"AUNTY, you won this trend!" Demikian satu daripada ribuan komen netizen yang memuji video yang dihasilkan oleh seorang wanita di aplikasi TikTok. Video tersebut memaparkan seorang wanita yang menggelarkan dirinya sebagai Makcik Bawang atau 'Aunty Onion' menukar berhelai-helai pakaian dalam sekelip mata sebagaimana yang menjadi trend di aplikasi berkenaan pada masa kini. ARTIKEL BERKAITAN: Akaun TikTok pun mak yang buat, siapa sangka pemuda hebat usia 20 tahun ini dah pernah main violin depan Agong, 3 perdana menteri ARTIKEL BERKAITAN: ‘Lelaki tidak dapat dilupakan’ popular di TikTok! Gadis buat pengakuan didekati ‘lelaki kucing’ pernah gemparkan negara 13 tahun lalu Namun apa yang menarik perhatian ramai, proses pertukaran pakaian yang begitu 'smooth' ditambah pula intonasi suaranya yang mendatar membuatkan video berkenaan meraih sehingga hampir 800, 000 jumlah tontonan dalam masa dua hari selepas ia dimuat naik. Berkongsi cerita dengan mStar, Noor Suhaili Mohd Amin, 43, berkata idea untuk menghasilkan video tersebut timbul secara spontan memandangkan video transisi pakaian sedang menjadi trend di TikTok ketika ini. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) "Sebenarnya ini adalah video transisi kelima yang saya buat. Empat video transisi sebelum ini dibuat di dapur, jadi yang kelima ini saya nak buat dekat tempat lain pula. "Lagi pula sekarang ni tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), nak hilangkan rasa boring juga sebab tak boleh ke butik. Tak sangka yang kali ini menjadi viral, " katanya yang merupakan salah seorang pengasas sebuah butik pengantin di Gombak bersama kakaknya. Menukar tujuh helai baju untuk menghasilkan video tersebut, ibu kepada tiga cahaya mata berusia 21 tahun, 18 tahun dan 10 tahun ini berkata, semua proses bermula daripada merekod sehinggalah proses suntingan dilakukan olehnya sendiri 100 peratus. Mini tripod dan lampu antara 'prop' penting yang digunakan Noor Suhaili ketika membuat rakaman. "Baju-baju tu saya ambil sahaja yang memang tergantung manakala tudung pula biasanya saya memang suka seterika awal-awal. Selepas siap buat sarapan dan mengemas, saya buat rakaman di bilik. "Saya pakai tripod biasa sahaja. Sekali tekan butang 'on', saya terus rakam dari awal sehingga habis. Maknanya nanti kemaskan dan 'potong' semasa buat suntingan. "Selepas siap rakam, saya berhenti seketika untuk lakukan perkara lain. Kemudian baru sambung buat suntingan dan muat naik waktu malam pada hari yang sama. Memasak dan berkongsi resepi adalah konten utama dalam akaun TikTok Noor Suhaili. "Keseluruhannya ambil masa sekitar enam jam. Suntingan pun buat sendiri sebab saya suka explore. Saya hanya rujuk YouTube sahaja ketika awal-awal buka akaun TikTok pada Mac lalu, " katanya yang menetap di Bandar Baru Bangi, Selangor. Menurut Noor Suhaili, antara cabaran yang dihadapinya ketika membuat rakaman video transisi tersebut adalah bunyi bising kenderaan dan juga persekitaran. [Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI] "Biasalah siang-siang mesti ada bunyi motor, kereta, suara budak-budak dan sebagainya. Jadi masa rakam suara latar, saya siap masuk dalam almari. Itu yang kedengaran seperti berbisik. Tak sangka ramai tertarik dengan intonasi suara seperti itu. Tak sangka viral, sebab saya buat hanya untuk fun saja. Selain nak hilangkan bosan, sekurang-kurangnya masa tu terasa terisi. NOOR SUHAILI MOHD AMIN "Selepas siap, barulah saya tunjuk dekat anak sulung... biasanya dialah 'editor' saya. Kalau dia approve, baru saya post. Risaulah kalau keterlaluan nanti malu anak-anak, " ujarnya. Tambah Noor Suhaili, video-video transisi yang dimuat naik adalah selingan kepada pelbagai video resepi masakan ringkas untuk menghiasi konten TikTok miliknya. Noor Suhaili bersama suami dan tiga cahaya matanya. "Ramai pula yang minta tutorial macam mana nak buat video transition. InsyaAllah, bila ada masa, saya akan buat video tutorial... saya tak kisah berkongsi. "Tak sangka viral, sebab saya buat hanya untuk fun saja. Selain nak hilangkan bosan, sekurang-kurangnya masa tu terasa terisi, " katanya lagi. Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram! TONTON VIDEO PILIHAN!