SEGELINTIR rakyat di negara ini tampil dengan idea kreatif untuk mengibar bendera putih bagi menzahirkan kesempitan hidup yang dilalui mereka. Sejak kempen itu menjadi perhatian, ramai juga insan di luar sana yang tampil menghulurkan bantuan kepada rumah-rumah yang dikibar dengan bendera putih. Namun, lain pula ceritanya melibatkan Nurul Aishah Sazali, 22, yang menetap di flat Program Perumahan Rakyat (PPR) Sungai Sering, Selangor. ARTIKEL BERKAITAN: Peristiwa RM2 ketika hari lahir buka mata abang polis... apa ceritanya sampai dah 10 tahun sanggup masak sendiri demi bantu gelandangan ARTIKEL BERKAITAN: “Jangan malu mengaku kita susah” - Enam beradik bergelut jual nasi kukus bisnes tinggalan arwah bapa, ibu pula terkena buatan orang Kata gadis itu, dia pada Sabtu lalu menjemur langsir putih di tingkap kediamannya sebelum berlaku salah faham dengan komuniti setempat di sana. "Saya jemur langsir putih tu untuk hilangkan bau hapak. Saya gantung dekat tingkap. Rumah saya berada di tingkat satu flat ini. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) "Saya pun lupa mengenai kempen bendera putih. Tiba-tiba ada orang persatuan flat call mak saya, dia tanya sekiranya ada masalah. "Mak saya tanya balik, kemudian mereka kata nampak bendera putih di tingkap rumah kami. Terus kami semua tergelak," ujarnya kepada mStar. Keluarga itu menetap di PPR Sungai Sering, Selangor. Mesra disapa Aishah, dia mengakui terharu dengan keprihatinan masyarakat di kawasan perumahan itu, tambahan pula mereka tahu ibunya turut menjaga dua anak yatim dan seorang warga emas. Malah katanya, kejadian itu membuka matanya mengenai sikap rakyat negara ini yang masih bermurah hati membantu sesama sendiri biarpun berada dalam situasi pandemik yang tidak berkesudahan sejak lebih setahun lalu. "Memang saya salute dengan mereka. Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang pertama, mereka banyak membantu orang susah di sini. Pada saya, orang yang gantung bendera putih tu tak bereti mereka kalah. AISHAH "Mungkin juga mereka ambil berat bila lihat langsir putih tu kerana mereka tahu mak saya jaga dua anak yatim. "Dua sepupu saya berusia 13 dan 15 tahun dibela oleh keluarga kami sejak ibu bapa mereka meninggal. Mak saya juga jaga abangnya yang berusia hampir 60 tahun. "Pakcik saya tiada isteri, jadi mak yang jaga. Mungkin sebab itu jugalah orang fikir kami betul-betul perlukan bantuan selepas lihat langsir putih tu," ujarnya. Kata Aishah, dia sama sekali tak ingat mengenai kempen bendera putih yang hangat diperkatakan orang ramai. Dalam pada itu, Aishah turut berkongsi video kejadian itu sehingga tular di laman Twitter. [Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI] "Daripada video itu, ada yang positif dan ada juga negatif. Ada juga yang kata saya nak buat content, tapi rata-ratanya dapat lihat keprihatinan orang flat saya. "Saya buat video tu bukan saja-saja atau nak merendahkan mereka yang memerlukan bantuan, tak sama sekali. "Pada saya, orang yang gantung bendera putih tu tak bereti mereka kalah. Ia merupakan satu kemenangan antara pemberi dan menerima," ujarnya. Aishah membantu ibunya mengusahakan perniagaan sambal sejak awal tahun ini. Mengenai dirinya, Aishah juga lepasan bidang Pengurusan Pelancongan dari Politeknik Sultan Idris Shah, Sungai Air Tawar di Selangor kini menjalankan perniagaan sambal goreng ikan bilis mata biru bersama keluarganya. Selain itu, ibunya yang dikenali sebagai Mak Leha dalam kalangan komuniti setempat turut berniaga nasi lemak dan masakan panas di flat berkenaan. Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!