suria

‘Kalah’ dengan pandemik, wanita ini teringat segala kenangan ketika cabut wallpaper di butik kesayangan... mahu buat ‘u-turn’ jual semula kerabu Maggie

Paparan skrin video yang tular di TikTok sejak Rabu.

RAKAMAN memaparkan seorang wanita membersihkan butiknya yang terpaksa dihentikan operasi ternyata mengundang sebak netizen.

Menurut Norliza Syamsurizal, 31, dia terkesan teruk sejak pandemik Covid-19 melanda sehingga tidak mampu untuk menyelamatkan butik pakaian dan kosmetik yang terletak di Seberang Takir, Terengganu.

Lebih pilu, butik itu sudah diusahakan sejak empat tahun lalu yang mana ia disifatkan sebagai salah satu impian paling besar dalam hidupnya.

ARTIKEL BERKAITAN: “Jangan malu mengaku kita susah” - Enam beradik bergelut jual nasi kukus bisnes tinggalan arwah bapa, ibu pula terkena buatan orang

ARTIKEL BERKAITAN: Wedding planner terjejas pendapatan tak sangka selalu kena sakat dengan 3 adik mampu buka pintu rezeki - “Bisnes tak jalan, saya main TikTok”

"Saya dah empat tahun usahakan butik ini. Dulu ada ramai vendor, tapi mereka mula keluar sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan tahun lepas.

"Pada waktu itu saya masih bertahan. Saya cuba bawa masuk sendiri barang-barang ke dalam butik, sebagaimana yang diletakkan oleh vendor sebelum ini.

"Tapi akhirnya terpaksa tutup. Butik tu dah sebati dalam jiwa saya. Sedih sangat sebab niat saya buka butik untuk cari rezeki bantu keluarga, nak bagi kesenangan pada anak," ujarnya.

Menurut Norliza, dia juga sempat membuat rakaman proses membersihkan butik itu pada Rabu petang dan tidak menyangka ia akan tular di TikTok.

norliza4

Norliza akui sedih, namun tak putus semangat.

Tambah Norliza, dia semakin sebak apabila membaca komen netizen yang memberikan semangat dan doa buatnya dalam menghadapi dugaan ini.

"Niat utama saya rakam video sebab nak simpan buat kenangan. Selama ini saya buat video baju-baju yang dijual, kali ni buat video bersihkan butik yang nak ditutup.

InsyaAllah saya tak patah semangat. Dulu saya dah pernah saksikan jatuh bangun mak ayah.

NORLIZA

"Bila cabut wallpaper butik, teringat empat tahun lepas ketika mula-mula buka. Masa tu abah banyak tolong saya bersihkan butik dan susun barang.

"Saya lagi tersentuh baca komen netizen. Mereka tak kenal siapa saya, tapi tetap beri doa dan kata-kata semangat.

"Ada juga peniaga lain yang kongsi kisah mereka di ruangan komen," ujar ibu kepada seorang cahaya mata itu.

norliza2

Norliza mengusahakan butik sejak empat tahun lalu.

Dalam pada itu kata Norliza, dia masih menyewa premis butik berkenaan dan akan mengusahakan perniagaan lain dalam masa terdekat.

Menurutnya lagi, ibu bapanya sudah 30 tahun mengusahakan perniagaan makanan dan dia juga merancang untuk terjun ke bidang sama.

WhatsApp Image 2021-07-14 at 10.02.06 PM (1)

Ibu bapa Norliza sudah berpuluh tahun mengusahakan kedai makan.

"Mak saya orang Indonesia. Mak ayah memang berniaga kedai makan, jual nasi padang. Saya sendiri pun dah terbiasa tolong mereka sejak saya kecil lagi.

"Sebelum buka butik empat tahun lepas pun saya pernah jual kerabu Maggie. Sejak PKP tahun lepas pun saya jual kerabu Maggie juga, Alhamdulillah terjual 100 bungkus sehari.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Jadi mak bagi cadangan untuk saya berniaga makanan. InsyaAllah butik yang ditutup itu akan ditukar menjadi kafe mini.

"Saya nak jual kerabu Maggie, ice blend, waffle dan oden. InsyaAllah saya tak patah semangat. Dulu saya dah pernah saksikan jatuh bangun mak ayah dalam berniaga," ujarnya lagi.

norliza3

Norliza rancang buka kafe mini di premis butik itu.

Bercerita mengenai dirinya, Norliza mempunyai seorang cahaya mata berusia empat tahun, manakala suaminya bertugas sebagai askar di Sabah.

Untuk rekod, video yang dikongsi Norliza di TikTok sehingga kini meraih lebih 230,000 tontonan.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain