suria

Dah kunjungi 30 negara, Paris tak seindah dijangka... jejaka ini serik mahu ke sana - “Kita fikir ia bandar romantik, pergi sana baru nampak semua benda”

Shafik berkata dia tidak berniat menghasut sesiapa, namun sekadar berkongsi apa yang dilaluinya ketika melancong ke Paris sahaja.

SUDAH berkunjung ke 30 negara, pasti banyak pengalaman suka-duka dilalui oleh jejaka dari Terengganu ini.

Kini, Muhamad Shafik Zainal, 32, banyak berkongsi kisahnya menerusi aplikasi TikTok sehingga meraih perhatian ramai.

Antara yang mencuri tumpuan tentunya kisah mengenai kota cinta Paris, Perancis yang digambarkan sebagai tidak seindah yang disangka.

ARTIKEL BERKAITAN: Pelancong pakat serbu Langkawi ketika pandemik, kru penerbangan dicop ‘kacak tapi IQ rendah’ selepas beri pendapat - “Boleh nampak komen mereka tak bijak”

ARTIKEL BERKAITAN: Kayuh basikal jelajah 13 negara, 2 mamat Malaysia kongsi pengalaman perit telefon 'terjun' sungai di Perancis - “Hari pertama dah lucu...”

Bercakap kepada mStar, dia yang mesra disapa Shafik tidak berniat menghasut sesiapa, namun sekadar berkongsi apa yang dilaluinya sahaja.

Bagi Shafik, dia menggambarkan Paris sebagai bandar yang kurang bersih, dipenuhi dengan tourist scammers dan membuatkan dia berasa tak selamat.

"Saya sebenarnya terkejut. Ingatkan saya saja ada pengalaman sebegitu di Paris. Bila saya kongsi, ramai yang dedah mereka ada pengalaman sama.

"Saya rasa ia berlaku kerana kita letak harapan terlalu tinggi. Kita fikir ia bandar romantik, pergi sana baru nampak semua benda.

"Suatu masa dulu, memang Paris adalah destinasi yang saya nak pergi, ibaratnya wajib sampai. Sekali seumur hidup nak tengoklah Menara Eiffel.

Shafik sudah berkunjung ke 30 negara sejak mula melancong pada 2013.

"Saya naik tren dari London ke sana. Bila sampai, rasa berbeza sangat dengan London. Saya ke sana pada 2014 dengan kawan," ujarnya.

Jelas Shafik lagi, dia menyifatkan kunjungan itu sebagai satu pengalaman yang tak berbaloi dan mengakui enggan lagi melancong ke kota popular itu.

"Rasa tak berbaloi. Frust gila. Baik pergi tempat lain. Tapi pengalaman ini juga mengajar saya untuk tak letak expectation tinggi sebelum melawat mana-mana tempat.

Kalau pintu sempadan dah buka, pertama sekali saya nak ke Thailand.

SHAFIK

"Nak pergi travel, kena set minda betul-betul... baru boleh enjoy. Setiap tempat ada baik buruknya, bukan niat saya nak menghasut agar sesiapa tak pergi ke Paris.

"Ada juga orang lain yang pergi ke sana dan rasa seronok, setiap individu ada pengalaman berbeza," ujarnya yang pertama kali ke luar negara pada tahun 2013.

Shafik berharap agar pandemik Covid-19 berakhir segera bagi membolehkan industri pelancongan pulih semula.

Bermula dengan pengembaraan ke Thailand pada 2013, Shafik telah melancong ke destinasi-destinasi lain dan menyifatkan Kanada, Sepanyol, Morocco, Albania dan Kosovo sebagai negara yang paling disukainya.

Malah, dia pada tahun 2016 pernah melancong secara back-packing selama enam bulan menelusuri jalan darat dan air dari China, Vietnam, Laos, Kemboja, Thailand sebelum kembali ke Malaysia.

"Saya punya style, saya tak kisah melancong ke pulau mahupun bandar. Saya suka jumpa orang, boleh bersosial dan berkenalan dengan pengembara lain.

"Pada saya, hobi ini ikut perspektif sendiri. Ia bukan hobi mahal. Kita boleh melancong dengan sejimat-jimatnya, boleh juga mewah ikut kemahuan dan kemampuan kita.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Harapan saya agar Covid-19 berakhir, travel dah jadi sebati dengan diri saya. Kalau pintu sempadan dah buka, pertama sekali saya nak ke Thailand.

Kunjungan ke Paris bersama rakannya pada 2014.

"Saya aktif di TikTok baru dalam tiga minggu. Saya terkejut. Rupa-rupanya ramai yang suka travel. Saya nak kongsi pengalaman, tak kisah pun orang bagi reaksi macam mana sekali pun," ujarnya lagi.

Menetap di Kuala Terengganu, Shafik juga ada menjalankan bisnes guest house dan menjalankan pakej menaiki bot sambil menyaksikan matahari terbit di Sungai Terengganu.

Terjejas akibat pandemik Covid-19, Shafik berharap agar keadaan negara kembali pulih seperti biasa dan industri pelancongan juga dapat beroperasi semula.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain