PENDAKWAH terkenal, Ustaz Ebit Lew tidak dapat menyembunyikan perasaan sebaknya sehingga mengalirkan air mata ketika berkongsi kisah kedua-dua orang tuanya yang sudah meninggal dunia. Dalam sidang media khas pada Khamis bagi menjawab tuduhan yang dilemparkan terhadapnya, menurut Ebit, dia terlalu sebak kerana bapa kesayangan 'pergi' ketika perjuangan dakwahnya diuji. Tambahnya, dia sempat meluangkan masa ketika bapanya, Ibrahim Lew terlantar sakit, sebelum dia bertolak untuk melakukan misi bantuan kemanusiaan ke Gaza. ARTIKEL BERKAITAN: Masuk Gaza guna duit sendiri! Ebit Lew jawab setiap persoalan yang ramai nak tahu - “Hati saya terluka dipanggil dajjal, babi!” ARTIKEL BERKAITAN: Bapa Ebit Lew meninggal dunia - “Ya Allah beratnya rasa ujian ini” "Saya jumpa ayah, dia cakap kat saya, 'Ebit ambil losyen sapu kat badan'. Kemudian dia minta saya tuang air dekat mulut dia. Dia tak sedar tapi time saya nak pergi tu, dia sedar. "Saya sebulan menangis rindu nak jumpa ayah. Dia tahu pasal masa saya nak pergi, dia dengar orang cakap pasal saya. "Alhamdulillah, sempat saya balik dan sempat saya ngam ngam habis kuarantin. Masa saya tengah baring, orang beritahu, 'Ustaz, ayah ustaz dah meninggal dunia'," ceritanya sambil mengesat air mata. Bapa Ebit, Ibrahim Lew meninggal dunia pada 13 Julai lalu. Bapa Ebit meninggal dunia pada 13 Julai lalu pada usia 84 tahun kerana menderita kanser perut. Semasa sedang tenat, Ebit sempat menziarahi bapanya di hospital dengan mengenakan sut lengkap PPE kerana masih menjalani kuarantin. Saya ambil handphone lama yang dah pecah tu, saya repair...saya cuma nak dengar suara mak saya. EBIT LEW Dalam pada itu, Ebit turut mengulas tindakannya yang kerap kali membuat perkongsian mengenai bapanya di media sosial seolah-olah mahu meraih simpati, sehingga menimbulkan rasa kurang senang segelintir pihak. "Biar saya beritahu sebab apa saya ambil video ayah saya. Tak patut pun saya terangkan tapi saya terangkan juga "Saya rindu mak saya hampir enam bulan, setiap malam saya menangis. Tahu tak apa saya buat? Saya cari suara mak saya. Enam bulan saya cari. Saya ambil handphone lama yang dah pecah tu, saya repair...saya cuma nak dengar suara mak saya. Ebit kerap membuat perkongsian mengenai bapanya di media sosial. "Suara isteri, suara anak, kawan ada... ceramah aku punya banyak.. (tapi) suara mak aku satu pun tak ada. Sebab tu saya ambil video ayah saya. "Cuba tengok ada tak dalam handphone kita simpan? Handphone (boleh) pecah, hilang atau rosak. Tahu tak kat mana memori paling kuat? Instagram dan FB. Nak scroll taip je Ebit Lew lawat ayah... keluar video," ujarnya lagi dalam nada suara sebak. Luah Ebit lagi, tindakannya itu tidak lebih daripada mahu meyimpan seberapa banyak memori bersama bapa kesayangan kerana tidak berpeluang berbuat demikian dengan ibunya. [Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI] "Banyak juga orang mesej saya kata air mata saya air mata palsu... main perasaan... takpe. Mungkin mereka masih ada ayah, mak. Satu hari bila tak ada ayah, mak... baru tahu," katanya lagi. Sidang media Ebit pada Khamis berlangsung lebih daripada sejam, yang menjawab pelbagai tuduhan yang dilemparkan penyanyi rap, Caprice dan Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman. Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!