suria

Dugaan rider, pelanggan tak berbaju sorok tangan pakai gelang pink... gara-gara bayar cash, identiti didedah ibu – “Balik rumah terus sanitize satu badan”

Foto kiri Aunnie berkongsi pengalaman menghantar pesanan kepada pelanggan yang memakai gelang pink dan sedang menjalani kuarantin di rumah.

IBARAT frontliner, tugas penghantar makanan bukan mudah kerana mereka berdepan risiko jangkitan Covid-19 demi menjaga perut pelanggan.

Pesanan suara menerusi aplikasi grup WhatsApp digemparkan dengan pendedahan seorang penghantar makanan yang berdepan pelanggan yang disahkan positif Covid-19.

Menerusi satu video, pesanan suara tersebut dikongsikan seorang rakan yang juga penghantar makanan menerusi akaun TikTok @pandaterbang.my

ARTIKEL BERKAITAN: Pernah naik ke level 12, tapi kali ini rider merayu pelanggan di rumah bertingkat tak selfish, turun ambil order... semuanya kerana Covid-19! - "Caj ekstra dah tak penting"

ARTIKEL BERKAITAN: Dugaan hantar order untuk 'manusia paling sibuk kat Malaysia', rider titip pesanan kepada staf hospital batal order selepas sejam kena 'bersidai'

Penghantar makanan yang hanya mahu dikenali sebagai Aunnie berkata, kejadian berlaku pada minggu ini membabitkan seorang pelanggan di rumah pangsa di Taman Melati, Kuala Lumpur.

Lelaki berusia 29 tahun itu memberitahu, pelanggan lelaki berkenaan membuat pesanan berupa perisa vape menerusi kaedah bayaran secara tunai.

"Harga perisa vape tu kira-kira RM50. Saya maklumkan pelanggan lebih awal supaya sediakan wang yang cukup sebab tak banyak wang kecil yang saya ada ketika itu.

"Tapi setibanya di rumah pelanggan tu, dia bagi saya sekeping wang kertas RM100. Dia pula tak ada cara lain untuk bayaran secara online, hanya boleh bayar cash. Jadi saya terpaksa cari penduduk lain untuk tukar duit," katanya kepada mStar.

pelanggan gelang pink 3

Aunnie berpengalaman sebagai penghantar makanan sejak lebih setahun lalu.

Aunnie yang juga dikenali sebagai Neo dalam kalangan penghantar makanan berkata, dia kemudian bertemu dengan salah seorang penduduk di lif di blok pangsapuri tersebut.

"Saya terjumpa seorang makcik di tingkat dua untuk tukar duit. Makcik tu tanya hantar barang kat siapa, saya jawab kat seorang pelanggan di tingkat empat. Bila disebut unit, makcik tu terkejut sambil sebut nama pelanggan tu.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Saya mengiyakan dan secara kebetulan, makcik tu beritahu yang pelanggan tu adalah anaknya tengah kuarantin di rumah sebab positif Covid-19. Kedua-dua mereka tinggal di unit berasingan.

"Masa tu saya terkejut sebab pelanggan tu tak maklumkan lebih awal dalam aplikasi yang dia positif Covid-19 atau sedang kuarantin... patutlah dia seperti sembunyikan sebelah tangannya ke belakang," ujarnya yang berkhidmat sebagai penghantar makanan sejak setahun lalu.

pelanggan gelang pink 2

Aunnie kesal dengan sikap pelanggan yang mementingkan diri sendiri.

Aunnie mendakwa, pelanggan lelaki yang berusia lingkungan 20-an tidak memakai baju dan hanya berseluar pendek ketika dia tiba di rumah tersebut.

"Sudahlah berseluar pendek je, dia juga tak pakai mask masa saya datang. Bila saya bergegas naik atas ke tingkat empat semula, saya desak dia mengaku hal sebenar.

"Pelanggan tu kemudian menunjukkan tangan kirinya yang dipakai gelang pink, tanda kuarantin. Ya Allah, masa tu rasa nak marah, geram semua ada," katanya.

Pelanggan tak maklumkan lebih awal dalam aplikasi yang dia positif Covid-19 atau sedang kuarantin. Patutlah dia seperti sembunyikan sebelah tangannya ke belakang

AUNNIE

Mengulas lanjut, pertemuannya dengan pelanggan positif Covid-19 itu benar-benar membuatkan berderau darah dan luruh jantungnya.

"Saya marah sebab pelanggan tu pentingkan diri sendiri. Dia sepatutnya maklumkan lebih awal yang dia positif Covid-19 dan sedang menjalani kuarantin di rumah," katanya yang merupakan bapa kepada dua cahaya mata itu.

Apa yang membimbangkan Aunnie adalah risiko sewaktu pulang ke rumahnya di Gombak, apatah lagi isterinya sedang berpantang selepas baru melahirkan anak kedua, kira-kira dua bulan lalu.

pelanggan gelang pink 4 c

Tangkap layar video yang memaparkan pesanan suara di grup WhatsApp.

"Saya fikir kesannya kepada keluarga, termasuk ibu saya yang berusia 57 tahun tinggal di hadapan rumah merupakan golongan berisiko tinggi sebab ada penyakit tiga serangkai.

"Saya balik rumah terus sanitize seluruh badan dan mandi. Berjam-jam saya jauhkan diri daripada keluarga terutama anak-anak," katanya.

Susulan kejadian itu, Aunnie memberi amaan kepada rakan-rakannya yang bertugas sebagai penghantar makanan supaya berhati-hati dengan pelanggan yang disahkan positif Covid-19.

"Sebelum ini saya banyak dengar kisah rider terjumpa pelanggan Covid-19 tapi tak maklumkan awal sebelum hantar barang atau makanan. Tak sangka ia berlaku pada diri saya.

"Kepada semua pelanggan terutama mereka yang sedang menjalani kuarantin di rumah, tolonglah bertanggungjawab. Jangan menyusahkan orang lain, sebab rider seperti saya ni juga ada keluarga di rumah," katanya.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain