GRADUAN bidang elektrikal ini ternyata tak memilih kerja apabila dia sudah setahun bergelar peniaga ikan di Pasar Chow Kit, Kuala Lumpur. Menurut Amin Iqram Atan, 22, dia sebelum ini mengikuti pengajian di Kolej Komuniti Sungai Siput, Perak sebelum mengambil keputusan untuk terjun dalam dunia perniagaan bersama rakan-rakannya. "Saya dan kawan-kawan, semuanya latar belakang berbeza. Kami bermula tiga orang saja. Yang seorang tu buat kerja plumbing, seorang lagi dalam bidang safety. ARTIKEL BERKAITAN: Kilang tempat cari makan tutup, bapa 6 anak jadi penjual ikan bidan terjun... hari ketiga permintaan sukar dipercaya! ARTIKEL BERKAITAN: Pemuda Subang ‘terperangkap’ di kampung bikin ramai cemburu, tak tahan rindu pulang ke desa - “Gagau ikan salah satu aktiviti wajib” "Kemudian ada dua lagi rakan yang sertai kami, jadi sekarang kami lima orang berniaga sama-sama. Kami keluar modal sama-sama dan jalankan perniagaan ikan. "Alhamdulillah setakat ini, setiap hari ada pelanggan. Kami hanya cuti sehari saja, iaitu pada Isnin dalam setiap minggu," ujarnya kepada mStar. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) Mesra disapa Amin, dia yang menetap di Sri Gombak, Batu Caves, Selangor mengakui turut berdepan cabaran dalam bidang perniagaan. Namun katanya, dia seronok dapat bekerja dengan rakan-rakan sambil menimba ilmu dan pengalaman baharu. "Saya tak kisah kerja apa pun, asalkan halal. Memang awalnya ada cabaran, awal-awal tu kita masih bertatih. Dalam tiga bulan dah OK sikit. Amin turut berkongsi video dia menyiang ikan menerusi TikTok. "Saya suka berborak dengan pelanggan, melayan mereka. Seronok juga bila kerja dengan kawan-kawan. Biasanya kami buka seawal 7 pagi. "Alhamdulillah keluarga juga bagi sokongan. Sebab saya pun perlukan duit, mereka tak kisah asalkan saya jaga keselamatan. Saya hanya belajar siang ikan menerusi YouTube ketika kami mula-mula berniaga tahun lepas. AMIN "Kiranya sekarang mak tak perlu beli ikan, saya yang akan bawa balik. Saya fikir, saya ni bukannnya orang senang. "Sampai bila nak pakai duit mak ayah? Kita kena gerak sendiri untuk diri kita dan keluarga, " ujarnya lagi. Menurut Amin, dia juga menganggap pengalaman dijangkiti Covid-19 pada Februari lalu sebagai satu kenangan yang tak boleh dilupakan dalam hidupnya. Kata Amin, dia tidak tahu punca jangkitan namun reda apabila terpaksa ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) Bersepadu 2.0 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (Maeps) Serdang selama 14 hari. Aneka hidupan laut segar yang dijual oleh Amin. "Saya tak tahu sama ada dapat Covid-19 dari pasar atau dari tempat lain. Tapi Alhamdulillah, kawan-kawan dan keluarga semua negatif. "Saya juga 14 hari menjalani kuarantin di Maeps. Memang rasa bersalah, tapi saya lega saya seorang saja yang positif. "Tapi kami pun sentiasa patuh prosedur operasi standard (SOP) sepanjang kerja di pasar, " ujarnya lagi. Dalam pada itu, video Amin sedang menyiang ikan pari, ikan merah dan beberapa ikan lain mengumpul sehingga lebih sejuta tontonan di TikTok. Amin sebelum ini menuntut di Kolej Komuniti Sungai Siput, Perak. Kata Amin, dia baru sahaja berjinak-jinak dengan aplikasi itu dan tidak menyangka dirinya akan menjadi perhatian ramai. "Saya nak kongsi ilmu cara siang ikan, tak sangka ramai bagi sokongan. Alhamdulillah setakat ini tiada komen negatif. [Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI] "Saya sendiri tak pernah siang ikan sebelum ni. Saya hanya belajar siang ikan menerusi YouTube ketika kami mula-mula berniaga tahun lepas, " ujar anak bongsu daripada empat beradik itu. Selain ikan, Amin dan rakan-rakannya turut menjual ketam, udang dan sotong di kedai mereka. Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!