RAMAI yang kesempitan ketika pandemik Covid-19, sama ada mereka mengalami kesusahan yang teramat sehingga perlu mengikat perut atau terpaksa meneruskan hidup secara sederhana gara-gara pendapatan terjejas. Atas desakan untuk hidup, mereka melakukan pelbagai cara termasuklah meminta bantuan dan tidak dinafikan ramai juga yang prihatin terhadap kesusahan yang ditanggung golomgan ini dalam masyarakat. Menerusi satu perkongsian di laman Twitter, seorang pemuda memberi sedekah sebanyak RM100 kepada satu keluarga yang terkesan. ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki ini sangat terdesak! Jual baju sendiri, isteri dan anak demi teruskan hidup... bimbang fikir kelahiran bayi kedua - "Pernah nak call hotline luah perasaan" ARTIKEL BERKAITAN: 'Jalan terus' walau mata tak nampak! Pasangan OKU hilang kerja tetap raih RM12,000 seminggu jual sambal hitam - "Mula berniaga cuma terjual satu, dua pek" Namun apa yang mengejutkannya apabila keluarga itu memperoleh keuntungan berjumlah RM200 iaitu sekali ganda daripada pemberiannya dalam tempoh seminggu. Perkongsian Izzat di laman Twitter menjadi tular. Berkongsi pengalaman kepada mStar, pemuda berkenaan, Izzat Mohd Salihuddin berkata, kejadian berlaku kira-kira dua minggu lalu apabila seorang wanita berusia 25 tahun menghantar mesej secara langsung (DM) melalui laman Facebook miliknya. Lelaki berusia 29 tahun itu memberitahu, dia sebelum ini pernah membuat posting secara terbuka menawarkan bantuan kepada sesiapa yang memerlukan bantuan. "Wanita itu DM kata dia perlukan bantuan kewangan kerana susu dah habis untuk keperluan anaknya yang masih kecil. Dia tak minta berapa tapi saya transfer RM100 ke akaun bank dia. "Dua, tiga hari selepas tu dia mesej saya semula memaklumkan anak-anak dia berusia dua tahun dan lapan bulan dalam keadaan baik," katanya ketika dihubungi. [Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI] Izzat berkata, wanita itu menghubunginya sekali lagi pada hujung minggu lalu, dan memaklumkan mahu membayar semula wang RM100 yang telah diberikannya sebelum itu. "Dia kata sebahagian duit RM100 yang saya bagi tu digunakannya untuk modal berniaga nasi ayam goreng kunyit secara kecil-kecilan di sekitar rumah. Mereka dapat untung RM200 dan boleh survive buat masa sekarang. "Saya terkejut macam mana mereka boleh dapat duit sebanyak itu, tapi saya percaya ia adalah berkat mereka berniaga. Saya bersyukur dan beritahu tak perlu bayar balik sebab memang niat saya bersedekah," ujarnya yang berasal dari Shah Alam, Selangor. Satu keluarga menggunakan sebahagian wang bantuan dengan berniaga nasi ayam goreng kunyit. -gambar hiasan foto resepilezat Menurut eksekutif bank itu, tidak banyak maklumat yang diperoleh mengenai empat beranak yang menetap di Ipoh, Perak itu selain mahu menjaga privasi keluarga berkenaan. Namun katanya, wanita itu merupakan suri rumah dan suaminya bekerja sebagai seorang repairman di mana pendapatannya terkesan dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Saya terkejut macam mana mereka boleh dapat duit sebanyak itu, tapi saya percaya ia adalah berkat mereka berniaga. Saya bersyukur dan beritahu tak perlu bayar balik sebab memang niat saya bersedekah IZZAT Dalam pada itu, Izzat yang merupakan Ketua Pegawai Eksekutif kelab bola sepak Soccer With Attitude Malaysia (FC SWAT) dan turut terlibat dengan aktiviti kebajikan menegaskan bahawa dia tidak bersikap 'pilih kasih' untuk menyalurkan bantuan kepada orang susah. "Saya tak pilih siapa-siapa untuk bantu. Dalam situasi yang tengah genting ini, semua orang tengah bersusah-payah, dan memang akan ada orang yang ambil kesempatan. "Tapi saya lagi rela ditipu daripada menyusahkan orang yang betul-betul nak minta bantuan. Kalau kita menyusahkan orang tu, orang tu akan jadi segan. "Kalau betul-betul dia terdesak, saya tak nak tanggung rasa serba-salah. Contohnya nauzubillah esok dia bunuh diri sebab dia memang dah tak ada duit. "Saya percaya kalau penerima bantuan jujur dengan niat dan situasi mereka, urusan mereka sendiri akan dipermudahkan. "Saya memang nak sedekah, allocate sikit daripada duit gaji untuk tolong orang susah tengah Covid ni. Bagi saya tak rugi sebab dah niat nak beri," katanya yang juga bapa kepada seorang cahaya mata lelaki. Antara posting Izzat di laman sosial yang menawarkan bantuan kepada mereka yang mengalami kesusahan. Kisah keluarga itu ternyata menyentuh emosinya dan tidak dinafikan ramai yang menjadikan perkongsiannya tersebut sebagai inspirasi untuk masyarakat yang terkesan ketika pandemik. "Dengan duit RM200 tu mereka kata boleh survive? Berapa sebenarnya mereka nak bayar bil elektrik, sewa rumah... orang kita tengok hebatnya tukarkan RM100 kepada RM200. "Tapi RM200 seminggu untuk sampai ke sebulan macam mana nak bayar sewa sebulan tu. Memang bagus famili tu buat bisnes sendiri, tapi berapa ramai yang tak ada skil, pengetahuan... ada mak ayah yang terlantar atas katil dan tak boleh buat bisnes pun. "Jadi, kita tak boleh 'pukul rata' semua orang kena buat bisnes bila dapat bantuan. Kita kena tengok macam mana konsep bantuan tu," katanya Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram! TONTON VIDEO PILIHAN!