suria

Wanita ini pernah menangis tak larat dukung anak 2 tahun, tapi sekarang selamba angkat berat 120kg! Ada sebab ‘akak sado’ masuk gim

Foto kiri Amirah ketika berat badannya 85kg, foto kanan Amirah dengan berat 56kg selepas bersenam di gim.

SEKALI pandang gayanya 'beraksi' di gim tidak ubah seperti ahli sukan yang sedang membuat persiapan menjelang pertandingan bina badan.

Manakan tidak, cara senamannya bukan calang-calang kerana dia banyak menggunakan peralatan angkat berat seperti barbell.

Namun jangan salah sangka badannya bukanlah berotot seperti ahli bina badan, tetapi wanita ini kelihatan fit dan cergas kerana rajin bersenam.

ARTIKEL BERKAITAN: Dari kaki gim ke Bollywood, tak sangka abang sado ada bakat 'breakdance'... dicabar isteri menari K-pop, juruteknik kata boleh tapi bersyarat!

ARTIKEL BERKAITAN: Wow! Berkain pelikat angkat tong gas, ramai kagum tengok 'bicep'... tapi apa hal pula pemuda ini pakai 'gelang putih'?

Wanita berkenaan, Amirah Nursaidah Amir Hamzah berkata, dia sebenarnya pernah mengalami obesiti dengan berat mencecah 85 kilogram (kg) kerana tidak menjaga pemakanan.

Dengan ketinggian 149 sentimeter dan berat berlebihan, dia mengalami kesukaran untuk bergerak selain mengalami sakit badan terutama di bahagian belakang.

"Saya dulu obesiti, selalu sakit belakang badan. Tak boleh sangat nak bergerak banyak, apatah lagi nak angkat semua benda dan kena minta bantuan orang lain.

"Nak dukung anak ketika itu dua tahun dengan beratnya 10kg pun saya tak larat. Saya menangis tak dapat dukung anak sendiri, anak pun menangis sama," katanya kepada mStar.

akak sado 6

Amirah dengan berat 56kg.

Lebih mesra disapa Amirah, wanita berusia 34 tahun itu berkata, dia kemudian menjalani pembedahan berkaitan dengan kesakitan yang dialaminya pada 2019.

Susulan daripada pembedahan tersebut, ibu kepada dua anak itu mula boleh melakukan banyak pergerakan berbanding sebelumnya, malah berat badannya menyusut sebanyak 10kg.

"Alhamdulillah, terdapat banyak perubahan selepas pembedahan. Selepas sebulan, saya masuk ke gim dengan tujuan untuk mendapatkan ketahanan badan yang lebih kuat.

"Pada peringkat awal, saya mahu mengurangkan berat badan dan membina core strength, " ujarnya yang ketika itu menumpukan aktiviti kardio dan menggunakan peralatan ringan.

Ketika ini, semua pihak terbabit

akak sado 3

Amirah pernah mencapai berat 49kg.

Hasil bersenam di gim, Amirah yang berasal dari Mantin, Negeri Sembilan pernah menurunkan berat badan sehingga 49kg pada September 2020.

"Itu yang paling ringan, berat badan saya memang turun mendadak. Tapi saya tak cukup tenaga yang kuat, sedangkan saya nak dapatkan ketahanan diri bila masuk gim.

"Jadi, saya tetapkan sasaran baru untuk membina otot dengan senaman angkat berat. Saya pernah angkat barbell dengan berat keseluruhan 120kg," katanya yang kini mempunyai berat badan 56kg.

akak sado 4

Amirah mengangkat berat bagi membina kekuatan otot.

Bukan sekadar senaman di gim, usahawan itu turut mengamalkan pemakanan sihat dengan mengambil makanan yang mengandungi protein tinggi dan karbohidrat.

"Saya juga mengurangkan pengambilan makanan berminyak dan bergula. Dari situ saya menghasilkan produk makanan sugar free sendiri seperti krim peanut butter.

Sebenarnya gemuk tak awesome. Saya bukan fat shaming kerana saya sendiri pernah gemuk, tapi saya nak nasihat supaya amalkan gaya hidup sihat

AMIRAH

"Ia baru dimulakan sejak akhir tahun lalu selepas bisnes baju yang saya lakukan bertahun-tahun merudum sejak PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) 1.0," katanya.

Amirah mengakui perubahan fizikal dan gaya hidup sihatnya lebih tertumpu kepada senaman angkat berat membuatkan ramai menggelarkannya sebagai 'akak sado'.

akak sado 5

Bukan mahu menjadi ahli bina badan, tetapi Amirah mahu kekal fit.

"Rasa kelakar, tapi saya anggap ia sebagai pujian terutama daripada kaki gim kerana mereka melihat usaha keras saya. Saya bukan nak jadi ahli bina badan, tapi sekadar sihat dan cergas.

"Dulu masa saya gemuk, orang kata saya macam makcik-makcik dah ada anak besar panjang sedangkan saya baru berumur 20-an.

"Sebenarnya gemuk tak awesome. Saya bukan fat shaming kerana saya sendiri pernah gemuk, tapi saya nak nasihat supaya amalkan gaya hidup sihat," katanya.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain