suria

Tak kenal maka tak cinta! Dulu jejaka ini suka pergi mall, tengok wayang... selepas pindah ke Miri hati terpaut dengan keindahan alam

Solehhuddin pernah menawan puncak Kinabalu pada Februari tahun lalu.

ADA yang suka melancong ke kota besar, ada pula yang lebih selesa bermandi peluh dalam hutan rimba.

Begitu juga dengan jejaka berusia 31 tahun ini yang mengakui beruntung dapat bertugas di Miri, Sarawak, sekali gus memberi peluang kepadanya untuk berada lebih dekat dengan alam semulajadi.

Menurut Mohd Solehhuddin Abdul Latif yang mengajar bidang kemahiran di Penjara Miri, dia mula menetap di sana sejak tahun 2018.

ARTIKEL BERKAITAN: Pelancong pakat serbu Langkawi ketika pandemik, kru penerbangan dicop ‘kacak tapi IQ rendah’ selepas beri pendapat

ARTIKEL BERKAITAN: Dah kunjungi 30 negara, Paris tak seindah dijangka... jejaka ini serik mahu ke sana - “Kita fikir ia bandar romantik, pergi sana baru nampak semua benda”

Sejak itu katanya, perspektifnya terhadap alam turut berubah dan mula meminati aktiviti yang mendekatkan diri dengan keindahan semulajadi.

"Di Miri banyak tempat untuk melancong yang cantik sebenarnya. Ada pelbagai lokasi menarik yang boleh dikunjungi.

"Dulu saya lebih suka pergi mall, tengok wayang dan sebagainya. Tapi lepas datang ke Miri, saya lebih berminat untuk masuk ke hutan dan cari ketenangan.

"Mungkin kerana faktor usia juga," ujarnya berseloroh kepada mStar.

Mesra disapa Solehhuddin, dia juga pernah menawan puncak Gunung Kinabalu pada Februari tahun lalu, sebulan sebelum negara dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

solehuddin22

Jejaka ini mula berkhidmat di Miri pada tahun 2018.

Ujarnya, impian sejak sekian lama itu akhirnya tercapai dan ia ternyata memberi kepuasan tersendiri buat dirinya.

"Saya dah dua kali pergi Kinabalu. Yang pertama tak sempat sampai ke puncak, kali kedua pada tahun lepas baru berjaya naik.

Biasanya kalau masuk hutan, kita jangan terlampau seronok.

SOLEHHUDDIN

"Yang kali pertama tu saya semput. Kita kena ada stamina yang bagus, pernafasan juga kena betul.

"Bila sampai atas, dapat satu kepuasan dalam jiwa. Hilang semua rasa penat, memang sangat seronok," ujar anak kelahiran Pahang itu.

Menurut Solehhuddin, lokasi seperti air terjun Giam di Bakam, Gua Niah dan Bukit Kasut juga wajib dikunjungi jika berkesempatan ke sana.

solehhuddin4

Kenangan ketika mendaki Gunung Kinabalu.

Sepanjang masuk ke hutan bersama rakan-rakannya, Solehhuddin mengakui belum pernah berdepan dengan gangguan atau perkara pelik.

"Alhamdulillah, tak ada pengalaman macam tu. Biasanya kalau masuk hutan, kita jangan terlampau seronok.

"Yang kedua, jangan buang benda merata-rata. Jangan cakap besar, kena sentiasa beringat.

solehhuddin3

Menurut jejaka ini, banyak sebenarnya tempat menarik yang boleh dikunjungi di Sarawak, khususnya di Miri.

"Biasanya saya masuk ke hutan dengan team, lebih seronok bila ada kumpulan dan kurang sikit risau kalau terjadi apa-apa.

"Saya pun banyak plan, cuma tak kesampaian sebab PKP. Jadi saya pergi yang dekat-dekat saja.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Kebanyakannya saya pergi hiking dan cari air terjun," ujarnya.

Mengenai dirinya, Solehhudin sebelum ini pernah berkhidmat di Penjara Pokok Sena, Kedah sebelum berpindah ke Miri pada 2018.

Katanya, dia tak kisah bekerja jauh dari kampung halaman, malah seronok meneroka tempat baharu serta keunikan yang ada di Miri.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain