BERMULA pada usia muda, anak jati Kuala Lumpur ini cukup meminati bidang seni sehingga mampu menguasai beberapa instrumen muzik. Selain flute, saksofon dan bagpipes, Muhammad Faliq Auri, 32, turut berkebolehan bermain alat muzik dari Ireland yang dikenali sebagai uilleann pipes. Selepas menyertai pancaragam di sekolah, dia turut menyambung pengajian dalam bidang Muzik di Universiti Teknologi Mara (UiTM) sehingga bergelar pemuzik sepenuh masa. ARTIKEL BERKAITAN: Awas! Lepasan SPM ini mampu buat anda menangis hanya dengan tiup flute - “Orang main lagu klasik, saya main lagu moden” ARTIKEL BERKAITAN: Akaun TikTok pun mak yang buat, siapa sangka pemuda hebat usia 20 tahun ini dah pernah main violin depan Agong, 3 perdana menteri "Sebenarnya minat ini bermula pada umur lapan tahun, saya cuba-cuba main flute pada waktu itu. Arwah bapa saya juga main flute. "Kemudian saya sertai pancaragam di sekolah dan bermain alat muzik bagpipe. Saksofon pun saya minat dari kecil, cuma keluarga tak mampu beli pada waktu itu. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) "Selepas itu saya sambung belajar ke UiTM dan baru dapat belajar main saksofon. Uilleann pipes pun sebenarnya saya minat dari zaman sekolah, tapi harganya sangat mahal. "Kemudian saya kumpul duit dan berjaya beli uilleann pipes pada tahun 2011," ujarnya kepada mStar. Mesra disapa Faliq, dia turut menjalankan bisnes berkaitan alat muzik sejak lima tahun lalu dan turut bergelar guru muzik sejak tahun 2010. Faliq mula mempelajari alat muzik sejak berusia lapan tahun. Menurut bapa kepada dua cahaya mata itu, penglibatannya secara serius dalam muzik turut membuka pintu rezeki apabila dia diberi peluang berkolaborasi dengan band Amerika Syarikat, Boyce Avenue pada tahun lalu. Dalam projek itu, Boyce Avenue membuat cover lagu I See Fire dendangan asal Ed Sheeran dan Faliq pula bermain uilleann pipes sebagai muzik latar. Tak kisahlah apa jua bidang, asalkan ia halal. Kalau minat muzik, buat dengan cara betul. FALIQ "Saya ada buat satu page, menawarkan khidmat freelance secara online sejak 2015. Tiba-tiba November tahun lepas, saya dapat permintaan main uilleann pipes untuk Boyce Avenue. "Macam tak percaya. Saya rakam part saya, kemudian hantar kepada mereka. Mula-mula, saya pun anggap mungkin ia satu scam. "Tapi selepas mereka release pada Februari lalu, saya anggap ia seperti satu penghargaan dan pencapaian tertinggi untuk saya. "Selama ni main uilleann pipes seorang diri, tiba-tiba dapat rezeki macam ni walaupun satu lagu saja. Padahal mereka boleh cari orang Ireland yang hebat main uilleann pipes, tapi saya yang terpilih. Band Boyce Avenue sering tampil dengan lagu-lagu over dalam versi mereka sendiri. "Saya pun tak tahu nak cakap macam mana. Ia satu rezeki, hanya Allah yang tahu. Allah sebaik-baik perancang. Saya cuma usaha saja, " ujarnya lagi. Menurut Faliq lagi, sesiapa yang mempunyai minat dalam apa jua bidang sekalipun wajar mengejar impian mereka. Malah katanya, dia bersyukur apabila dibesarkan dalam keluarga dengan latar belakang muzik yang banyak memberi sokongan buatnya. [Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI] "Pada pendapat saya, tak kisahlah apa jua bidang, asalkan ia halal. Kalau minat muzik, buat dengan cara betul. Begitu juga kalau nak jadi pelukis atau apa sahaja pekerjaan lain. Faliq (kanan) merupakan salah seorang ahli kumpulan Alif Satar & The Locos. "Rezeki ini sangat luas. Bidang seni sangat istimewa sebab kita memberi sesuatu kepada orang ramai. Bayangkan dunia tanpa seni. "Apa sahaja minat anak kita, just follow asalkan ia dijalankan yang betul dan boleh memberi manfaat kepada masyarakat, " ujarnya lagi. Selain berkongsi video berkaitan muzik di Instagram, Faliq juga banyak membuat perkongsian di aplikasi TikTok. Untuk rekod, Faliq juga terlibat dalam projek bersama penyanyi Alif Satar yang mana dia merupakan pemain saksofon dalam kumpulan yang dinamakan sebagai Alif Satar & The Locos. Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!