MENJELANG musim buah-buahan di dusun, pasti ibu bapa akan menghubungi anak-anak yang merantau ke bandar meminta mereka pulang ke kampung halaman, lebih-lebih lagi ketika tibanya musim durian. Namun sebagaimana yang diketahui umum, ketika ini kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara, justeru tiada perjalanan rentas negeri dibenarkan. Walaupun tidak dapat pulang ke kampung disebabkan PKP, seorang anak yang menetap di Putrajaya menerima kiriman yang tidak disangka-sangka daripada ibunya di kampung! ARTIKEL BERKAITAN: Baru nak ‘feeling’ syahdu dapat kiriman semperit dari kampung, anak kecil tak bagi peluang... ‘rosak’ video TikTok ibu! ARTIKEL BERKAITAN: Mak ayah di kampung, anak di bandar... kalau boleh semua hasil tanaman nak dikirim! Satu beg durian ‘diseludup’ naik bas - “Pemandu tanya, adik tak mengaku” "Yeayy dapat durian fresh dari Pahang. Terima kasih ibu dan family Pahang. Setelah sekian lama tak dapat balik Pahang... rindu!" demikian kapsyen pada video itu yang dimuat naik di aplikasi TikTok. Sehingga kini video berkenaan meraih lebih daripada 185,000 jumlah tontonan. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) Berkongsi cerita dengan mStar, Nur Amirah Afiqah Hamdan berkata, buah durian yang dikirim oleh ibunya itu adalah 'durian kampung' dari kebun milik keluarganya di Chenor, Pahang. "Sebenarnya ada beberapa pokok dekat kebun tapi musim-musim sebelum ini tak menjadi. Kalau balik kampung, kami selalu pergi kebun ibu saudara saja dekat Jerantut, Temerloh. "Tiba-tiba beberapa bulan lalu ibu beritahu pokok-pokok durian kami keluarkan bunga. Hari-hari juga ibu update pasal pokok durian, siap bagi gambar tunjuk buah yang tengah lebat. Kiriman 'fresh' dari kebun milik ibu keluarga Nur Amirah di Pahang. "Bila dah mula gugur baru-baru ini, ibu pun cuba pos. Mula-mula dia tanya satu syarikat kurier tapi mereka tak terima. Ibu cuba lagi tanya kurier lain, dan mereka terima sebab ibu bungkus elok tak ada bau pun. "Alhamdulillah, baru saja sampai tiga hari lalu... ibu kirim tiga parcel. Bukan buah durian saja, siap ada petai lagi. Hari pertama semua lima biji durian habis dimakan bersama keluarga mentua yang tinggal di sini," ujar wanita berusia 24 tahun ini. Menurut Nur Amirah yang merupakan anak bongsu daripada tiga adik beradiknya, hanya dia seorang sahaja yang menetap berjauhan manakala dua abangnya pula tinggal berdekatan dengan ibu mereka. Nur Amirah menerima tiga kotak parcel kiriman ibunya yang mengandungi durian dan petai. "Ibu tetap nak anak dia yang jauh ni merasa juga buah durian dari kebun. Maklumlah saya pun dah hampir lima bulan tak balik Chenor. Kali terakhir balik kampung adalah ketika majlis pernikahan saya. "Siapa tak rindu... tapi tak balik pun tak apalah sebab dapat durian yang ibu kirim. Terubat juga rindu. Ibu tetap nak anak dia yang jauh ni merasa juga buah durian dari kebun. Maklumlah saya pun dah hampir lima bulan tak balik Chenor. NUR AMIRAH AFIQAH HAMDAN "Nanti ibu akan kirim lagi buah-buahan trip kedua. Ada durian, rambutan dan buah mesta," katanya yang merupakan seorang penjawat awam. Tambah Nur Amirah, lazimnya sebelum ini apabila dia pulang ke kampung, rakan-rakan sepejabat akan mengirim lauk patin masak tempoyak yang dimasak sendiri oleh ibunya. Pokok durian di kebun keluarga Nur Amirah berbuah lebat. "Selalu setiap kali balik kampung, mesti kawan-kawan kirim ikan patin tempoyak... boleh dikatakan 20 ekor patin setiap kali bawa balik. Kawan-kawan suka sebab mereka kata 'pure' dari Pahang. Ibu memang suka masak... untuk lauk ini, memang guna tempoyak yang dibuat sendiri. [Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI] "Untuk masa hadapan, kami rancang nak buat dalam bentuk frozen. Lebih mudah dan praktikal kalau nak masak bila-bila," katanya lagi. Tidak menyangka perkongsiannya tular, Nur Amirah berkata dia menerima banyak komen netizen yang meluahkan rasa rindu dengan ibu dan kampung masing-masing. Nur Amirah yang merupakan anak bongsu daripada tiga adik beradik melangsungkan pernikahan pada Februari lalu. "Macam-macam komen dekat video tu. Ada yang lucu sebab cakap durian pun balut dengan songket. Tapi sebenarnya itu langsir lama. Ada juga tanya kos postage. Tapi yang paling saya terharu, ada seorang netizen yang kata dia mengandung dan teringin sangat buah durian. Aduhai kesian la pula. "Tapi perkongsian saya hanya sekadar suka-suka... sebab teruja dan gembira bila dapat barang yang ibu kirim dari kampung, itu sahaja," ujarnya lagi. Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!