SETIAP manusia tak terlepas dengan ujian dalam kehidupan. Begitu juga dengan pendakwah popular, Ustaz Ebit Lew yang kini sedang hangat menjadi perbualan rakyat di negara ini. Terbaharu, satu video luahan perasaan, dipercayai video lama melibatkan Ebit ditularkan semula sehingga ia menjentik emosi netizen yang menonton. ARTIKEL BERKAITAN: Bapa Ebit Lew meninggal dunia - “Ya Allah beratnya rasa ujian ini” ARTIKEL BERKAITAN: Caprice tegur Ebit Lew isu misi bantuan di Palestin, akhirnya kena ‘block’ di IG Dalam rakaman yang dikongsi di Instagram Pemantau Malaysia Baru, Ebit mengakui dia bukanlah seorang individu yang suka bergaduh. Namun kata Ebit, dia tak terlepas berhadapan dengan orang yang suka mencari gaduh dengannya. "Saya susah nak benci orang daripada dulu, saya susah nak lawan orang. Saya susah nak kata siapa-siapa. Saya susah nak bergaduh dengan sesiapa. View this post on Instagram A post shared by ڤمنتاو مليسيا بارو (@pemantaumalaysiabaru) "Tapi kebelakangan ini orang tak berhenti datang. Semua orang nak cari gaduh dengan saya. Semua orang nak cakap bukan-bukan dekat saya. Saya jadi sedih," ujarnya dalam nada sebak. Becerita mengenai dirinya, Ebit mengakui tidak gentar dengan sesiapa sejak kecil lagi. Sebaliknya kata Ebit, dia yakin segala ketentuan dalam hidupnya sudah diatur oleh Allah. Ramai netizen turut menzahirkan sokongan mereka terhadap Ebit menerusi posting video itu. "Saya memang tak takut siapa-siapa dari kecil. Saya cuma tahu hidup saya Allah yang tentukan, mati saya Allah yang tentukan. "Saya tak balas pun kalau orang mesej bukan-bukan. Kalau orang ugut pun saya tak balas. Suatu hari saya dah tak ada di sini, saya cuma nak cakap, saya cuma buat semua ni untuk Allah sayang kita. EBIT LEW "Setakat kata-kata saya tak kisah tapi bila melibatkan macam-macam orang kan, saya jadi sedih. Saya jadi sayu," ujarnya lagi. Menurut Ebit, dunia ini tak seindah yang disangka walaupun dia cuma mahu memberi kasih sayang terhadap insan sekeliling. Malah katanya, ujian juga datang bersilih ganti sepanjang dia melalui perjalanan hidupnya. "Dulu saya tak kenal tuhan. Saya jahat, kawan-kawan yang ikut saya pun ramai jahat. Banyak kawan-kawan saya tak kenal tuhan dulu. "Kita tak jumpa benda-benda macam ni. Tapi bila kita cuba jadi baik, cuba dekat dengan Allah, cuba nak buat dakwah, ujian pun tak berhenti-henti. Nama Ebit kembali menjadi sebutan selepas timbul isu mengenai pemergiannya ke Gaza. "Kadang-kadang rasa macam kita tak faham langsung. Mungkin ada perkara-perkara yang... suatu hari saya dah tak ada di sini, saya cuma nak cakap, saya cuma buat semua ni untuk Allah sayang kita," ujarnya. Tambah Ebit, semua rakyat di negara ini tak mengira kaum Melayu, Cina mahupun India merupakan satu keluarga. "Apa pun bangsa kita agama kita, kita ni semua sebuah keluarga. Saya percaya, kalau tak hari ni, suatu hari nanti dunia ni akan kembali macam zaman dulu-dulu, zaman Nabi Muhammad SAW," ujarnya. Dalam pada itu, video berkenaan turut dihujani dengan pelabagi komen netizen.Kata Ebit, dia tak pernah gentar dengan sesiapa sejak kecil lagi. Rata-ratanya turut menzahirkan sokongan dan berharap Ebit cekal meneruskan usaha murninya di negara ini. "Walaupun video lama tapi ni lah luahan hati beliau. "Kami semua sayang ustaz. Teruskan usaha dakwah ustaz. [Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI] "Memang inspirasi buat semua ustaz Ebit ni. Semoga terus berdakwah," tulis beberapa netizen. Untuk rekod, nama pendakwah itu kembali menjadi sebutan selepas didakwa berlakunya perselisihan faham dengan penyanyi rap Caprice berhubung misi bantuan ke Gaza. Namun, tarikh video yang dipercayai sudah lama dirakam itu tidak dapat dipastikan memandangkan ia tidak dikongsi di mana-mana platform media sosial Ebit. Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!