suria

Tak hirau penat... sedang bertugas urus jenazah pesakit Covid-19, anggota APM sempat lagi selamatkan kucing tersepit

Selepas mengeluarkan kucing itu, mereka kemudiannya berangkat ke sebuah tanah perkuburan untuk mengebumikan jenazah pesakit Covid-19.

BERTUGAS tanpa mengira waktu!

Begitulah kisah kegigihan sekumpulan anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) di Johor yang menyelamatkan seekor kucing pada Ahad.

Menerusi kejadian di Kota Tinggi, Johor, mereka bersama pasukan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang bertugas untuk menguruskan pengebumian jenazah pesakit Covid-19.

ARTIKEL BERKAITAN: Pemuda trauma 2 kucing mati akibat parvo, bimbang 2 bulus lain alami nasib sama walau dah jumpa petua mujarab

ARTIKEL BERKAITAN: Kenapa yang paling baik, bijak ‘pergi’ dulu? Pelajar rasa ‘kosong’, si bulus peneman kelas online dibaham ular sawa demi selamatkan anak kucing lain

Namun ketika menunggu jenazah yang dibawa dari Hospital Sultanah Aminah ke sebuah tanah perkuburan di daerah itu tiba, mereka sempat membantu mengeluarkan kucing liar yang terperangkap dalam absorber sebuah kereta.

Kisah kejadian singkat itu diceritakan kepada mStar oleh Nor Rasidee Samsuri, Pembantu Awam Pejabat Kesihatan Kota Tinggi yang turut berkongsi video kejadian menerusi TikTok miliknya.

"Kami yang bertugas urus jenazah pesakit Covid-19 sama-sama sedang tunggu jenazah dari Hospital Sultanah Aminah untuk dibawa ke sebuah tanah perkuburan. Masa tu team KKM ada lima orang, APM pula ada empat orang.

"Kami memang dah lama menunggu tepi jalan di situ, berhampiran sebuah sekatan jalan raya (SJR). Kemudian nampak sebuah Perodua Alza biru di situ.

raside4

Rasidee antara petugas barisan hadapan yang terlibat dalam pengebumian jenazah Covid-19.

"Ada pula seekor kucing terperangkap dalam absorber. Jadi sempatlah pegawai APM bantu keluarkan kucing, ambil masa dalam 10 minit juga.

"Kucing liar rasanya, agak garang juga kucing tu," ujarnya yang mesra disapa Rasidee.

Dalam berpeluh pakai PPE, menitis air mata sebab sedih.

RASIDEE

Selesai mengeluarkan kucing itu, mereka kemudiannya berangkat ke sebuah tanah perkuburan untuk mengebumikan jenazah pesakit Covid-19 pada hari berkenaan.

Menurut jejaka berusia 29 tahun itu, jumlah kematian saban hari tidak menentu, malah dia juga sudah terbiasa dengan tugas itu sejak pandemik melanda lebih setahun lalu.

"Kesibukan tak menentu. Bagi saya yang dah terlibat agak lama, kita dah rasa terbiasa. Kalau bab pakai pakaian perlindungan lengkap (PPE) pula, sejujurnya memang panas. Tapi dah terbiasa.

rasidee3

Imbas Rasidee, dia pernah menitis air mata ketika menguruskan jenazah pesakit Covid-19.

"Saya bukan sahaja terlibat dengan proses pengebumian. Persampelan dan vaksinasi pun saya terlibat juga," ujarnya lagi.

Dalam pada itu, Rasidee juga sempat menitipkan pesan kepada rakyat negara ini agar patuh prosedur operasi standard (SOP) demi mencegah penularan wabak bahaya itu.

Tambah Rasidee lagi, dia kadang-kala menitis air mata ketika menyempurnakan proses pengebumian kerana sedih memikirkan ahli keluarga yang tidak dapat menatap jenazah buat kali terakhir.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Saya sendiri, dalam berpeluh pakai PPE, menitis air mata sebab sedih. Walaupun jenazah itu bukan ahli keluarga sendiri.

rasidee2

Rasidee berkongsi video APM menyelamatkan kucing kepada mStar menerusi Instagram pada Ahad.

"Bila dah kena Covid-19, keluarga pun tak dapat tengok. Pesan saya, jaga SOP dan dapatkan suntikan vaksin," ujarnya lagi.

Kisah itu mendapat perhatian selepas Rasidee berkongsi video menerusi Instagram mStar pada Ahad sebelum temubual dijalankan pada hari sama.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain