SELEPAS 22 tahun meninggalkan alam persekolahan, empat sekawan ini tampil dengan idea berbeza untuk sesi 'reunion' mereka. Sepanjang enam hari, Eliza Dianna Zahadi, 40, bersama tiga lagi rakan yang sebaya usia dengannya meraikan detik istimewa itu nun jauh di Korea Selatan. Video memaparkan wanita itu bersama tiga lagi rakan yang mesra disapa Mastura, Jihan dan Fiza yang menggayakan uniform sekolah Malaysia di Pulau Jeju turut menjadi tular di aplikasi TikTok. ARTIKEL BERKAITAN: Dah kunjungi 30 negara, Paris tak seindah dijangka... jejaka ini serik mahu ke sana - “Kita fikir ia bandar romantik, pergi sana baru nampak semua benda” ARTIKEL BERKAITAN: Pelancong pakat serbu Langkawi ketika pandemik, kru penerbangan dicop ‘kacak tapi IQ rendah’ selepas beri pendapat - “Boleh nampak komen mereka tak bijak” Bercerita kepada mStar, dia yang senang disapa Eliza mendedahkan trip itu sebenarnya dilakukan pada Februari tahun lepas, sebulan sebelum negara dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). "Susah nak plan dengan kawan-kawan, tambahan pula kalau dah berkahwin. Dengan urusan kerja lagi. Tapi pada waktu itu ada promosi tiket flight, jadi saya maklumkan pada kawan-kawan. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) "Sebab murah, kami main beli je. Kemudian baru maklumkan pada suami. Tiga daripada kami kenal dari zaman sekolah, seorang lagi kawan universiti. "Saya yang usulkan idea bawa baju sekolah. Sebab pernah tengok orang buat sebelum ini. Apa salahnya kita cuba. Eliza simpan hasrat berkunjung ke Rusia selepas pandemik berakhir. "Saya ambil baju sekolah anak saya. Mujur masih muat. Kawan saya ada yang siap beli baju sekolah baharu untuk dibawa ke sana, semata-mata untuk kami bergambar," ujarnya. Menurut Eliza, segala memori zaman persekolahan terimbau tatkala dia menyarungkan semula uniform itu di Pulau Jeju. Saya paling suka Switzerland, Turki dan Amsterdam. Kalau boleh nak pergi Rusia lepas habis pandemik. ELIZA Malah, mereka turut terserempak dengan rakyat Malaysia yang seolah-olah terpinga melihat uniform negara sendiri di Korea Selatan. "Dah 22 tahun tak pakai baju sekolah. Rasa muda balik. Boleh rasa macam kita kembali ke zaman sekolah, terimbau semua kenangan. "Kami siap tempah tag nama sebelum pergi ke sana. Ada juga jumpa orang Malaysia, mereka pun perasan kami pakai uniform sekolah Malaysia. Kunjungan selama enam hari itu turut disimpan sebagai memori dalam bentuk video yang mana ia kini tular di TikTok. "Kami buat keputusan untuk pakai baju putih dengan kain biru, uniform standard sekolah menengah di negara kita. Memang rasa teruja," ujarnya berseloroh. Menurut Eliza, percutian ke Jeju itu merupakan kali terakhir dia melancong sebelum pandemik melanda. Tambahnya lagi, dia merancang untuk ke Rusia selepas pandemik berakhir tidak lama lagi. Bercerita lanjut mengenai dirinya, Eliza yang juga ibu kepada empat cahaya mata mendedahkan dia sudah melawat lebih 15 negara setakat ini. Mereka berkunjung ke Korea Selatan pada Februari tahun lalu. "Saya paling suka Switzerland, Turki dan Amsterdam. Kalau boleh nak pergi Rusia lepas habis pandemik. Saya banyak tengok cerita Rusia dalam Netflix. [Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI] "Saya juga peminat kucing. Saya tengok orang Rusia suka bela binatang pelik-pelik seperti harimau putih. Jadi saya nak ke sana dan tengok sendiri," ujarnya yang pernah ke tanah suci sebanyak dua kali pada tahun 2014 dan 2017. Menurut ahli perniagaan yang menetap di Kajang, Selangor itu, dia juga tak sangka video yang dikongsi tular di TikTok. Sehingga kini, video 'reunion' baju sekolah di Jeju sudah menerima lebih 100,000 tontonan. Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!