suria

Berkat kongsi rezeki bersama ibu bapa, ‘wishlist’ sejak setahun lalu akhirnya dimiliki hasil bisnes online... siswi edit video sambil menangis!

Farhanah menggunakan hasil keuntungan bisnes online untuk membantu kedua ibu bapanya terlebih dahulu, sebelum membeli sebuah iPad buat dirinya.

BAK kata pepatah, hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih!

Meskipun rutin harian sentiasa padat dengan jadual kelas dan projek tambahan pula sudah memasuki tahun akhir pengajian, namun gadis ini bijak membahagikan masa di antara tuntutan hakiki dan minatnya dalam bidang perniagaan.

Sudah lebih setahun menceburkan diri dalam perniagaan produk kecantikan secara sambilan, gadis ini akhirnya dapat memiliki sebuah iPad 8th Generation dengan titik peluh sendiri sebagai 'hadiah' di atas usaha kerasnya selama ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Usahawan menangis tengok wang simpanan... pernah susah jual nasi lemak, buat 3 kerja serentak - “Sekeluarga berdoa setiap kali hujan”

ARTIKEL BERKAITAN: Bisnes asyik tak menjadi, tiba-tiba dapat durian runtuh... pemuda nak kumpul duit ziarah pusara ibu menangis di FB Live - “Dia cakap nak borong”

"Aku edit sambil menangis. Aku tak sangka orang susah macam aku mampu capai ni. Walaupun tak mahal tapi Alhamdulillah, " tulisnya pada video yang dimuat naik di aplikasi TikTok.

Sehingga kini video tersebut meraih lebih 1.8 juta jumlah tontonan selain dibanjiri dengan komen positif netizen yang teruja dan menzahirkan ucapan tahniah di atas pencapaian gadis tersebut.

Berkongsi cerita dengan mStar, gadis bernama Farhanah Mohamad Tajuddin berkata, sejak menamatkan pengajian peringkat menengah, dia sudah mula berjinak-jinak dalam bidang perniagaan bukan sahaja kerana didorong oleh minat, malah dia enggan menyusahkan kedua-dua orang tuanya.

"Ayah saya orang biasa saja, sebelum ini ada kedai makan tapi dah lama tutup dan kini ayah kerja kampung, manakala ibu pula suri rumah. Ayah dan ibu bukan jenis yang manjakan anak dan beri apa yang kami adik beradik mahu.

"Sejak empat tahun lepas, saya dah mula berjinak-jinak buat bisnes. Mula-mula sekali saya jadi 'dropship' untuk satu produk kosmetik, kemudian tak lama selepas itu saya bertukar jual produk lain pula.

"Saya juga pernah buat jenama tudung sendiri namun 'gulung tikar' sebab tak cukup ilmu. Kemudian ada kawan dah join buat bisnes dengan satu produk kecantikan, kebetulan pula muka saya masa tu tengah 'break out'.

"Selepas mencuba pakai sendiri, saya rasa produk tu serasi dan saya terus join. Kini dah setahun saya join dan sudah ada team sendiri yang perlu saya guide, " kata gadis berusia 23 tahun ini.

Farhanah berkata, selama setahun menyertai bisnes berkenaan, dia memilih untuk berkongsi hasil keuntungan dengan ibu bapa terlebih dahulu sebelum mengutamakan keperluan sendiri.

ipad baru 2

Farhanah menyimpan hasil keuntungan daripada bisnes online sehingga akhirnya dapat membeli sebuah iPad.

"Ipad ini sebenarnya termasuk dalam 'wishlist' saya. Saya jenis suka tulis wishlist setiap hari. Sebelum ini saya utamakan ibu dan ayah dulu, dan bila target sale dah capai sasaran, saya berazam nak beli iPad pula untuk diri sendiri.

"Alhamdulillah, saya berjaya capai sasaran. Rasa macam sebak dan terharu sebab dapat reward diri sendiri. Sebelum ini gajet daripada Apple Inc. saya beli yang 'second hand' je.

"Inilah kali pertama saya beli yang set baharu. Sebab itu rasanya 'manis' lebih-lebih lagi beli dengan titik peluh sendiri. Ipad ini penting untuk kegunaan saya sebagai pelajar dan juga peniaga online. Ibu ayah pun seronok je masa tengok barang sampai, " ujar anak ketiga daripada lima adik beradik ini.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Penuntut tahun akhir jurusan Sosiologi dan Antropologi dari Universiti Islam Antarabangsa (UIA) ini berkata, sasarannya selepas ini adalah untuk memiliki sebuah kenderaan sendiri bagi memudahkan pergerakannya.

Rasa macam sebak dan terharu sebab dapat reward diri sendiri. Sebelum ini gajet daripada Apple Inc. saya beli yang 'second hand' je.

FARHANAH MOHAMAD TAJUDDIN

"Saya sekarang pinjam kereta ayah saja. Kena bergilir dengan ayah. Masa saya berniaga buat COD barang dekat kampus dulu, saya pinjam motor kawan.

"Jadi, 'wishlist' saya yang seterusnya adalah membeli sebuah kereta pula. Bagi saya cukuplah kereta buatan negara sendiri. Harapnya tahun ini juga, InsyaAllah, " ujar gadis yang berasal dari Jitra, Kedah ini.

Tidak menyangka perkongsiannya menjadi tular, Farhanah berkata dia sekadar berkongsi kisah sendiri agar dijadikan inspirasi kepada generasi muda yang lain.

"Mungkin nampak sukar tapi tak mustahil buat bisnes sambil belajar. Yang penting pandai bahagikan masa. Masa belajar, fokus belajar... masa bisnes, fokus bisnes.

ipad baru 1

Farhanah merupakan siswi tahun akhir jurusan Sosiologi dan Antropologi dari Universiti Islam Antarabangsa (UIA).

"Ada yang tak tahu macam mana nak mula, mana nak dapat modal. Saya sendiri mula dari bawah... modal pun sebelum ini guna wang pinjaman belajar dulu. Boleh mula dengan dropship dulu.

"Yang penting, kena tahu niat kenapa nak buat bisnes. Macam saya, saya nak bantu dan banggakan keluarga. Kena tahu apakah 'big why' masing-masing. Lagi satu, pedulikan kata-kata negatif dan terus maju ke depan, " katanya lagi.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain