suria

“Mak suruh conteng kaki dia…” – Zaman kanak-kanak suka lukis-lukis, kini graduan bioteknologi baru sedar... minat ilustrasi digital bawa rezeki sampingan

Ibu Aiman turut memberi sokongan penuh terhadap minatnya dalam seni ilustrasi.

JANGAN sudah terhantuk baru terngadah.

Tidak dapat dinafikan waktu pandemik ini ternyata memberi kesan kepada ekonomi masyarakat sehingga ada yang terjejas sumber pendapatan.

ARTIKEL BERKAITAN: Pereka grafik balik kampung tolong keluarga jual sate, tak sangka main TikTok tambah rezeki - “Dulu mak ayah diperlekeh, bisnes tak kaya-kaya”

Namun ada yang pandai mengambil peluang untuk menjadikan minat dan hobi sebagai satu cara untuk menjana pendapatan sepanjang tempoh kuarantin di rumah.

Walaupun tiada ilmu dalam bidang seni reka grafik, Ungku Mohd Aiman Syafiq, 25 menjadikan ilustrasi digital sebagai kerjaya sampingan walaupun sudah mempunyai pekerjaan tetap sebagai ‘content creator’.



Mengakui tiada ilmu dalam seni grafik, Aiman usaha sendiri belajar ilustrasi menerusi Youtube

“ Sebenarnya saya mula minat buat ilustrasi ni dari sekolah rendah, dulu suka conteng-conteng atas kertas je. Masa tu saya suka baca komik jepun, jadi dari situ saya dapat la ilham untuk lukis daripada apa yang saya tengok dan baca.

“ Mak saya pun kadang-kadang suruh conteng kaki dia, dari awal lagi dia suruh saya buat tapi masa tu saya tak nampak yang benda ni boleh jadikan sebagai kerjaya sampingan, ” ujarnya kepada mStar.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Lebih mesra disapa Aiman, dia tidak menyangka pada asalnya hanya sekadar minat tetapi dia mengambil langkah untuk belajar seni ilustrasi ini menerusi Youtube sehingga tercetus idea untuk dijadikan sebagai kerja sambilan.

Pernah menuntut pengajian di Universiti Kebangsaan Malaysia dalam jurusan bioteknologi, Aiman menceritakan minatnya terhadap ilustrasi digital semakin bertambah apabila rakan-rakan menyokong dengan memberi tunjuk ajar dalam ilmu seni grafik.

Tambah Aiman, permintaan ilustrasi digital semakin meningkat apabila tiba pada musim perayaan atau majlis perkahwinan.



Antara ilustrasi yang dihasilkan oleh Ungku Aiman

“ Masa musim perayaan memang banyak, tambah pula kalau ada orang nak kahwin. Kebiasaanya mereka akan minta buatkan untuk wallpaper. Tapi untuk sekarang, saya lebih banyak terima tempahan logo perniagaan.

“ Biasalah waktu PKP ni kan, banyak pengusaha kecil yang nak mulakan perniagaan. Jadi sedikit sebanyak saya dapat bantu mereka untuk siapkan logo.

Bermula dengan harga serendah RM30 untuk setiap ilustrasi, Aiman tidak pernah berputus asa walaupun dia mengakui agak sukar untuk mengurus masa kerana bekerja pada waktu pagi sehingga petang.

" Cabaran saya buat masa sekarang ialah masa, saya kena pandai uruskan masa rehat, kerja sedia ada dan untuk nak buat ilustrasi ni. Saya tak suka bila buat kerja cepat-cepat, nanti kualiti tak bagus.

" Jadi apa yang saya buat, lepas balik kerja dah rehat semua cukup. Waktu malam saya akan habiskan selama tiga hingga empat jam untuk siapkan satu ilustrasi.



Pemandangan Kampung Baru yang indah dijadikan ilustrasi sehingga mendapat perhatian ramai

Ilustrasi yang bertemakan kawasan Kampung Baru, dimuat naik menerusi akaun Tiktok miliknya sehingga mendapat perhatian ramai dan ada juga yang komen ‘sumpah cantik’ sehingga video tersebut meraih 14,000 tontonan.

" Sebenarnya saya suka kongsi ilustrasi yang bila kita tengok dapat menenangkan kita. Saya nak bila orang tengok hasil kerja saya tenang je dan puas hati, sebab tu saya cuba ketengahkan idea yang dekat dengan masyarakat.

" Saya harap untuk akan datang, saya akan buat dengan lebih baik dan ada satu platfrom marketing yang luas. Sekarang musim pandemik, jadi ramai sebenarnya yang memerlukan khidmat seperti ni.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain