MEMASAK pun kena ada gaya! Begitulah kisah wanita ini yang tular gara-gara video memasak di halaman rumahnya di Bandar Baru Bangi, Selangor. Kelihatan gigih menyediakan colek ala Thai (nam pla wan) dalam kuali besar, fesyen yang digayakan Nur Fazieha Mohamad Puji, 25, turut menjadi bualan ramai. ARTIKEL BERKAITAN: Sejak kecil rajin ke dapur, aksi masak campak-campak sambil tersenyum bikin hati cair... Wow! Jejaka awet muda terima banyak mesej cari jodoh ARTIKEL BERKAITAN: Suara merdu, memasak pun hebat! Pramugari jelita dapat idea ubat kerinduan anak Sabah di Semenanjung... Khairulaming jadi rujukan "Memang saya buat keputusan untuk tampilkan diri macam ni. Walaupun jual makanan, saya nak bergaya sebagaimana saya keluar hari-hari. "Saya nak bina personal branding. Zaman sekarang, media sosial kena lain dari yang lain. Bukan nak perhatian, tapi saya nak berniaga. Nak perkenalkan makanan saya," ujarnya kepada mStar. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) Mesra disapa Faz, dia mengakui tidak terlepas menerima komen negatif di aplikasi TikTok, namun menganggap ia sebagai satu pembakar semangat buatnya. "Pada saya, kita perlukan juga komen negatif. Lagi banyak orang komen, lagi banyak perhatian diberi kepada kita. "Mungkin yang komen negatif ni tak faham kerana mereka tak berniaga. Suatu hari nanti kalau dah berniaga, mereka akan faham. Faz berkata dia mahu tampil berbeza di media sosial sebagai salah satu cara untuk memperkenalkan produknya.. "Kalau kita diam, jiran sebelah pun belum tentu beli," ujarnya lagi. Tambah Faz, dia sebolehnya mahu tampil dengan pakaian yang lebih bergaya dan pelik dalam video masakan akan datang. Bercerita mengenai perjalanan bisnesnya, Faz berkata ia baru sahaja dimulakan sejak dua bulan lepas. Kalau nak rakam video, saya akan memasak siang untuk cari lighting. FAZ Dedah Faz, dia sebelum ini bekerja sebagai juruwang di sebuah kedai gajet sebelum mengambil keputusan untuk berhenti pada Mac tahun lalu. "Saya berhenti kerja sebab nak full time berniaga. Sebelum ini saya pernah berniaga bengkung. Saya berniaga makanan pula sekitar dua bulan lepas. "Tiba-tiba dapat ilham nak jual makanan, masa tu saya fikir kena buat sesuatu untuk survive. Ada orang beri nasihat supaya saya jual produk sendiri, stop jual produk orang. Faz sebelum ini bekerja sebagai juruwang. "Dia suruh saya mulakan dengan apa yang ada kat rumah. Alhamdulillah, masa hujung Mei saya bermula dengan satu kuali, sekarang tiga kawah. "Kalau boleh suatu hari nanti saya nak cari tempat proper, nak buka kedai," ujarnya. Dalam perkongsian video di TikTok, Faz turut memohon maaf kepada jiran-jiran seandainya proses menghasilkan makanan di hadapan rumahnya turut mengganggu mereka. "Kalau ikutkan, bau tak kuat. Saya biasanya akan memasak waktu malam. Kalau nak rakam video, saya akan memasak siang untuk cari lighting. Faz memasak di halaman rumah sahaja sejak mula berniaga dua bulan lalu. "Saya cuma risau jiran tak selesa, ada tong gas depan rumah saya. Takut mereka risau," ujar anak bongsu daripada lima beradik itu. Dedah Faz, colek ala Thai yang dihasilkannya sudah diedarkan ke seluruh negara dan dia kini mempunyai lebih 20 ejen. [Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI] Faz juga sempat menitipkan pesan buat peniaga baharu agak sentiasa cekal dalam mencari sesuap rezeki untuk diri dan keluarga. "Ada yang takut nak berniaga, takut orang tak nak beli. Pada saya, tak kisah apa orang cakap. Teruskan apa yang terbaik untuk kita. "Gunakan media sosial dengan sebaiknya. TikTok merupakan satu platform yang bagus," ujarnya lagi. Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram! TONTON VIDEO PILIHAN!