SABAN hari, semakin ramai rakyat di negara ini yang sudah menerima suntikan vaksin Covid-19. Namun, lain pula ceritanya pada minggu lalu apabila seorang wanita secara tak sengaja bertemu dengan bekas suaminya yang juga sukarelawan di salah sebuah Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Selangor. Menurut Alia Nurshafira Mohd Zamhor, dia juga terkejut apabila secara kebetulan terpilih untuk ke kaunter yang diuruskan oleh bekas suaminya, Syarif Ali Saifuddin Haflan pada hari kejadian. ARTIKEL BERKAITAN: Boleh percaya ke? Netizen dakwa ada ‘cara’ dalam MySejahtera untuk cepat dapat tarikh suntik vaksin - “Lepas 4 jam terus dapat” ARTIKEL BERKAITAN: Wow! Pemuda ini perjelas foto buka baju masa suntik vaksin bukan nak tunjuk badan - “Dapat tahu last minute, tiada siapa faham” "Saya tak tahu dia kerja di PPV. Tapi bila pergi sana, saya memang cam dia walaupun dia pakai mask. Lagipun kami memang selalu jumpa untuk urusan anak. "Kami tak bergaduh, baik sampai sekarang. Alhamdulillah, proses suntikan vaksin pun sangat lancar dan cepat. "Kebetulan dapat kaunter yang dia jaga. Padahal ramai orang dan ada banyak kaunter di PPV itu. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) "Sempat juga kami berborak sekejap dan ambil selfie," imbas ibu kepada seorang cahaya mata berusia empat tahun itu. Kata Alia yang juga penerima vaksin Sinovac, dia sekadar berkongsi kisah pertemuan singkat itu di Instagram untuk disimpan sebagai kenangan. Pada masa sama, dia juga mahu memberi mesej positif kepada individu di luar sana khususnya yang sudah berpisah dengan pasangan masing-masing. Suami Alia bertugas di salah sebuah kaunter di PPV ketika dia hadir untuk menerima suntikan vaksin. "Di media sosial, saya memang suka kongsi hal berkaitan famili. Sebelum ini pun saya ada kongsi video ketika bekas suami raikan hari lahir anak kami. "Mungkin ada yang senasib dengan saya, saya cuma nak sampaikan mesej dan inspirasi. InsyaAllah boleh bagi manfaat pada orang sekeliling. Saya sangat bersyukur ada bekas suami yang baik. ALIA "Saya sangat bersyukur ada bekas suami yang baik. Saya juga masih baik dengan keluarganya. "Saya cuma nak share moment itu sebab ia kelakar. Bukan selalu saya share mengenai bekas suami di media sosial," ujarnya yang menetap di Sri Petaling, Kuala Lumpur. Alia dan suami berpisah pada tahun 2018. Dedah Alia, suaminya merupakan pramugara sebuah syarikat penerbangan dan kini sedang bertugas sebagai sukarelawan PPV. Mengenai dirinya, Alia merupakan peniaga yang mengusahakan kedai baju di Danau Kota, Setapak dan sudah berkecimpung dalam bidang itu sejak 10 tahun lalu. Dedah Alia, sebagaimana peniaga-peniaga lain, dia turut terjejas akibat pandemik Covid-19 sejak tahun lalu. Alia bersama puteri kesayangannya. "Saya 100 peratus di kedai. Kerana pandemik, saya terpaksa berniaga online. Tapi Alhamdulillah, impaknya lagi besar. Bolehlah untuk saya sara anak seorang. [Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI] "Ada hikmahnya, ia mengajar banyak benda. Awal-awal memang susah tapi selepas itu saya jumpa rentak. Saya terpaksa keluar dari zon selesa. "Yang tak pernah buat live Facebook, kena buat live. Tak pernah buat TikTok, kena buat TikTok. Memang ada perasaan malu. Antara pakaian yang dijual oleh Alia. "Awal-awal Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), saya down tiga minggu. Tapi saya bangun dan belajar untuk ubah cara berniaga. kena gandakan usaha," ujarnya lagi. Untuk rekod, Alia dan bekas suami, masing-masing berusia 28 tahun, berkahwin pada 2015 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan sebelum berpisah pada 2018. Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram! TONTON VIDEO PILIHAN!