjadi pertikaian sehingga disamakan dengan perempuan.

"Bukan kerana rambut saya nampak macam perempuan, sebab sebelum ni saya cuba macam-macam gaya... rambut pendek, blonde dan rambut kerinting. Fesyen rambut botak pun pernah.

"Bila saya berambut pendek, ada kawan-kawan rapat kata saya macam pengkid (perempuan berpenampilan lelaki) pula. Rasa kelakar pula," ujarnya yang berasal dari Kuala Lumpur.

Tak tahu nak cakap macam mana kerana itu pandangan mereka berdasarkan apa yang mereka nampak. Bila saya buat live, ada yang tanya saya lelaki ke perempuan

FIKRY

Anak ketiga daripada empat beradik itu bagaimanapun menjelaskan gaya rambut panjangnya sebenarnya mendapat inspirasi daripada pelakon, Aedy Ashraf.

"Sebelum ini Aedy Ashraf pernah berambut panjang, dan bagi saya dia nampak smart dengan gaya rambut tu. Dialah pelakon lelaki berambut panjang yang pertama saya nampak di Instagram sebelum beberapa pelakon lelaki lain juga memiliki gaya rambut sama," katanya yang mengusahakan bisnes keluarga iaitu makanan sejuk beku.

lelaki cantik 3

Fikry memoton rambutnya yang panjang.

Pemuda yang memiliki Diploma Seni Reka Fesyen di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Seri Iskandar, Perak itu mendedahkan dia banyak berkongsi video masakannya di TikTok.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Mengulas lanjut, katanya, dia lebih bersemangat apabila video pertama masakannya iaitu puding karamel meraih lebih dua juta tontonan.

"Bermula dari video pudding caramel, saya teruja untuk berkongsi video masakan saya terutama manisan. Lebih-lebih berada di rumah ketika PKP (Perintah Kawalan Pergerakan), lebih banyak masa saya untuk memasak," katanya yang juga suka memasak ayam masak merah.

lelaki cantik 5

Rambut terkini Fikry selepas dipotong pendek.

Fikry berkata, dia mendapat inspirasi daripada penyanyi dan chef selebriti Datuk Fazley Yaakob kerana hasil kerjanya dalam bidang masakan yang begitu mengagumkan.

"Saya suka idea kreatif masakan dan cara beliau bekerja. Teringin juga bertemun dengan beliau untuk mendapatkan tip mengenai masakan sekiranya diberikan peluang," katanya.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain