suria

Dah setahun tak balik kampung, 2 kali raya tak bertemu... terlalui berharga sampaikan airmata jantan tumpah saat buka kiriman ibu

Faiz bersyukur apabila dapat merasa masakan ibunya biarpun terpisah jauh sejak sekian lama.

KERINDUAN tak berkesudahan seorang anak bagaikan terubat apabila dikirim dengan juadah air tangan ibunya.

Berkongsi kisah itu, Luqman Faiz Roslan, 30, mengakui sebak tatkala membuka bungkusan daging masak hitam dengan nasi impit yang dihantar dari Melaka itu.

Mesra disapa Faiz, dia yang menetap di Shah Alam, Selangor mendedahkan sudah hampir setahun tak bersua muka dengan ibunya, Maimunah Ahmad, 54, gara-gara pandemik yang melanda.

ARTIKEL BERKAITAN: Bakal doktor sanggup ulang alik jaga mak walau sibuk belajar! Ibu hidap strok gagal tahan air mata lihat anak bongsunya nikahi jejaka Yaman

ARTIKEL BERKAITAN: “Anak kampung tak akan lupa peristiwa macam ni” - Penjual choco jar sebak, ibu menangis terharu walau dapat hadiah telefon harga tak seberapa

Dia yang teruja menerima kiriman istimewa itu turut membuat perkongsian video di aplikasi TikTok sehingga menjadi tular.

"Sebenarnya kami sekeluarga selalu buat panggilan video. Tiba-tiba hari tu kami bercakap mengenai masakan mak. Raya korban dah dekat. Raya Aidilfitri hari tu pun tak dapat balik. Entah bila dapat rasa air tangan mak.

"Sebab itulah mak hantar daging masak hitam dengan nasi impit. Saya pun selalu kongsi video di TikTok, jadi saya kongsikan juga ketika unboxing kiriman mak.

"Kebetulan adik ada buat rakaman ketika mak bungkus makanan ini untuk saya. Jadi saya combine video dan kongsi di TikTok," ujarnya kepada mStar.

Menurut anak ketiga daripada lima beradik itu, dia bersyukur apabila dapat merasa masakan ibunya biarpun terpisah jauh sejak sekian lama.

faiz3

Faiz kini di Selangor manakala ibunya menetap di Melaka.

Selain kiriman makanan, ibunya turut menitipkan nota ringkas pada bungkusan itu.

"Try sikit dulu. Kalau OK nanti boleh kirim lagi. Nasi impit tu rebus," ujar ibunya pada nota tersebut.

Lebih sebak tentunya ketika Faiz membaca komen netizen di TikTok yang turut terjentik emosi gara-gara video itu.

Kepada member-member yang masih ada mak ayah, hargailah mereka sementara masih ada.

FAIZ

"Time buat video dah menitis air mata, baca komen lagi sedih. Mereka kongsi kisah mengenai mak masing-masing.

"Ada yang kata mereka tak rapat dengan mak ayah walaupun duduk sekali. Mereka terus nak peluk mak ayah lepas tengok video saya.

"Ada juga yang dah lama tak balik macam saya kerana tak boleh rentas negeri. Selain itu, ada yang berkongsi kisah mak mereka yang sudah meninggal dunia," ujarnya.

faiz2

Paparan skrin video tular itu.

Dalam temubual sama, Faiz sempat menitipkan pesanan untuk semua insan di luar sana agar sentiasa menghargai ibu bapa dan keluarga.

"Kepada member-member yang masih ada mak ayah, hargailah mereka sementara masih ada," pesannya ringkas.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Mengenai dirinya, Faiz bekerja di Jakel, Shah Alam dan kini turut berniaga minyak wangi jenama sendiri yang diusahakan sejak tahun lalu.

faiz4

Keluarga besar Faiz.

Kata Faiz, perniagaan juga sedikit perlahan memandangkan ramai yang terkesan sejak pandemik Covid-19 melanda.

Untuk rekod, video dikongsi Faiz sehingga kini meraih 280,000 tontonan di TikTok.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain