KISAH seorang penggali kubur berusia 25 tahun ternyata mencuri perhatian ramai apabila video dia berada di dalam liang lahad menerima 1.2 juta tontonan menerusi aplikasi TikTok. Menerusi video itu, Muhammad Shahira Mohd Hanafi berbaring di dalam liang lahad sambil diperhatikan seorang lagi rakannya yang sedang memegang cangkul. Bercerita kepada mStar, dia yang mesra disapa Mamat mendedahkan mula terlibat dalam kerja-kerja itu sejak zaman sekolah lagi. ARTIKEL BERKAITAN: Tak kenal erti lelah, penggali kubur sempurnakan jenazah Covid-19 ke destinasi akhir - “Ada ahli keluarga minta tolong rakamkan video...” ARTIKEL BERKAITAN: Mula gali kubur sejak umur 12 tahun, pemuda usia 22 tahun tak terfikir cari kerja lain - “Saya minat urus jenazah” Menurut pemandu forklift yang bekerja di sebuah kilang sawit itu, dia merupakan anak kepada seorang seorang penggali kubur dan berhasrat menyambung tugas bapanya yang kini sudah lanjut usia. "Saya gali kubur untuk dua buah kampung. Saya bermula sejak tingkatan empat, saya ikut ayah gali kubur. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) "Kemudian ketika saya umur 20 tahun, ayah serahkan kepada saya. Saya berani untuk buat pun kerana ayah. Saya fikir kalau saya tak belajar, siapa nak ganti ayah? "Saya yakin dengan diri bahawa saya juga mampu buat seperti ayah. Dulu saya sekadar tukang cangkul saja, cuma tolong ayah. "Tapi sekarang ayah dah berusia, saya pula yang ambil alih, " ujarnya yang menetap di Setiu, Terengganu. Video jejaka itu meraih 1.2 juta tontonan di TikTok. Menurut Mamat, tugas itu bukanlah dilakukan bersendirian, sebaliknya dilakukan secara gotong-royong dengan rakan-rakan sekampung yang lain. Cerita Mamat lagi, dia akan mendahulukan urusan menggali kubur sekiranya ada kematian, biarpun dirinya sedang sibuk dengan kerja hakiki. Saya tengok orang lain boleh buat, kenapa tidak saya? MAMAT "Bos saya pun dah faham. Kalau ada kematian, saya terus akan tinggalkan urusan dunia. Saya fokus urusan fardu kifayah dulu. "Saya pun dah enam tahun bekerja di kilang itu. Biasanya satu kubur akan ambil masa sekitar tiga jam. "Lagipun kematian tidaklah kerap berlaku di kampung kami. Kadang-kadang sebulan sekali, kadang-kadang tiga bulan sekali baru ada kematian," ujarnya lagi. Malah kata anak keempat daripada enam beradik itu, kerja-kerja menggali kubur juga ternyata memberi keinsafan kepadanya agar sentiasa ingat akan kematian. "Yang terbayang dalam fikiran saya, lambat atau cepat saya akan mati juga. "Maknanya kalau saya tak masuk (liang lahad) sekarang pun, nanti saya akan masuk sini juga, " ujarnya yang mengakui langsung tidak takut melakukan tugas berkenaan. Tambah Mamat, dia sedia berkongsi ilmu jika ada anak muda yang turut berminat untuk belajar menggali kubur. Dalam pada itu, Mamat juga mula berjinak-jinak sebagai YouTuber sejak setahun lalu dan ada menghasilkan beberapa drama pendek di YouTube. Selain menggali kubur, Mamat sebenarnya bekerja sebagai pemandu forklift. "Saya tengok orang lain boleh buat, kenapa tidak saya? Jadi saya bersama dua rakan usahakan channel YouTube yang diberi nama Mat Bual Production. Setakat ini ada dalam lima video. Cuma sekarang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), susah nak buat video. [Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI] "Biasanya saya bagi kawan untuk rakam dan edit. Saya pula cari skrip untuk buat cerita dan saya juga turut berlakon, " ujarnya. Kata Mamat, dia berharap saluran YouTube itu akan mendapat perhatian ramai pada masa akan datang. Bapa Mamat juga merupakan seorang penggali kubur. Malah, dia juga bercadang menyelitkan unsur dakwah berkaitan kubur dan kematian dalam video-video akan datang. Video Mamat berada di dalam liang lahad bersama seorang lagi individu dimuat naik ke TikTok oleh rakannya yang dikenali sebagai Hamidi Romly. Selain meraih 1.2 juta tontonan, video itu turut dihujani lebih 1, 400 komen netizen yang memberi sokongan terhadap Mamat dan rakan-rakannya. Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!