"BUAT apa nak malu? Syukuri dan terima diri sendiri seadanya" Demikian kata gadis ini berkongsi kisahnya yang mempunyai tanda lahir berwarna kemerah-merahan pada bahagian dagu dan bibirnya. Melihat pada perkongsian video gadis ini di aplikasi TikTok, dia sedikit pun tidak menutup bahagian wajah 'bertanda' berkenaan, malah terbuka dan cukup positif berkongsi mengenainya kala menjawab pertanyaan netizen. ARTIKEL BERKAITAN: Pengantin sporting layan pertanyaan ‘tangan bengkak, benjol’... pernah disakat teruk rakan-rakan suami sebelum kahwin ARTIKEL BERKAITAN: Kaki palsu, gagah angkat besi! OKU kental kongsi kisah pujuk bapa minta kaki dipotong, kini idola dari Amerika ‘follow’ Instagram - “Jangan layan sangat sakit tu” "Betul, tanda lahir ini memang hidup. Bila ia sejuk atau selesai mandi pagi, ia akan bertukar warna menjadi gelap. Kalau mandi hujan lama-lama pun ia bertukar gelap seakan-akan warna biru. Ia takkan membesar, ia kekal macam ini," jawabnya dengan lembut dan sopan pada video yang dikongsikan. Berkongsi cerita dengan mStar, gadis bernama Siti Farah Syawani Wahab mengakui dia juga tidak dapat lari daripada perasaan malu lebih-lebih lagi ketika di bangku sekolah. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) Namun seiring dengan peningkatan usia, dia semakin positif dan berfikiran matang malah terbuka apabila bercerita mengenai tanda unik pada wajahnya. "Iya, dulu masa sekolah memang tak dinafikan ada perasaan malu sebab tanda lahir agak ketara pada wajah. Saya pernah jadi mangsa buli dan ejekan sampai menangis tak nak pergi sekolah. "Mujurlah ibu bagi kata-kata semangat dan sanggup datang ke sekolah untuk bercakap mengenai apa yang saya lalui kepada guru. Selain ibu, kawan-kawan rapat juga main peranan... mereka 'back-up' saya bila kena ejek. Wani (depan) bersama adik perempuannya, ibu saudara dan sepupu. "Namun bila dah makin meningkat usia, perasaan malu hilang dan diganti dengan perasaan yakin sedikit demi sedikit. Rakan-rakan sekerja semua ok dan saya tak pernah berdepan dengan ejekan... hanya ada kadang-kadang orang bertanya. "Saya pun tak kisah kalau orang tanya sebab mungkin mereka nak tahu juga apa yang berlaku," ujar gadis berusia 21 tahun ini. Terbuka untuk berkongsi video di aplikasi TikTok, gadis yang senang disapa sebagai Wani berkata tiada keperluan untuk dirinya berasa segan atau kurang sempurna berbanding insan yang lain. [Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI] "Mula-mula tu risau dan tak yakin juga... bimbang komen serta penerimaan orang. Tapi lama-lama saya dah makin okay tambahan pula saya rasa kalangan warganet terutama di TikTok lebih positif dan terbuka. Wani bersama ibunya yang banyak memberikan kata-kata semangat serta adik lelakinya. "Hampir keseluruhan komen yang diterima adalah komen positif... komen negatif tu sikit sangat. Biasanya saya biar saja... apa yang mereka katakan tidak beri kesan apa pun. Yang menentukan kesannya adalah diri kita sendiri. "Buat apa nak segan atau malu... apa yang saya ada ini adalah takdir dan ia menjadikan saya unik," cerita anak kedua daripada empat adik beradik yang berasal dari Hulu Terengganu itu. Wani menambah, dia sendiri tidak pernah mempersoalkan perkara berkenaan kepada ibunya walaupun merasakan dirinya 'berbeza' berbanding adik-beradiknya yang lain. Buat apa nak segan atau malu... apa yang saya ada ini adalah takdir dan ia menjadikan saya unik. SITI FARAH SYAWANI WAHAB "Tak pernah tanya atau asak ibu dengan pertanyaan pun pasal perkara ini. Ibu pun pernah berusaha bawa saya berubat untuk hilangkan tanda lahir ini tapi ia tetap seperti ini. "Ketika itu saya masih sekolah rendah lagi... tapi sekarang saya memang dah terima diri seadanya. Bagi saya, apa yang saya alami ni taklah teruk mana pun," ujarnya yang merupakan sukarelawan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia sejak tiga tahun lalu. Tidak menyangka videonya meraih perhatian, Wani berkata dia sekadar suka-suka memuat naik video untuk berkongsi cerita mengenai dirinya. Wani merupakan sukarelawan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia sejak tiga tahun lalu. "Bagi mereka yang ada rasa kekurangan diri, apa yang saya boleh katakan, abaikan sahaja mulut-mulut yang beri komen negatif atau hinaan. Benda ini takkan berhenti pun selagi kita melayan. "Syukurilah apa yang sudah diberikan dan terima keunikan diri kita sendiri," katanya lagi. Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!