suria

Dulu XXXL, sekarang S! Bekas atlet silat kongsi rahsia kurus dalam 7 bulan, diet tapi enjoy makan apa saja - “Bulan kedua tak turun-turun”

Oliey ambil masa selama tujuh bulan untuk menguruskan badan.

DALAM tujuh bulan, jejaka ini berjaya membuktikan bahawa dia juga boleh kurus!

Menurut Dzulfadhly Zulkipli, 28, dia pada pertengahan tahun lepas mencapai berat badan 110 kilogram (kg).

Dalam tempoh tujuh bulan, hasil kerja kerasnya membuahkan hasil dan dia kini berbangga dengan berat ideal sekitar 72kg.

ARTIKEL BERKAITAN: Wow! ‘Hikmah’ putus cinta, gadis ini berjaya kurus sampai saudara mara tak kenal

ARTIKEL BERKAITAN: Tak pernah merasa beli baju di mall, gadis malas bersenam terkejut berat badan susut 44kg... hanya pegang satu kata kunci!

Mesra disapa Oliey, dia sebelum ini pernah bergelar atlet Silat Olahraga, namun badannya mula berubah selepas tidak lagi aktif dalam sukan itu.

"Apabila seseorang atlet berhenti training, makan tak kawal, memang badan akan naik. Dulu berat saya sekitar 80kg ke 86kg.

"Apabila berat naik sehingga 110kg, saya diserang penyakit darah tinggi. Mudah semput, pakaian pun tak muat. Tapi Alhamdulillah sekarang penyakit pun dah tiada.

"Pada waktu itu saya pakai baju saiz XXXL, sekarang Alhamdulillah boleh pakai saiz S," ujarnya kepada mStar.

Menurut Oliey, dia tidak menjalani diet ketat sebaliknya menjadikan ia sebagai satu proses yang menyeronokkan.

oliey3

Oliey pernah hampir berputus asa ketika sedang dalam proses diet.

"Perjalanan diet saya tak sama dengan yang lain. Seperti yang orang ramai tahu, diet perlu berpantang dari segi pemakanan dan aktif bersukan. Definisi diet saya enjoy sahaja.

Saya rindu suasana macam dulu, saya pergi ke serata Malaysia sebagai pengadil.

OLIEY

"Makan seperti orang biasa makan. Cuma kita kena faham apa itu kalori defisit. Makan hanya perlu ikut waktu sahaja.

"Sekiranya pemakanan yang diambil itu 'clean', lagi cepat dapat hasilnya," ujarnya yang menetap di Kota Bharu, Kelantan.

Kata Oliey, ia tidaklah semudah yang disangka, malah dia pernah juga timbul rasa mahu berputus asa sepanjang proses itu.

Tapi bagi Oliey, dia tetap mahu meneruskan misinya kerana amalan hidup sihat dianggap sebagai satu pelaburan untuk diri sendiri.

"Pada bulan pertama saya diet, turun 4kg. Masuk bulan kedua, tak turun-turun. Memang ada rasa nak putus asa.

oleiy4

Pernah bergelar atlet, Oliey (dalam butalan) kini bertugas sebagai jurulatih dan pengadil untuk sukan Silat Olahraga.

"Saya bersyukur ada kawan-kawan bagi sokongan. Kalau dulu, nak solat pun rasa sakit kaki.

"Alhamdulillah kini lebih mudah. Ia memang memberi kebaikan kepada saya," ujarnya lagi.

Pesan Oliey kepada individu di luar sana yang kini sedang mengikuti proses diet, jangan mudah putus asa dan sentiasalah fokus akan misi yang sudah ditetapkan.

Mengenai dirinya, Oliey sebelum ini pernah menyertai Temasya Sukan Malaysia (Sukma) di Pahang pada 2012 dan Perlis pada 2014.

Selepas 2014, atlet Pahang itu kembali ke negeri asalnya dan mula menjadi jurulatih dan pengadil bagi sukan popular itu.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Jelas Oliey lagi, dia rindu suasana di gelanggang yang meriah suatu masa lalu dan berharap pandemik Covid-19 berakhir segera.

"Harapan yang paling utama supaya Covid-19 pergi jauh-jauh. Dah lama duduk di rumah tak buat apa-apa.

"Kadang-kadang saya mengajar silat melalui kelas online. Saya rindu suasana macam dulu, saya pergi ke serata Malaysia sebagai pengadil.

"Dalam sebulan ada dua ke tiga acara. Memang meriah dulu-dulu," imbasnya lagi.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain