KREATIVITI seorang pensyarah bidang kulinari berusia 23 tahun dalam menghasilkan hidangan pelik ternyata menarik perhatian ramai. Video masakan seperti durian, tembikai dan betik goreng yang dikongsi oleh Khairul Ikmal Zulkifli @ Ayub di aplikasi TikTok turut menerima puluhan ribu tontonan. Menurut graduan Kolej Vokasional ERT Setapak, Kuala Lumpur yang sudah lebih setahun bergelar pendidik itu, menu pelik yang dihasilkan sebenarnya sedap dimakan jika kena dengan caranya. ARTIKEL BERKAITAN: “Saya tak mau, ayah paksa” - Anak Felda tak menyesal ikut cakap bapa, ‘menyinar’ ketika belajar... kini jadi pensyarah bidang elektrik ARTIKEL BERKAITAN: Sejak kecil rajin ke dapur, aksi masak campak-campak sambil tersenyum bikin hati cair... Wow! Jejaka awet muda terima banyak mesej cari jodoh "Ramai sebenarnya yang komen. Mereka kata kenapa buah-buahan yang kaya dengan khasiat digoreng? Asalnya ia merupakan makanan sihat. "Kadang-kadang orang tak boleh terima kombinasi pelik sebegini. Biasanya saya akan kena kecam kalau buat hidangan tradisional dengan cara baharu. "Tapi jujur saya kata, benda pelik paling sedap yang saya buat merupakan betik goreng tepung. Saya paling suka betik goreng sebab rasanya macam sotong celup tepung," ujarnya yang mesra disapa Ikmal. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) Selain buah-buahan goreng, video anak bongsu daripada dua beradik itu menghasilkan sushi pekasam telur sotong turut meraih perhatian netizen. Bercerita mengenai dirinya, Ikmal yang kini berkhidmat di sebuah kolej swasta di Kuala Lumpur berkata dia mula memasak sejak zaman sekolah lagi dan banyak mendapat inspirasi daripada bapanya. Ikmal sudah lebih setahun bergelar pensyarah bidang Kulinari. "Ayah merupakan inspirasi saya. Ayah memang suka masak, kadang-kadang dia bergilir-gilir dengan mak... mereka berlawan-lawan. "Dulu saya juga suka tengok rancangan memasak kat televisyen. Benda pertama saya cuba merupakan chicken chop ketika tingkatan satu. Tapi kalau nak ikutkan, memasak lebih senang berbanding mengajar. KHAIRUL IKMAL ZULKIFLI PENSYARAH KULINARI "Kebanyakan video memasak juga merupakan idea ayah saya yang kini dah berumur 58 tahun," ujarnya yang memiliki lebih 50,000 pengikut di TikTok. Imbas Ikmal, dia tak pernah menyangka akan bergelar pensyarah dalam bidang kulinari pada usia cukup muda selepas mengikuti pengajian di Kolej Vokasional. Ujarnya lagi, Kolej Vokasional tidak wajar dipandang rendah kerana ia juga boleh menjamin masa depan yang cemerlang. "Masa nak mohon dulu, saya risau juga dengan kata-kata orang sebab ambil bidang kulinari. Tapi keluarga dan saudara-mara semua bagi sokongan. Antara menu yang pernah dihasilkan oleh Ikmal. "Alhamdulillah lepas habis belajar, impian saya nak bergelar pensyarah menjadi realiti. Sebenarnya tak kisah pun belajar di mana, yang penting kita tahu bawa diri. "Saya juga pernah intern di sebuah hotel terkemuka. Tiga hari intern, saya contact mak ayah cakap nak drop kertas sebab tak tahan. "Tapi mereka minta saya habiskan. Memang susah nak sesuaikan diri, tapi lama-lama baru faham. Tapi kalau nak ikutkan, memasak lebih senang berbanding mengajar," ujarnya berseloroh. [Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI] Menetap di Melawati, Ikmal juga menzahirkan rasa terima kasih kepada netizen yang sentiasa memberi sokongan setiap kali dia berkongsi video masakan. Ikmal bersama kedua ibu bapanya. Tambah Ikmal, apa jua menu dihasilkan bukanlah untuk content semata-mata, sebaliknya dia mahu netizen turut mencuba sendiri segala apa yang diajarnya menerusi video tutorial di TikTok. Antara video tutorial lain yang mendapat sambutan di TikTok Ikmal termasuklah menu ketupat sotong, pulut taitai, taugeh pekasam dan banyak lagi. Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!